Semasa aku tiba di rumah, aku nampak motorsikal milik Irfan di hadapan rumahku. Mungkin disebabkan aku berjalan terlalu tunduk sehingga tidak nampak Irfan menuju ke arah rumahku terlebih dahulu.
Aku mengeluh.
"Niya, please don't be like this. We need to talk okay?"
"I don't like that words" ujarku perlahan.
Ya, aku benci ayat tu sebab mengingatkan aku kepada conversation bersama Ad.
"Okay okay. Tell me everything. Aku dah tahu but please let me know from your mouth" jelas Irfan dengan tenang. Dia masih duduk di atas seat motornya.
"Dah tahu?" Soal aku.
"Memo in your phone"
Fuck. Asal aku boleh lupa. Patutlah lama je dia main telefon aku tadi.
"Nak lari mana lagi? Sampai bila nak pendam sorang? Fikir kau kuat sangat ke nak pendam sorang-sorang?" Kata Irfan. Suaranya masih kedengaran tenang. Dia tidak meninggikan suaranya langsung. Tinggi betul tahap sabar Irfan ni.
Aku yang duduk di tepi pagar rumahku masih diam membisu
"You know what Dhaniya? Kau ni ego. Kau tak nak orang lain nampak kau lemah, jadi kau egokan diri untuk orang pandang kau kuat. Untuk apa Niya? Tipu diri sendiri? Kenapa kau tak jujur je masa dia tanya kau tu.."
"Entah. Kalau aku jujur pun bukan dia pilih aku, Fan. Buat malu je"
"One more point about you, suka buat andaian sendiri."
"Dah la. Kau cakap jelah apa kau nak cakap. Benda dah jadi" jelasku perlahan. Aku berdiri untuk masuk ke dalam rumah.
Tangan aku ditarik oleh Irfan. Mata kami bertaut.
"For this time please let me be the one who fix this thing."
Dia melepaskan tanganku.
Kami berjalan menuju ke gazebo yang terletak tidak jauh dari rumahku.
"Cakap lah apa kau nak cakap. Aku dengar" ujar aku kepada Irfan. Dia mengambil tempat di sisiku.
"First of all, Im sorry. Sebab aku takda masa kau alami semua ni. Aku tahu masa aku sibuk dengan Ajwa sejak kebelakangan ni. Ya, aku tahu kau pernah chat aku untuk minta aku call kan? Tapi aku sendiri hampakan kau sebab aku memang busy masa tu. Sampai aku lupa nak balas mesej kau. End up dengan tak call langsung. Jumpa dekat sekolah masa balik je kan? Tu pun sebab kita tunggu bas yang sama. Im sorry because Im not beside you when you through all this shit" jelas Irfan panjang lebar. Aku masih diam. Kalau aku cakap confrim air mata ni mengalir. Jadi aku pilih untuk mendengar sahaja.
"Second, I know you fell for him. That Adrish guy. Sebab dia muncul masa aku jarang ada masa untuk kau. Dia yang buat kau happy for awhile kan? Ye, aku faham perasaan tu. Tapi kau tak boleh terus broken macam ni Niya. You're beautiful. You deserve better. Maybe dia bukan untuk kau. Aku tak boleh salahkan kau pasal benda ni sebab macam kau cakap benda dah jadi."
Air mata mengalir.
Babilah. Penat lah macam ni....
"Third, aku nak kau tahu. Im here. Always support you in whatever you're doing. Even kau nak hisap dadah pun please let me know. We can take it together. Okay tak lawak tapi please, no secret between us. Cerita je pape pun yang jadi. Even aku busy macam mana pun just whatsApp me. Aku dengan Ajwa pun kawan je baru. Haritu aku rapat dengan dia sebab nak pulihkan dari mental disorder yang dia ada. Kau faham kan? You're still my best-girlfriend. No one can replace you, Niya. Trust me."
Air mata yang mengalir aku lap dengan tangan. Aku memandang ke arah Irfan. Dia senyum.
"Im afraid of losing people that i love..."
"You lost the people but memories will stay with you. But, this time Im here okay. I will help you through this shit" ucap Irfan.
Kalau ikutkan aku nak je aku peluk Irfan masa tu. Tapi, aku masih berfikiran panjang. Nanti apa pula kata-kata jiran.
Irfan berdiri. Dia mengajak aku untuk kembali ke rumah. Aku mengikut dari belakang.
"Remember this my princess, whatever happen to you or us, we will fix it okay? Jangan terus overthinking. Yang pasal Ad tu aku tolong kau move on. Don't worry, my princess deserve a better prince"
Aku hanya mengangguk lemah dan tersenyum tawar. Irfan menekan loceng dipintu rumahku. Tidak lama kemudian, Najiha keluar membuka pintu.
"Kakak nangis ke, Abang Ifan?" Soal adik kembarku, Najiha.
"Taklah. Kakak kepedasan makan ramen tadi. Kitaorang buat ramen challenge." Tipu Irfan. Najiha mengangguk lalu kembali semula menonton televisyen.
Aku masuk ke dalam rumah. Irfan hanya berdiri di hadapan pintu.
"Ingat tau. Apa apa hal cerita. Jangan sampai jadi macam ni"
"Okay Irfan. Thanks"
"You're most welcome. Nanti ibu balik kirim salam dia ya." Pesan Irfan sebelum meminta diri untuk pulang.
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...