#19

29 1 1
                                    

*Zafran P.O.V*

Tanganku mencari kunci di dalam poket seluar. Pintu dibuka lalu aku memberi salam kepada ibuku, Puan Khadijah yang sedang menonton rancangan kegemarannya di televisyen. Kalau tak silap aku ni ceramah daripada Syamsul Debat. Kelakar juga orangnya.

"Dah balik dah Qayum" sapa ibu semasa aku mengambil tempat disebelahnya.

"Banyak kerja sikit, bu. Sebab budak-budak dah nak Final Exam" jelasku. Aku mengambil air kosong yang diletakkan di atas meja kecil itu. Memang  disediakan oleh ibu untukku.

"Hmm patutlah. Qayum nak makan? Ibu ada panaskan lauk petang tadi" soal ibu masih mengambil berat tentangku walaupun umurku sudah mencecah 34 tahun.

Bak kata orang sepatutnya bini yang jaga.

Aku menggeleng.

"Nanti Qayum nak pandai-pandailah Qayum cari ye. Ibu takyah risau. Ni Qay nak naik atas. Nak mandi." Ujar aku.

Ibu mengangguk.

Aku mengambil langkah untuk ke atas membersihkan diri. Beg laptop aku letakkan di atas meja di sudut bilik. Tuala putih yang digantungkan di belakang pintu aku capai lalu menuju ke bilik mandi.

Setelah beberapa minit berendam dan menyucikan diri, aku keluar dari bilik mandi lalu duduk di atas katilku.

IPhone 5s dicapai. Aku membuka WhatsApp.

Terdapat beberapa mesej daripada group dan 2 mesej daripada Dhaniya student favourite. Ceh.

Dhaniya
9.30pm
Hey Zafran. Mind to ask, macam mana nak move on? Hahahahaha.

9.35pm
Im just kidding. Im boreddd assignment you kasi ni banyak sangatlah, Sir. 😣

Aku senyum selepas membaca mesej dari studentku. Jari jemariku kemas membalas mesej darinya.

Zafran
10.00pm
Hey Dhaniya. Move on? Setahu I, bab move on takde dalam syllabus semester ni. Hahaha are you okay? Kalau nak I ajar kena bayar ni! 😌

Selepas beberapa minit telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Dhaniya
10.02 pm
Memang lah takde. Kalau ada dah lama I cari sendiri je. Hahaha amboi, nak bayar berapa pulak?

Selesai memakai kain pelikat bersama t-shirt putih aku baringkan tubuhku di atas katil yang empuk. Telefon disisi aku gapai untuk membalas mesej daripada Dhaniya.

Zafran
10.05pm

Takdalah. I gurau je. Kenapa tiba tiba tanya pasal move on ni? Are you okay...
Can I call u? Sebab mata tak larat nak buka dah ni...

Aku menyatakan perkara yang betul. Seharian di tempat kerja membuatkan aku letih. Menghadap kertas kertas untuk dikey-in markah student-studentku.

Dhaniya
10.05pm
You nak rehat ke? Kalau macam tu you rehat lah. Sorry kacau Sir. Goodnight 🙈

Zafran
10.06pm
I nak cakap dengan you lah. Apa ni halau orang tidur. Haish

Dhaniya
10.06pm
Hahhahaha yelah yelah. Call lah. I tak kisah pun.


S

etelah mendapat kebenaran daripada Dhaniya aku menekan button call pada nombornya.

"Haai...." sapa Dhaniya dengan suara yang seperti bebisik.

FINALWhere stories live. Discover now