*Dhaniya P.O.V*
Irfan mengejutkan aku dari tidurku. Kami telah tiba di Taman Tasik Titiwangsa. Irfan sedang membetulkan rambutnya sambil melihat ke arah cermin.
"Dah puas tidur?" soal Irfan. Matanya memandang ke arah aku yang masih dalam mood tidur.
Irfan mengambil kunci dan keluar dari perut kereta. Aku membetulkan kedudukan tudung yang sudah senget lalu mengikut langkah Irfan.
"Irfan...." panggilku.
Dia sudah berjalan jauh ke hadapan. Aku dengan jubah ni takkan nak suruh lari kejar dia pulak. Ish.
Irfan menoleh. Dia hanya mengangkat keningnya seolah-olah bertanya apa yang aku nak.
"Tunggu lah kejap" balasku.
Irfan berhenti dan duduk di sebuah meja yang terletak berhampirannya dan menghadap tasik. Angin sepoi bahasa mengindahkan lagi suasana pada petang itu.
"Kau okay tak ni, Fan?"
"Kenapa nampak muka tak okay ke?"soalnya kembali.
Aku mengambil tempat duduk di hadapan Irfan supaya senang untuk berbual.
Irfan meletakkan tangannya di dagu dan menghadap tepat ke muka aku seolah-olah menunggu giliran aku bercerita. Muka dia macam ada masalah.
"Irfan. Aku nak tanya something boleh?"
Dia hanya mengangkat kening.
"Do you mean the thing that you told just now?"
"What is that 'thing' ?"
Alah mamat ni buat-buat tak tahu lah pulak. Malu lah kalau aku nak kena ulang apa yang dia cakap masa kat wedding tu. Desis aku di dalam hati.
"Yang pasal kawin tulah..."
Irfan menguntumkan senyuman.
"Kau nak ice-cream?" Kata Irfan. Dia cuba menukar soalan ataupun memang dia lapar dan akan bercerita selepas dia makan. Irfan memang macam tu, kalau nak cerita sesuatu mesti kena mengunyah. Dia kata baru feel bercerita. Aku ikutkan saja.
Aku mengangguk.
"Chocolate?"soal Irfan.
"Yep macam biasa"
Irfan berlalu pergi mendapatkan pakcik yang menjual ais-krim tersebut. Aku hanya memerhatikan langkahnya.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Tertera nama Sofia diskrin telefon.
"Hey, asal call?"
"Kau still kat luar eh Niya?" Tanya Sofia di hujung talian.
"Haah. Tengah lepak dgn Irfan. Kejap lagi balik lah. Kenapa?"
"Belikan aku makanan before balik boleh? Aku lapar tapi malas nak keluar" jelas Sofia menyatakan tujuannya menelefon aku.
"Okay. I will. See you soon!"
Perbualan tamat di situ. Tidak lama selepas itu, Irfan tiba bersama dua ais krim di tangan kanan dan kirinya. Dia menghulurkan ais krim chocolate kepadaku. Irfan suka vanilla. Kami berdua banyak benda yang berlawanan citarasa. So, bila beli makanan tu memang tak nak share sebab dua-dua ada taste yang lain-lain.
"Bila nak jawab soalan aku?" Aku memecahkan kesunyian.
"Ohh ya lupa lupa. Borak dengan pakcik ais krim tu terus lupa" Irfan tersengih memberi alasan.
"Alasan" kataku sambil membuat mimik muka tidak puas hati.
"I didn't mean it pun. It just a normal joke okay? Lagipun tadi kan kita datang as couple. Kena lah berlakon sikit kan?"
Aku lega selepas mendengar penjelasan daripada Irfan. Aku tahu aku bukanlah gadis pilihan Irfan. Mungkin sebab dia hanya menganggap aku sebagai seorang kawan.
-----------------
*Irfan P.O.V*
Bagus Irfan bagus. Untuk kali ke berapa nak tipu diri sendiri.
Kenapa kau tak mengaku je yang kau sukakan dia?
Jangan kau menyesal satu hari nanti dah la.....
"Irfan. Kejap lagi nak balik kita singgah kedai makan tau. Nak bungkus makanan untuk Sofia"
"Okay"
"Irfan,..."panggil Dhaniya.
"Aku memang tak sesuai jadi girlfriend kau eh?" Soalnya secara tiba-tiba.
"Serious la kau nak jadi girlfriend aku?"
"Nooo. I didnt mean that tapi memang kau tak suka eh aku sebab.... em yelah aku kan tak pakai tudung"
Aku menggelengkan kepalaku. Dhaniya menanti jawapan yang akan aku ucapkan.
"You're not my girlfriend but you're my special one. I didnt call you my girl but I call you my life. Got it?"
Dhaniya senyum mendengar kata-kataku. Bab-bab mengayat ni memang aku hebat tapi tak tahulah dia faham ke tak apa maksud yang cuba aku sampaikan. Tak pasal-pasal nanti dia ingat aku bagi pick up line je. Alahai.
-----------
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...