#10

45 3 0
                                    

Jam loceng milik Sofia telah berbunyi. Aku memandang Sofia yang sedang duduk di atas katilnya sambil mengikat rambutnya yang melebihi paras bahu.

"Bangun Niya. Semalam kata nak breakfast kat cafe kan?" Sofia mengejutkan aku dengan cara menutup suis kipas dan membuka lampu.

Aku terpaksa bangun lalu mengemaskan tempat tidurku. Selalunya memang Sofia yang akan mandi dahulu, aku akan kemas tempat tidur, pilih nak pakai baju apa, sapu bilik sampailah Sofia habis mandi baru aku capai tuala untuk mandi pulak. Selesai melakukan tugasan rutin, aku mengambil telefon bimbit yang telah dicas penuh lalu membuka notification.

Irfan tagged you in a photo.

Aku membuka notification tersebut. Irfan memasukkan gambar kami yang di ambil semasa berada di tasik  semalam.

"One day you will realize, there was someone who always stick by your side no matter what happen and always give you a smile to make you strong and smile back.

Dear Dhaniya Nasyirah, thank you for a great whole day. I really grateful for having you in my life. Good morning!
#appreciationpost #sheismybestbud"

"Ha apa senyum sorang-sorang ha?" Tegur Sofia yang sedang berdiri di pintu bilik.

"Ifan ni. Dia merepek apa tah post gambar kitaorang pukul 4 pagi tadi"ujarku menjawab soalan Sofia.

Aku mengapai tuala yang disangkutkan di tepi loker lalu bergegas ke tandas. Jam telah menunjukkan pukul 6:30 dan aku masih belum menunaikan solat Subuh. Tak pasal-pasal kena bebel nanti dengan Sofia.

Aku respect Sofia punya prinsip, "jahat mana pun kau, jangan pernah tinggal solat. Sebab solat tu tanda kau ucapkan terima kasih dekat Allah" kata dia kepada aku satu ketika dahulu. Dia pun ada nasihatkan aku supaya berdoa dapat hidayah melalui solat. "Biar kita teruk di mata manusia, tapi Allah tahu macam mana kita berusaha nak dapat keredaan dia. Ingat tau Niya."

Selesai mandi dan menunaikan solat Subuh, aku segera bersiap-siap memakai baju kemeja putih dan seluar slack berwarna dark brown.

"Fia..."

Dia memandang ke arahku. Sofia sedang sibuk memasang pin di bahagian bahunya.

"Er, jangan gelak eh."kataku.

"Asal ni? Kau nak terberak last minit ke?" Sofia membuat andaian.

Aku menggeleng.

Aku mengambil tudung cotton shawl berwarna hitam yang aku beli semalam di pasar malam bersama Irfan.

"Aku nak pakai tudung pergi kelas pagi ni boleh tak?"ujar aku.

Sofia menguntumkan senyuman kepadaku. Dia memberikan pelukan, aku membalas pelukannya.

"Pakailah. Takda siapa halang" bisik Sofia ditelingaku. Suara dia macam menangis.

Eh kenapa pulak ni aku nak pakai tudung je terharu sangat ke...

"Kau tak rasa ke nanti budak kelas pandang pelik dekat aku?"

"Aku cungkil mata diorang nanti. Dah dah pakai je okay? Tak payah fikir apa orang nak cakap pasal kita." Sofia memberi nasihat.

Aku mengangguk lalu mengenakan shawl hitam tersebut pada mukaku. Aku rasa selesa bila memakai tudung semalam, takda la susah mana. Nampak lagi kemas rasanya. Itu yang aku ambil keputusan untuk memakai tudung pada hari ini.

---------

Kami tiba di kelas lebih awal selepas bersarapan di kafe. Hanya ada beberapa orang sahaja yang ada di dalam kelas. Ada yang membaca novel, ada yang sedang bermain telefon dan ada yang hanya berbual kosong.

Kelas bermula seperti biasa, Sir Zafran memulakan pengajarannya. Dia mengajar modul Leadership dalam semester 3 ini . Cara dia mengajar pun lebih senang untuk difahami kerana dia telah memberikan nota yang ringkas dan padat tentang tajuk yang akan diajarkan kepada kami.

Aku memang minat kos Hospitaliti Tourism and Wellness ni sebab aku suka bergaul dengan orang. Senang cerita, aku memang mudah mesra. Walaupun stranger yang kenal dekat dalam train pun aku boleh borak sampai kenal dan jadi kawan. Mungkin aku ikut perangai ibu yang memang mudah mesra. Aku tidak seperti Najiha dan Nabila yang agak penyegan dan pemalu untuk memulakan sesuatu perkara.

Aku berasa sangat gembira bila mendapat tahu keputusan aku untuk masuk ke Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) disokong sepenuhnya oleh ibu. Aku menggunakan duit simpananku untuk mendaftar di KLMUC. Memang agak mahal tetapi aku berpuas hati dengan sistem pembelajaran yang digunakan di sini.

Aku tidak seperti Najiha dan Nabila yang mempunyai otak menghafal fakta sains. Dulu aku cuba jugak tapi aku tak boleh. Memang otak bukan otak menghafal jadi aku mengambil keputusan untuk menukar kelas kepada kelas akaun. Dengan nombor-nombor aku boleh lagi daripada kena hafal ayat-ayat yang aku sendiri tak faham.

Sir Zafran memandang tepat arah muka ku. Aku membalas pandangnya.

"Dhaniya boleh berdiri sebentar?" Pinta Sir Zafran.

Aku berdiri.

"Ni adalah contoh pemakaian yang sangat kemas pada hari ini. Dhaniya memakai kemeja putih yang mengikut shape badannya dan mengenakan baju kemeja tersebut dengan slack berwarna gelap. Kalau you all semua nak kelihatan lebih berketerampilan, you all boleh ikut cara memakai Dhaniya." Jelas Sir Zafran panjang lebih.

Satu kelas memberikan tepukan.

Kepala otak dia. Pipi aku ni merah tak tahu nak letak mana.... harap-harap dia tak perasan.

"Merahnya pipi you. Kawal lah"bisik Sir Zafran di tepiku.

Aku terus duduk dan memandang ke bawah.

"Dhaniya. Tunggu sekejap lepas kelas okay?" Kata Sir Zafran semasa aku menghantar tugasan yang diberikan.

Aku mengangguk lalu meletakkan kertas tugasan tersebut.

"Kau gerak balik dulu lah. Sir nak jumpa aku kejap"

"Ayokkk Sir dah suka dekat kau" usik Sofia sambil mengemas barang-barangnya.

"Kau ni jangan macam-macam lah. Ish" balasku. Sofia hanya ketawa dan pergi meninggalkan aku di dalam kelas.

FINALWhere stories live. Discover now