#1

73 3 0
                                    

Sepanjang beberapa tahun mengenali Irfan baru sekarang aku tahu yang dia ni penakut dengan labah-labah. Semuanya terjadi semasa kami di Kedai Cik Itam untuk bersarapan pagi selepas berjogging bersama. Ya, jogging bagai nak rak tapi lepas tu aku bedal nasi goreng dan si Irfan ni pulak pergi bantai makan Nasi Lemak dua bungkus. Ala kisah apa kan yang penting dah keluar jugak peluh masa lari tadi. Okey kembali ke topik asal, aku baru tahu Irfan takut labah-labah ni masa kami tengah berborak dan kebetulan masa tu aku ternampak ada benda kecil berjalan-jalan atas bahu kiri dia.

"Fan. Kau diam jap" kata aku. Irfan yang tadi sedang sibuk bercerita terus terdiam.

"Kenapa?" Soalnya sambil mengangkat kening.

"Ada benda kat bahu kau tu" kata aku perlahan.

Irfan memandang kedua-dua belah bahunya dan selepas itu terdiam.

Aku memandang wajah Irfan, muka dia memang pucat gila. Padahal labah-labah je bukannya anak ular.

"Niya tolong lah alihkan benda tu" suaranya perlahan.

Memang macam takut sangat. Time tu memang aku gelak habis lah kan. Sempat juga aku rakamkan video Irfan meminta tolong dengan muka dia yang acah cool tapi sebenarnya takut.

"Kau jangan sebarkan kat mana-mana eh video tu. Aku tumbuk kau kang"

"Seriously? Aku dah post kat ig"

"Fu......... habislah reputasi aku sebagai seorang senior yang disegani" kata Irfan sambil membetulkan rambut.

Aku hanya mampu menjeling.

"Guess what? Ex kau comment kat video tu" ujarku sambil menunjukkan telefon bimbit ke arah Irfan.

'Cutenya. Spider pun takut. Hahahahahahahaha.....'

Irfan tersenyum.

"Kau biar jelah video ni kat ig kau. Nanti makin famous lah aku"

Damn it. Aku plan nak malukan dia. Tapi dia bangga pulak. Ergh.

FINALWhere stories live. Discover now