#20

17 2 0
                                    

"Lahhh siapa cakap tak suka?" Balasku dengan nada yang tenang.

Aku menunggu respon dari Dhaniya. Dia senyap.

"Hey takkan speechless kot. I gu...." kata kata ku terhenti apabila melihat telefonku telah termati.

Patutlah senyap dah habis batteri.

Aku bangun untuk mencari charger untuk mengecas iphone 5s ku. Laci meja dibuka.

Gambar Safia yang terletak di antara kertas di dalam laci. Senyuman yang diukirkan di dalam gambar itu hanya mampu menjadi kenangan.

"I suka tengok you senyum"

"I suka tengok you jugak"

"Tiru orang. Ish."

"Hahahaha yelah i sukalah you tengok i"

"Yelah yelah. Sayang, I nak kena balik Langkawi esok...."

"Oh"

"Ala jangan macam ni..."

"Takpelah. I boleh pergi ambil baju kita sendiri"

"Lah bukan dah ambil ke"

"Esok baru nak ajak you ambil. Tapi nak kena balik kan?"

"Im sorry. Ada hal sikit"

"Takpelah. Ambil baju je kan? I boleh pergi sendiri"

"Thank you because understanding me. I love you"

"I know you did, sayang"

Itulah di antara saat saat terakhir yang aku luangkan bersamanya. Iffa terlibat dalam kemalangan semasa pulang daripada mengambil baju kawin yang telah ditempah.

Aku serik.

Selepas kematian Iffa, aku tidak pernah membuka hati untuk mengenali gadis gadis lain. Entahlah. Aku masih belum bersedia. Adakah sebab terlalu sayang?

Gambar Iffa aku simpan rapi di dalam laci. Selepas mengecas telefon, aku menutup lampu dan baring di atas katil.

Perasaan rindu menyelubungi diri. Aku terlena dalam memori.

--------------

Bunyi ketukan pintu yang agak kuat membangunkan aku dari tidur. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7 pagi.
Ini membawa maksud aku lewat bangun dan hampir terlepas subuh. Aku bingkas bangun lalu menuju ke tandas untuk mandi.

Usai menunaikan solat Subuh, ya agak lewat pada hari ini. Aku turun ke bawah dengan langkah yang gopoh. Kelas aku pagi hari ni. Aduhh...

"Qayum, makan dulu" sapa ibu yang sedang menuangkan air ke dalam cawan.

"Qay jamah sikit je tau bu. Lambat dah ni" kataku lalu mengambil roti sandwich dan menyumbat masuk ke dalam mulut.

Ibu yang berdiri di sebelah lalu membetulkan tie yang dipakai olehku.

"Kawin cepat. Biar bini yang buat macam ni" usik Ibu di pagi hari.

"Ibu lah isteri Qayum sampai bila bila" balasku lalu mencium dahi dan bersalaman dengannya sebelum beredar ke tempat kerja.

*******
Setiba di pintu hadapan kelas, aku ternampak Dhaniya dan rakannya, Sofia kot nama dia. Entah la tak berapa nak ingat. Mereka berjalan menuju ke arahku.

"Sorry Sir kami lambat sikit. Dhaniya ni ada emergency sikit tadi" pinta Sofia.

"Okay tak ni?" Tanya aku setelah melihat Dhaniya yang kelihatan pucat.

"Saya okay. Pening sikit" jawabnya.

"Sofia, you masuk dulu kejap. I nak personal talk dengan Dhaniya"

"Okay Sir" jawab Sofia lalu beredar masuk ke dalam bilik tutorial.

"Hey. Im sorry about last night. Baterry phone habis" kata aku mengingatkan tentang perbualan semalam.

"Oh.... takpe" jawab Dhaniya.

Dia kelihatan tiada mood.

"Serious ke you okay ni?"

"Ye. I period lah. Sengugut"

Aku tersenyum malu. Patutlah macam takda mood.

"Oh..cakap la awal awal. Buat I risau je" usik aku sebelum masuk ke dalam bilik tutorial.

Semua mata-mata memandang ke arah kami berdua. Yelah mana tak pandang, tiba tiba je masuk sama-sama.

Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa. Yang lainnya cuma Dhaniya kerana dia tidak ceria seperti selalunya.

Kejap. Yang aku nak risau sangat ni kenapa?

--------------
*Dhaniya P.O.V*

Jujur aku cakap ni kelas paling bosan untuk semester ini. Mungkin sebab mood aku yang tak betul ni dan cara pengajaran Sir Zafran yang agak membosankan.

Matanya memandang ke arah aku.

Jap, dia ni boleh baca fikiran orang ke. Macam tahu tahu je aku tengah mengumpat dia.

"Any question, Dhaniya?"

Shit.

Aku menggelengkan kepala.

Dia meneruskan kembali pengajarannya. Nasib baik dia tak suruh explain, kalau suruh mati aku. Aku dah la tak fokus satu apa pun ni....

Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 9:30 yang membawa maksud kelas telah tamat.

Aku mengemaskan barang-barang lalu bingkas bangun untuk keluar dan pulang ke bilik.


FINALWhere stories live. Discover now