#8

43 2 0
                                    

*Irfan Point Of View*

Dhaniya berjalan di hadapan aku. Macamlah tahu kat mana ballroomnya. Detik aku di dalam hati. Tidak dapat dinafikan Dhaniya kelihatan sangat cantik berbaju jubah dan bertudung. Dah lama aku tak tengok dia pakai tudung. Dulu pun dia pakai tudung untuk kelas agama je. Habis kelas memang dia cabut terus tak kisah orang nak cakap apa.

"Aku tak ready lagi nak pakai tudunglah. Buat apa aku nak tipu diri sendiri untuk puaskan hati orang lain, Fan?" Luah Dhaniya pada satu ketika dahulu. Masa tu kita orang baru habis kelas tambahan addmath dan ada isu tentang aurat dipersoalkan. Aku pun tak faham kenapa masa kelas addmath tu? Kenapa tak masa kelas agama sebab masa kelas agama si Dhaniya ni elok je pakai tudung. Kalau time tu orang nak persoal aku faham lah. Tapi nak buat macam mana benda dah terjadi. Itu lah kali pertama aku tengok dia nangis.

"Kenapa Irfan? Jawablah. Hina eh orang yang tak pakai tudung ni?" Ujar Dhaniya lalu menundukan wajahnya. Aku nampak ada air mata yang mengalir di pipinya.

"People will always judge. They dont even know you, Niya. Biar jelah dia orang nak cakap apa. Niat tu paling penting. Kalau kau pakai pun untuk tutupkan mulut dia orang tak guna jugak kan?" jelas aku panjang lebar.

Dhaniya masih diam. Memahami bait-bait yang aku perkatakan tadi.

"Yang penting aku sentiasa support kau dari belakang ok? If you need help im always here. Kita tempuh sama-sama okay princess?"

Aku menyeka air mata di alir matanya.

"Dah. Jangan nangis lagi. Aku tangkap gambar kau masuk kat insta"

Dhaniya kembali tersenyum. Ya, senyuman yang sentiasa buat aku senyum balik.

Pejam celik, pejam celik dah hampir 6 tahun aku mengenali Dhaniya. Dia masih dengan perwatakan yang cuma semakin matang dan dah boleh menilai mana baik dan buruk. Aku mula kenal dia masa Dhaniya bagi rawatan dekat aku sebab aku luka masa merentas desa. Mula-mula aku ingat dia ni senior lah sebab macam matang je tapi rupanya kami sama umur. Gembira jugak la sebab ada chance nak kenal lebih dekat.

Pernah dulu masa tingkatan 4, Dhaniya digosipkan dengan Adzim, senior dan seorang pemain gitar band sekolah. Ramai yang kata mereka ada hubungan yang lebih daripada kawan. Aku lah manusia yang paling broken masa tu. Sebab Dhaniya memang selalu ke hulur ke hilir dengan budak tu. Disebabkan Dhaniya ni ada kebolehan untuk main gitar tu yang kononnya Adzim nak ajak Dhaniya join band dia untuk persembahan Hari Guru. Adzim ni memang handsome, putih, tinggi pulak tu daripada nak dibandingkan dengan aku yang berkulit Melayu, tak berapa nak tinggi tapi aku ada rupa jugaklah. Sebab kalau takda rupa, takkan junior nak minta number aku masa perjumpaan Kelab Fotografi. Ok, tu jelah yang boleh aku banggakan.

"Irfannnn? Heloooo?" suara Dhaniya menarik aku kembali ke dunia realiti. Jauh jugak aku throwback tadi.

"Kat mana ni weddingnya?" Tanya Dhaniya.

"Ballroom 3" jawabku.

Kami berjalan bersama seperti pasangan kekasih. Ok itu cuma angan-angan aku je. Nampak sangat yang Dhaniya ni memang nak aku sebagai kawan je. Dari dulu aku pernah bagi hint, tapi tak pernah faham. Ataupun memang dia tak faham bahasa-bahasa kiasan? Atau memang lembab. Entahlah.

"Congrats Syud. Dah kawin dah kau" kata aku kepada Syuhadah yang merupakan ex-classmate semasa di SMK Sungai Buloh sebelum aku berpindah ke Nilai.

"Thank you! Kau pun dengan girlfriend kau apa tunggu lagi?"

Amboi soalan cepumas.

Aku memandang Dhaniya lalu berkata, "tulah memang nak tapi dua dua belum habis belajar. Nak buat macam mana kan?"

Dhaniya senyum sambil tangannya mencubit pinggangku.

"Takpe takpe, tak lari lah girlfriend kau ni. Dah kawin jangan lupa jemput ye?" Kata Syuhada.

"InshaAllah. Kalau jodoh tak ke mana kan?" Jawabku sambil memandang Dhaniya di sebelah. Dia hanya menguntumkan senyuman. Tak pasti lah ikhlas ataupun tidak.

Selesai sesi bergambar, aku bersalaman dengan ayah dan ibu Syuhadah serta suaminya sebelum berangkat pulang.

Dhaniya membetulkan tudungnya. Dia masih kelihatan cantik seperti kali pertama aku datang menjemputnya.

"Niya, kau nak terus balik ke?" Soalku. Jam menunjukkan baru pukul 4 petang.

Dia merenung wajahku.

"Can we spend more time? Ke kau ada kerja nak buat?"

Aku menggeleng.

"So jom pergi jalan-jalan nak?" Dia memberi cadangan.

Aku menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

Kami tidak berbual di dalam kereta sebab Dhaniya ni terus terlelap. Apa yang dia penat sangat pun aku tak tahu lah.

Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan perempuan aku yang lain, Dhaniya lah yang paling aku rapat. Sebab dia jenis yang ikut je walaupun tak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan. Walaupun dia tahu keputusan yang akan berlaku takkan mendatangkan hasil seperti mana yang kami rancangkan.

Oh by the way, Dhaniya ni positif orangnya. Lebih tinggi tahap kesabaran dia daripada aku. Yelah, orang terlibat dalam bidang Hospitaliti takkan nak jadi baran pulak kan? Kang tak pasal-pasal kena pecat bila marah customer. Dhaniya lah yang selalu tenangkan aku bila projek aku fail, bila kena koyak kertas kerja, bila saat aku rasa nak give up sebab course yang aku ambil ni. Dia je yang tahu nak bagi positive vibes. Mungkin sebab tu kot, aku sayang dia.

Aku memandang Dhaniya yang sedang tidur lena di sebelah.

Kata nak spend time tapi pergi tidur pulak. Haih....

FINALWhere stories live. Discover now