Kelas pagi itu bermula agak lambat. Aku sempat siapkan assignment untuk next class dan Sir Ahmad masih belum kelihatan. Aku memandang ke arah Sofia yang sedang leka melukis doodle di buku notanya.
"Mana Sir weh?" Soalku kepada Sofia.
Dia hanya mengangkat bahu tanpa memandang ke arahku.
"Takkan la class cancel tak boleh whatsApp kot?" Aku membuat andaian sendiri.
Selepas beberapa minit menunggu. Pintu bilik di tolak perlahan. Pelajar yang tadinya sedang rancak berbual terus senyap dan ada yang pulang ke tempat masing-masing.
Di hadapan pintu tersebutl bukan lah Sir Ahmad. Tapi seorang lelaki yang tidak dikenali.
"Goodmorning everyone. Im sorry because im late. My name is Zafran Al-Qayum. You can call me Sir Zaf or my full name i dont care but just respect me as your lecture." Introduction yang simple dan mudah difahami.
Semua mata pelajar tertumpu kepada Sir Zafran.
Tiba tiba ada soalan dari rakan sekelasku.
'Errr, Sir dah kawin?'
Semua classmate tergelak mendengar soalan daripada Bella. Dia memang gatal sikit. Pantang nampak lelaki handsome semua nak test market. Tapi takkan lah nak test lecture sendiri pulak. Ew.
Sir Zafran tersenyum mendengar soalan Bella.
'Still single and available' kata Sir Zafran. Buku yang dipegang diletakkan di atas meja. Dikemaskan kertas-kertas yang berada di atas meja tersebut.
Buat kerja macam teliti je. Please lah jangan cerewet pasal assignment. Aku macam sedih juga lah sebab Sir Ahmad pergi tanpa berita. Amboi, ayat aku. Tapi aku memang selesa belajar dengan Sir Ahmad sebab aku suka dengar slang dia dalam English. Haih cair je hati bila dengar dia sebut nama aku.
Dhaniya Nasyirah do you understand?
Ayat yang sering diajukan kepadaku. Yelah aku kan macam suka berangan dan bila aku fokus tu macam terlebih fokus. Sampai Sir selalu ingat aku tak faham.
'NIYAA!' Jerit Sofia perlahan. Tapi kuat jugaklah kat telinga aku ni.
Aku kembali ke alam realiti.
Damn it. Aku berangan ke tadi.
Semua mata tertumpu ke arah ku termasuk Sir Zafran. Aku hanya mampu tersenyum malu.
"Niya turn kau kenalkan dirilah. Jangan malukan aku Niyaaaa" bisik Sofia perlahan sambil mencubit lenganku.
Aku segera bangun.
"Assalammualaikum and goodmorning. My name is Dhaniya Nasyirah. Just call me Dhaniya or Niya"
"Nice name Nasyirah" kata Sir Zafran.
Dah pahal mamat ni panggil nama kedua aku pulak.
Sesi suai kenal bersama Sir Zafran berjalan dengan elok. Buat masa ni tak nampak lagi tanda-tanda Sir baru ni annoying. Lepas sesi suai kenal dia minta kitaorang buat kerja masing-masing sebab dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Kebetulan ramai yang belum menyiapkan assignment Puan Iffah, jadi mereka meminta diri untuk ke perpustakaan untuk mencari maklumat. Sir mengizinkan.
Di dalam kelas hanya tinggal beberapa kerat. Itu pun yang dah siap assignment. Aku kebosanan sebab si Sofia ni masih meneruskan doodling nya. Apa yang best sangat pun aku tak tahu.
Kini mata aku tertumpu pada Sir Zafran. Dia seorang yang kidal. Cara buat kerja nampak sangat teliti. Mungkin dia tengah mengisi borang-borang penting.
Sedang asyik aku memerhatikan Sir tiba tiba namaku diseru olehnya.
Oh shit. Not this time please!
"Nasyirah, you ada kerja ke?" Soal Sir.
"Takda Sir" jawabku.
"Boleh tolong photostate kan kertas ni? I nak kasi untuk classmate you untuk next class."
Aku menangguk lalu berdiri menujuk ke arah mejanya.
Sir Zafran menyerahkan beberapa helai kertas kepadaku.
"Lagipun Sir tak tahu kat mana nak photostate so can you help me?"
"Sure. Photostate untuk 20 orang ye?"
"Yep" dia menangguk dan mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM15.00 kepadaku.
Aku menggambil wang tersebut dan berlalu pergi.
Boleh lah daripada aku asyik termenung dalam kelas baik aku buat kerja amal ni.
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...