Dalam perjalanan pulang ke bilik, aku terdengar satu suara yang memanggil daripada belakang.
"Dhaniyaa!"
"Dhaniya stop pls!"
Aku menoleh ke arah suara tersebut.
Zafran.
Dia menghampiriku dengan wajah yang berpeluh. Entah sejak bila dia ikut aku pun aku tak sedar. Beranggan je dari tadi.
"Hey, laju gila jalan. Huh" kata Zafran yang tercungap cungap.
"Tak sihat. You nak apa ni?" jelas aku kepada Zafran yang berada di hadapanku.
"Nak ajak teman lunch"
"Boleh whatsApp kot" ucap aku perlahan. Cuaca tengah hari yang terik tu membuatkan mood aku juga tidak menentu.
"Dah whatsApp you bukan reply pun..." ujar Zafran dengam suara yang mendatar.
"Phone silent" itu sahaja alasan yang mampu aku berikan.
"So, jom lunch eh?" Ajaknya sekali lagi.
Aku hanya mengiyakan bila difikirkan balik usaha dia kejar aku sampai sini dan perut aku pun minta diisi.
---
Kami menjamu selera di Restoran Ayam Penyet. Nasib baiklah Zafran jenis yang tetapkan nak makan dekat mana. Bukan seperti Irfan, bila ditanya jawabnya hanya "tak tahu" ataupun "tak kisah". Susah kot dengan dia tu. Padahal nak minta suggestion je.
"Hey? Jauh menung..." tegur Zafran sambil memetik jarinya di hadapan muka ku.
"Eh sorry" aku memang macam ni kalau dah berfikir memang beria betul gaya.
Dia hanya tersenyum apabila mendengar responku.
"I nak pergi kedai depan tu kejap. Nak beli barang"
"Nak I teman?"
"Takyah. Nak beli barang perempuan" ujarku perlahan.
Zafran tersipu malu. Dia hanya mengangguk dan sebelum aku berlalu pergi.
Bulan ni saja dah 2 kali aku ambil ubat tahan sakit disebabkan sengugut ni. Tak tahulah kenapa kali ni teruk sangat.
Fikiranku teringat kepada pesanan Adrish semasa aku mengalami sengugut teruk ketika di tingkatan 5.
"Tunggu sini. Aku panaskan air. Lepastu kita tuam"
"Tuam tu apa?"
"Ya Allah tak pernah buat ke?"
Aku menggelengkan kepala.
"Ha kejap! Satgi aku tunjuk apa itu tuam ye"
Dia kembali dengan bekas yang diisi air suam dan kain tuala.
"Tuam ni elok untuk kau. Biar darah tu mengalir lancar. Jangan pelik kenapa aku tahu semua ni, aku tahu dari Mama. Dia selalu jugak period pain. Aku lah yang kena handle. So, lain kali kalau teruk sangat buat macam ni tau"
...........
Bunyi hon yang sangat kuat menyedarkan aku semula. Aku cuba menoleh ke arah bunyi tersebut. Ternyata ada sebuah kereta yang laju sedang menuju ke arahku dan
PAMMMMMMMMM!
Gelap.
-------------------
*Zafran P.O.V*
Bunyi hon yang kuat menarik perhatian aku untuk keluar melihat apa yang berlaku. Selesai membayar di kaunter, aku menuju keluar.
Jantungku seolah-olah jatuh apabila melihat Dhaniya yang sedang terbaring dengan kepala yang berdarah di atas jalan tar tersebut.
Aku berlari mendapatkanya. Ramai orang disekeliling yang berkumpul untuk melihat apa yang terjadi. Pemandu kereta Honda Jazz itu keluar. Dia sedang menelefon pihak ambulans untuk datang ke tempat kejadian.
Lelaki tersebut mempunyai kecederaan kecil di bahagian dahinya sahaja.
"Bro, awek kau ke ni" sapa pemandu tersebut.
Masa ni bukan untuk jelaskan segalanya jadi aku hanya mengangguk.
"Dhaniya?" Teka pemandu tersebut.
Siapa pulak mamat ni? Macam mana dia tahu ni Dhaniya...
YOU ARE READING
FINAL
Подростковая литератураKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...
