Cuaca pada pagi itu sangat cerah dan memberi kerjasama kepada aku untuk bangun awal disebabkan program yang dianjurkan di sebuah Kolej Vokasional.
Aku bangun dan terus mengemaskan tempat tidur. Terpandang Sofia yang masih di dalam selimut seperti ulat gulung. Class pada pagi itu dibatalkan oleh Sir Zafran kerana terpaksa menghadiri program di luar. Ya, sepatutnya aku pun join Sofia tidur tapi apa kan daya... nasib tidak menyebelahi diriku. Ewah.
Selesai mandi, aku berdiri di hadapan loker untuk memilih baju yang bersesuai dengan diri aku. Setelah beberapa minit membuat pilihan, tanganku mencapai baju kurung moden bercorak bunga-bunga kecil yang berwarna pink cair. Aku mengenakan pakaianku bersama tudung shawl kelabu.
Aku dah mula menjinakkan diri untuk memakai tudung setelah mendapat sokongan yang sangat baik daripada ibu, adik-adik, Sofia, Irfan dan rakan-rakan kelas yang lain. Betul lah orang dulu cakap, kalau nak buat kebaikan kena ikhlas dan reda. Di samping mendapat bantuan daripada ahli keluarga yang terdekat.
Usai bersiap, aku menyemburkan pewangi berbau Strawberry yang aku beli di Up Town Danau Kota bersama Irfan. Berbaloi lah harga dengan ketahanan bau dia.
"Sofia, aku nak gerak dah ni. Jangan lupa kelas kau pukul 2petang!" Pesan aku kepada Sofia yang sedang bermain telefon. Dia memandang ke arah aku yang sedang memakai kasut di hadapan pintu bilik.
"Okay I will. Kau tu jangan nervous sangat. Goodluckk!" Sofia memberi semangat kepadaku.
---------
Kereta Honda CR-V jelas terparkir di kawasan menunggu di hadapan blok B. Aku mempercepatkan langkah kerana sudah terlewat dan membuat Sir tertunggu-tunggu. Nanti dia ingat aku ni jenis tak menepati masa pulak.
Aku membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta. Sir Zafran memandang ke arah ku lalu menguntumkan senyuman.
'Okay great. Dia senyum maksudnya dia tak marah aku lambat'
Detik aku di dalam hati."You selesa ke tak ni?" Soal Sir.
"Okay je, Sir. Cuma rasa serba salah sebab buat Sir tertunggu-tunggu tadi" ujarku perlahan. Mata aku masih menghadap ke depan.
"Eh I okay jelah. I pun baru je sampai"jelas Sir kepada ku.
"Dhaniya...." Sir Zafran menyebut namaku.
"Yes?" Aku menoleh ke arah Sir.
"Takyah panggil I "Sir" boleh tak? Sebab it make you look awkward. I pun jadi awkward kalau you awkward tau" jelas Zafran. Matanya masih fokus memandu.
"Lah itu je ke. Hahaha okay okay. Tapi tak macam kurang ajar ke, Sir?"
"Nope. I rasa okay je. Lagipun ni bukan kat kelas. Kita kat luar kan?"
Aku mengangguk. Zafran menguntumkan senyuman. Jelas lesung pipit di bahagian pipi kirinya.
"So I nak panggil you apa?" Aku masih ragu-ragu. Rasa pelik pun ada.
"Panggil I Zafran je. Cepat kita kena practice. Kejap lagi kita ada talk. Takkan you nak budak-budak tu nampak kita awkward?"
Aku tergelak kecil melihat reaksi muka yang dilakukan olehnya. Kami berbual tentang diri sendiri dengan lebih detail. Dia tanya pasal keluarga aku, kenapa aku minat Tourism and so on. Banyak jugak aku dapat tahu pasal dia.
-----------
"Niya..." panggil Zafran yang sedang melipat lengan bajunya. Program kami telah tamat. Sambutan yang diberikan boleh pelajar-pelajar di kolej tersebut sangat menggalakkan.
Aku memandang ke arah Zafran. Kini dia sedang melipat lengan baju sebelah kirinya pula.
"Kenapa you panggil I tadi?" Tanya aku bagi memulakan perbualan semula.
"Nak dinner sekali dengan I tak?"pinta Zafran. Kali ni dia memandang ke arah aku. Matanya serius.
"I okay je. Lagipun I pun lapar jugak" aku jujur. Perut aku daripada tadi minta diisi. Setakat dengan karipap dan beberapa ketul kuih seri muka manalah kenyang. Ada juga pensyarah yang mempelawa untuk makan makanan berat tapi aku yang tolak.
Zafran menukar haluan perjalanan. Terdapat papan tanda yang menunjukkan kami dalam perjalanan ke PD Waterfront.
Setelah membuat pesanan Zafran mengambil tempat duduk di bahagian atas.
"So, sampai mana kita borak tadi?" Soal Zafran. Tangannya bermain-main dengan jam di pergelangannya.
"Part you ditransfer ke KLMUC" jawabku ringkas. Aku memandang ke arah wajah pensyarah yang berada di hadapan aku ini.
"Yes. That part. Actually, I kena transfer sini sebab I ada orang dalam. Lagipun dulu I mengajar dekat Langkawi. Jauh sangat dari family. So, bila I guna khidmat orang dalam senang lah sikit"
"Siapa orang dalam you?"
"Nak dalam hati ke dalam college?"usik Zafran.
Makanan yang dipesan telah tiba. Pelayan perempuan yang memakai tag nama Atirah itu meletakkan makanan kami di atas meja. Mulutnya tidak lengkang memberikan senyuman. Pelayan itu berlalu pergi.
Mata Zafran masih tertumpu kepadaku. Aku memang dah tak tahan lapar. Terus menghirup Iced Lemon Tea yang dihidangkan.
"What? Asal pandang gitu? I lapar" kataku sambil mengambil muffin yang disediakan.
Zafran ketawa mendengar penjelasanku.
"Yelah yelah. Kita makan dulu. I tak puas lagi borak pasal you"
"You memang banyak cakap eh?" Perli aku. Tapi memang betul pun. Bukan ke lelaki sepatutnya bercakap 1000 patah perkataan je ke? Aku yang perempuan ni pun dh penat bercakap.
"I suka cakap dengan orang yang I suka"jelas Zafran.
Aku terdiam. Buat buat tak dengar dan menadah tangan lalu membaca doa makan.
----------
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...