Aku tiba di pekarangan kolej pada pukul 10 malam. Disebabkan aku keluar atas urusan bersama pensyarah jadi pengawal keselamatan membenarkan Sir Zafran menghantarku sehingga di hadapan blok B.
"Dhaniya, thank you for today! You did it well" ujar Sir Zafran padaku sebelum aku keluar dari perut keretanya.
Aku menguntumkan senyuman dan membalas "you're welcome, Sir. I did nothing"
"Hahaha I tak boleh la nak cakap bye dekat you ni. So, goodnight?" Dia ketawa lalu menekup mukanya yang merah. Malu mungkin? Aku cuma pandang je. Alahai.
"Okay okay. Pelik lah Sir ni. Goodnight" kataku lalu meminta izin untuk pulang ke bilik.
Sir Zafran hanya menguntumkan senyuman. Nasib la senyum nampak lesung pipit. Kalau lah muka tak handsome dah lama kena cop "pensyarah gatal". Itu lah kelebihan kalau ada rupa ni, semua boleh ditutupi oleh rupa paras. Walaupun perangai buruk, tapi muka lawa orang tetap pandang dan memuji. Alahai kenapa aku emo sangat ni.
Aku mengetuk pintu bilik yang terkunci. Malas nak cari kunci di dalam beg tanganku.
Tidak lama kemudian Sofia membuka pintu. Dia bersama coklat Cadbury di tangan. Tengah melayan movie lah tu.
"How's your date?" Soal Sofia.
Aku membuka tudung dan meletakkan pin yang digunakan di dalam sebuah bekas. Tudung tersebut aku campakkan ke dalam bekas baju yang hendak di basuh. Aku masih memakai baju kurung dan memilih untuk terbaring di atas katil yang tak berapa nak empuk tu.
Ahh, nikmatnya.
Soalan Sofia aku ketepikan disebabkan terlalu penat. Sofia datang mendekati katilku.
"Amboi, dah bahagia tak nak cerita pulak ye"
Aku senyum. Malas nak layan mulut pokpek dia.
"Kau tak nak mandi ke Niya? Takkan nak tidur dengan make up dekat muka ni? At least guna lah make up remover dulu woi..." bebel Sofia apabila melihat aku terlelap.
"Im tired....." ujarku perlahan.
Sungguh, kelopak mata aku macam ada batu tersusun yang membuatkan mata aku sangat layu dan tak boleh buka.
Lantas Sofia berdiri lalu mengambil make up remover bersama kapas di atas mejanya. Mukaku dibersihkan oleh Sofia. Aku hanya turutkan sahaja.
Semakin lama, mata aku semakin berat. Usapan kapas pada muka ku juga menjadi salah satu faktor yang mendorong aku untuk terus tidur. Usapan terakhir daripada Sofia membuat aku untuk terus tidur kerana sudah selesa dengan keadaan muka ku yang sekarang. Sofia menyelimutkanku. Dia bingkas bangun dan mematikan lampu. Aku tidur dengan nyenyaknya.
----
Jam menujukkan pukul 5:30 pagi. Aku terjaga disebabkan ingin membuang air kecil. Aku bangun perlahan-lahan dan keluar dari bilik menuju ke tandas.
Aku tak takut sangat sebab waktu waktu macam ni dah ada pelajar yang dah bangun mandi. Selalunya mereka yang ingin menunaikan solat sunat atau study pada awal pagi.
Selesai melepaskan hajat yang tidak seberapa besar itu, aku masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup dan dikunci.
Aku baring semula di atas katilku. Aku dah segar kerana membasuh muka sebentar tadi. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bermain telefonku.
Mobile data yang lupa dioffkan menunjukkan ada beberapa notifikasi yang aku dapat sejak pukul 10:10 malam tadi.
3 messages from Sir Zafran.
"Goodnight Dhaniya."
"Jangan ambil serious apa yang I guraukan tadi ya..."
"I don't how to tell this but your face remind me of someone. You're beautiful. Maybe you akan ingat I gatal ke apa kan but ikut you la nak fikir apa. I suka tengok you"Aku tergamam. Dah kenapa pulak dia suka nak tengok aku?!
Tanganku menaip di skrin telefon Samsung J7 pemberian ibu kepada aku.
"Goodnight too. Nah I okay je. As long as you didnt do a bad thing kan? We can be friend, lecture."
Aku menghantar mesej yang telah ditaip. Sebenarnya okay je nak berkawan dengan Sir sebab dia bukanlah seorang yang terlalu tua yang asyik bagi nasihat suruh belajar blablabla. Sir Zafran such a good listener, I guess? Dia pun tidaklah terlalu muda and tak terlalu tua.
Telefonku bergetar. Menandakan ada mesej masuk.
"Hahaha macam pelik je 'friend, lecture' tu. Tapi takpe, betul jugak cakap you. We can be friend kan, student?"
Aku tergelak kecil membaca mesej yang dibalas oleh Sir Zafran. Kelakar jugak dia ni.
"Yelah. Nanti Sir ingat I lebih lebih pulak"
Aku menghantar mesej tersebut.
"Takyah panggil I Sir kalau takda class okay? Kalau tak I potong markah quiz you"
"Amboi ugut ya? Hahaha yelah yelah"
Aku terpaksa akur dengan permintaan Zafran. Mungkin dia rasa tak selesa dan ingin menganggap dirinya sebagai seorang kawan.
Tiada lagi jawapan daripadanya. Mungkin telah tertidur atau menunaikan solat Subuh. Nasib baik aku cuti. Boleh la sambung tidur sekejap sebelum memulakan kelas pada pagi ini.
----------
YOU ARE READING
FINAL
Novela JuvenilKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...