#11

48 0 0
                                    

"So kenapa Sir nak jumpa saya?"tanya aku yang sedang berdiri di hadapan mejanya.

"Depends on your tutorial yang I bagi tadi, result you paling okay berbanding kawan-kawan you. So, can you help me?"

"Tolong apa Sir?"

"I ada program yang I kena handle tapi this program is out of college's program. Kira0 ni program luar lah"

"Oh I see.... So apa je yang I boleh tolong?"

"Give a talk to tourism student about hospitality? Benda ni I boleh ambil part of your amali so you ada back up marks berbanding kawan-kawan you yang lain."

Aku memandang wajah Sir Zafran yang sedang berdiri di hadapanku. Dia memegang buku-buku yang telah dikemaskan.

"Kalau I confrimkan later boleh tak Sir?"

"Kenapa you tak nak ke?"kata Sir. Suaranya seperti risau.

"Eh bukan bukan. I nak fikir betul-betul and I need a detail about the program. Can I?" Ujar aku.

"Oh sure. Sorry kalau I macam memaksa you. Tapi I berharap sangat you boleh tolong I as partner talk."

"InshaAllah" jawabku. Aku menguntumkan senyuman kepada Sir. Dia nampak handsome pulak ni kenapa. Aduh.

"So number you?" Tanya Sir Zafran kepadaku.

Aku mengeluarkan telefonku dan memberikan nomborku kepadanya.

Setelah saling bertukar nombor telefon, aku meminta izin untuk beredar. Perutku minta untuk diisi lalu aku segera ke kafe.

Di kafe, aku membeli nasi berlauk dengan charge bayaran sebanyak RM3.50. Bila dekat U, awal bulan memang seronok makan tak ingat dunia. Kalau boleh semua makanan alakat nak di order. Tapi bila dah sampai tengah bulan ni, pakej nasi bersama lauk untuk pelajar ni lah yang jadi menu utama pelajar-pelajar di sini.

"Jauh termenung. Best dating?" Tegur Sofia lalu mengambil tempat di hadapanku.

"So far okay lah" balasku sambil mengenyitkan mata. Sofia tergelak apabila dia melihat reaksi ku.

"Amboi tadi bukan main tak nak. So Sir cakap apa?"

"Dia ajak aku join program kat luar. Kena give a talk katanya."

"Bestnya! Dah tu kau terima ke tak?"

"Aku memang nak terima tapi aku takut lah awkward. Dia lah baru lagi. Nampak pun macam muda" balasku lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutku.

"Alah, Dhaniya yang aku kenal ni profesional kot. Takkan nak campurkan hal peribadi dengan tugasan?" Kata Sofia memberi semangat.

Sedang elok kami berbual-bual, Izz datang menghampiri kami. Izz menguntumkan senyuman dan mengambil tempat duduk di sebelah Sofia.

"Hey Izz. Lama tak nampak" tegur aku.

"Kau je yang tak nampak aku" balas Izz.

"Ala aku busylah. Kau pun mana nak datang bilik dah. Asyik dating berdua je dengan Fia"

"Aku busy sikit lately. Biasalah ada projek sikit kali ni. Aku pulak floor manager. Ha, memang busylah cerita dia"

Aku mengangguk faham. Biasalah bila ambil course Event Management ni bila je yang tak busy. Nak uruskan itu ini. Disebabkan hal ni lah ibu tak kasi aku ambil course tersebut. Sebab dia kata aku ni jenis tak reti nak urus diri. Katanya, kalau dah busy sangat nanti aku tak reti nak spend time masa untuk diri and untuk family.

"So ive some work to do, great to spend time with both of you" Izz meminta diri untuk pergi. Aku mengangguk dan bersalaman dengannya.

Aku masih perempuan, jadi tak salah untuk kami bersalaman.

"I will text you after kerja I habis okay? Bye. Take care!" Pesan Izz kepada Sofia.

