#7

40 2 0
                                    

Irfan telah menunggu di bawah. Aku memakai kasut flat lalu mengunci pintu bilik. Aku telah memberitahu kepada Sofia yang mengatakan aku keluar bersama Irfan.

Aku berjalan menuju ke kereta Honda Civic milik Irfan. Hadiah pemberian arwah ayahnya semasa hari jadi yang ke 19 tahun. Kereta ni jugak lah yang selalu bawak aku ke hulu ke hilir.

Aku membuka pintu kereta. Irfan yang sedang mendengar lagu memberhentikan lagunya. Matanya memandang tepat ke arah aku.

Pahal buruk ke aku pakai macam ni...

"Woi? Tak pernah nampak orang ke" Soalku.

Irfan tersenyum. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Aku dah kata dah..." Irfan bersuara selepas keluar dari perkarangan asrama.

"Kau kata apa?" Tanya aku sambil menukar siaran radio. Era FM membosankan kot waktu petang. Baik layan Hits FM.

"Kau lawa bila pakai tudung" ujar Irfan perlahan.

Aku diam. Acah-acah tak dengar.

"Kalau la kau pakai tudung dari dulu mungkin sekarang kau girlfriend aku"

Aku terkedu. Dah kenapa pulak sampai nak jadi girlfriend.

Aku cuba mengawal situasi supaya tidak terlalu awkward.

"Alah sekarang tak boleh ke nak jadi girlfriend kau?" Aku memandang ke arah mukanya.

Irfan seolah-olah terkejut mendengar soalan yang diaju oleh ku.

"Hahahaha chill lah. Aku gurau je. Tak nak aku jadi girlfriend kau. Dah la membosankan." Jelas ku menyelamatkan situasi.

"Em. Seriouslah tak nak?"

Aku pulak yang terdiam.

Dia ni serious ke main-main. Ish.

"Hahahahaha woi takyah lah nak pandang tingkap sangat. Asal kalau aku offer kau nak lah jadi girlfriend aku?"

Sial.

Dia main-main rupanya.

Irfan masih lagi ketawa bila melihat riak wajah aku yang masih serius.

"Tak naklah. Geli aku dengan kau" jawabku.

"Tengok tengok nanti aku jugak yang jadi suami kau. Alah kau tak nak lah sekarang nanti bila dah takda siapa yang nak kau baru tahu..." ujar Irfan dia masih ketawa.

Apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu. Tapi memang takkan jadilah. Aku ni bukan jenis taste dia pun. Taste dia tudung labuh, tutup aurat, baju longar. Aku ni? Ni ha baru first time Irfan tengok aku pakai tudung as outfit. Okay aku sepatutnya berhenti fikiran pasal benda ni.

"Hey, you okay?" Soal Irfan.

Aku mengangguk.

Selepas sejam setengah berada di dalam kereta, kami tiba Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Irfan membetulkan bajunya.

"Okay tak?"

"Okay." Aku mengangguk.

"Aku handsome kan pakai gini? Boleh jadi boyfriend kau tak?"

Aku malas nak layan dan terus berjalan ke hadapan. Walaupun aku tak tahu kat mana ballroomnya.

Takkan lah sebab aku pakai tudung kot? Ish.

Aku mula mengenali Irfan sejak berada di tingkatan 3. Masa tu Irfan baru pindah dan kebetulan time tu ada aktiviti merentas desa. Memang aku cuba sebolehnya untuk melarikan diri tapi dengan cara yang halal iaitu dengan menawarkan diri untuk menjadi ahli bantu mula (first aid)

Masa aku tengah tunggu budak-budak ni lari adalah seorang mamat ni. Dia punya lari tu kira laju jugak lah sebab boleh pecut ramai atlet lelaki senior yang lain. Tapi dia macam terlebih konfiden yang menyebabkan dia terjatuh sebab terlangar anak batu.

Aku yang dari tadi tengah perhatikan dia lari tiba tiba terkejut jugak.

Lah tadi bukan main laju, sekarang dah jatuh pulak.

Aku sebagai ahli bantu mula yang perhatin segera pergi mendapatkan lelaki tersebut.

Rupa-rupanya lelaki tu ialah Irfan. Tapi kami tak kenal sangat time tu sebab tak sama kelas. Aku cuma dengar je cerita-cerita pasal budak baru masuk.

"Aw sakit sakit! Slow slow lah sikit kak" ujar Irfan.

Aku pandang muka dia.

Akak?!

"Dah slow lah ni. Kalau tak bersih kan elok elok nanti ada kuman" bebel aku.

Irfan diam dan memandang cara aku membersihkan lukanya. Macam teruk jugak luka dia sebab macam ada kaca yang masuk ke dalam lututnya.

"Terima kasih kak" kata Irfan lalu aku membantu dia untuk bangun.

"Sama sama. By the way...."

"Ye?"

"Kita sama umurlah"

Irfan menguntumkan senyuman dan aku membalasnya kembali.




FINALWhere stories live. Discover now