Sayang betul Izz ni dekat Sofia. Aku memandang wajah Sofia yang masih memerhatikan Izz yang telah kelihatan jauh berjalan.

"Dia makin busy lah Niya..."luah Sofia kepadaku.

Aku menghirup Iced Lemon Tea yang masih berbaki.

"Biasalah tu. Course yang dia ambil memang busy gitu lah" aku menjelaskan kepadanya. Biasalah Sofia ni a bit clingy sikit. Nasib baiklah Izz ni pun sebenarnya perempuan so takda lah nak marah ke apa sebab masih mempunyai fitrah yang sama. So, Izz layankan sahaja.

Selesai makan, aku dan Sofia pulang ke bilik untuk berehat. Memandangkan kelas seterusnya bermula pada pukul 3 petang dan sekarang jam baru menunjukkan pukul 1:30 petang. Sempatlah nak solat Zohor dan melelapkan mata sekejap.

--------------

*Irfan P.O.V*

Kertas kerja yang telah dicetak disusun semula mengikut nombor yang telah ditetapkan. Ini merupakan kertas kerja ketiga yang dicetak olehku. Memang kerja-kerja sebelum ini kena tolak sebab penggunaan bahasa yang tidak betul. So aku kena lah tukar bahasa yang mudah difahami. Payah betul lah terlebih pandai ni.

Sedang khusyuk aku menyusun kertas kertas ini, telefon aku berdering. Nama Adawiyah jelas terpapar di skrin telefon.

Aku berhenti menyusun kertas dan menjawab panggilannya.

"Assalammualaikum. Irfan maaf ganggu. Wiyah nak tanya something ni..."sapa Adawiyah di hujung talian.

"Waalaikummussalam. Ye, Wiyah nak tanya apa?"balasku.

"Irfan jadi ke datang majlis makan malam tu?"

Aku hampir terlupa. Majlis tu lagi 2 hari. Dhaniya pun takda mengingatkan aku tentang majlis tersebut. Adui.

"Eh datang datang. Lupa nak confrimkan haritu. Sorry eh!" balasku meminta maaf.

"Takpe takpe. Nanti apa-apa hal Irfan boleh tanya dekat whatsApp okay? Sebab Wiyah yang handle makan malam ni. In case, ada apa apa yang tak kena bagi tau okay?"

"InshaAllah"

"Irfan tahu tak Dhaniya jadi pergi ke tak?"soal Adawiyah lagi sekali. First time aku ada conversation yang panjang dengan dia ni.

Dah la suara lembut je. Sedap telinga dengar. Hilang penat aku susun kertas tadi.

"Datang. Dia dah confrimkan masa cuti tu"jelas aku kepadanya.

"Oh haah la. Lupa. Niya yang paling excited time tu. Hehehe"

Alamak.... dia gelak pulak. Shit

"Okaylah Irfan. Terima kasih. Sorry ganggu waktu-waktu macam ni" ujar Adawiyah lalu memberi salam untuk menamatkan perbualan.

Aku menjawab salamnya lalu menamatkan talian. Aku harus meneruskan kerjaku kembali.

Takpelah, dah dapat semangat dah daripada Adawiyah tadi. Fuhhh.

Bunyi notification menganggu aku seketika.

A Message from Dhaniya👻

Aku membuka notifikasi tersebut lalu membacanya. Dhaniya bertanyakan tentang dinner.

"Hi Ifan. Do you remember about the dinner that i told you?"

"Yes. I do."

"Lagi 2 hari tau. So you wanna go with me? Kalau tak nak takpe..."

Kalau aku tak nak, dia dah ada partner lain ke?!

"Eh aku tak cakap pun tak nak. I come with you okay?"

"Ohh okay Ifan. See you 2 days more"

"InshaAllah. Bye. Ada kerja sikit ni"

"Okay okay. Elok elok!"

------------

FINALWhere stories live. Discover now