Hari yang dinantikan telah tiba. Aku bersama Irfan di dalam perjalanan ke Annual Dinner De Klian yang diadakan di Avani Resort, Pantai Bagan Lalang. Aku memakai baju kemeja kotak-kotak berwarna merah putih bersama jeans hitam dan memilih untuk memakai cotton shawl berwarna hitam. Manakala Irfan memakai baju kemeja merah bersama seluar slack hitam. Campuran warna yang sangat sesuai dan nampak juga lah sebagai pasangan kekasih yang serasi. Ewah.
Irfan seronok bercerita tentang Adawiyah semasa di dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut. Aku hanya dengarkan sahaja. Entah bila mamat tu nak confess pun aku tak tahu. Asyik syok sendiri je selama ni.
Kami tiba di majlis tersebut pada pukul 8 malam. Setelah menunjukkan mesej yang menyatakan kami menyertai sebuah majlis pada security guard yang bertugas, kami dibenarkan masuk.
Sepanjang perjalanan ke bahagian receptionist, aku melihat pemandangan sekeliling yang sangat cantik. Bunyi ombak bersama bayu malam tersebut sangat memberikan mood yang baik kepadaku.
Sesampainya kami di bahagian kaunter hadapan, kami di sambut baik oleh petugas Avani Resort tersebut.
Irfan bertanya kepada petugas kaunter tentang di manakah lokasi bilik 573. Adawiyah hanya memaklumkan nombor bilik yang telah ditempah sahaja. Aku rasa bilik yang ditempah bukan jenis bilik yang biasa. Mungkin yang grand kerana harga untuk menyertai Annual Dinner ini juga bernilai RM50 seorang. Tapi, memang berbaloi dengan tempat yang dipilih kerana sungguh exclusive.
Kami berjalan mengikut seperti yang telah dikatakan oleh petugas kaunter tersebut. Lokasi bilik 573 itu tidaklah terlalu jauh. Sampainya kami di sana, aku melihat Adawiyah yang berbaju dress labuh berwarna soft pink dan memakai tudung jenis chiffon berwarna putih. Dia menjadi penyambut tetamu di hadapan pintu bilik tersebut.
"Ha sampai pun. Masuk lah. Dah ramai dah kat dalam" kata Adawiyah lalu memelukku. Selesai bersalaman kami diminta untuk menanda tangan sebuah buku yang tertera tajuknya de klian's 97.
Aku berjalan beriringan masuk ke dalam bilik yang serupa dewan mini tersebut. Keluasan bilik itu amat besar sehingga dapat memuatkan 100 orang pada sesuatu masa.
Aku dan Irfan mengambil tempat yang telah direserved oleh Adawiyah. Aku bersalaman dengan rakan-rakan sekelas yang lama. Semua sudah semakin cantik dan kacak-kacak belaka. Yang dulunya bermusuhan juga telah berbaik. Yang dulunya merupakan pasangan kekasih, telah putus dan menjalinkan hubungan dengan rakan yang lain. Ada juga yang membawa partner sendiri.
Aku berjalan ke meja rakan-rakan karibku. Macam biasalah perempuan, jumpa menjerit dulu sebab teruja apabila dapat berjumpa. Lepas dah teruja, berpelukkan dan mula bergossip. Irfan aku tinggalkan kerana dia juga berborak dengan rakan-rakan sukannya.
Majlis bermula dengan bacaan doa daripada Iqmal bagi melahirkan rasa syukur kerana dapat dikumpulkan semula dan merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Semua tetamu yang dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. Kami dihiburkan dengan alunan muzik yang sangat sesuai dengan tema santai pada malam itu.
Aku berjalan menuju ke luar untuk mengambil makanan. Ya, makan diletakkan diluar bilik dan dihidangkan dengan cara buffet. Terdapat pelbagai jenis makanan antaranya chicken bbq, nasi ayam, kentang goreng, coleslow, mash potato, laksa, sate dan sebagainya. Memang berbaloi dengan harga yang telah ditetapkan. Suasana luar bilik itu juga mendamaikan. Tetamu yang hadir boleh memilih untuk mengambil angin dan makan diluar atau ingin makan di dalam.
Semasa menunggu giliran untuk mengambil ayam bbq, aku ditegur oleh Adrish. Adrish Edlin merupakan ketua pelajar semasa kami berada di tingkatan 5. Aku pernah lah suka dia, sebab dia pernah tolong aku menguruskan Hari Kantin semasa di SMK KKLIA.
"Hi. Lama tak jumpa kau." Kata Ad yang berada disebelah kiriku.
"Aku study dekat klmuc sekarang. Kau macam mana? Masih buat bisnes dulu ke.." tanya aku kepada Ad.
Dia mengangguk. Adrish memang berniaga sejak di tingkatan 4. Dia menjual jam tangan dengan harga yang sangat berpatutan. Aku dapat tahu benda ni pun daripada Irfan. Sebab Irfan selalu repair jam dekat Ad.
"Kau datang dengan siapa?"tanya Ad kepadaku.
"Dengan Irfan. Dia kat dalam tengah borak dengan gang sukan dialah"
"Ohhh budak tu. Lama jugak friendship korang" ujar Adrish.
Kami diberikan ayam yang telah masak oleh petugas yang telah ditugaskan untuk memberikan servis tersebut. Usai mengucapkan terima kasih, Adrish mengajak aku untuk berbual diluar. Kebetulan ada satu pondok kosong yang terletak tidak jauh dari bilik tersebut.
"Kau dengan Nadira okay?" Soal aku bagi memulakan perbualan.
Adrish memandang ke arah muka aku.
"Dira dah takda. Dia meninggal masa tahun lepas" terang Adrish perlahan. Suaranya masih sama cuma riak mukanya sahaja yang kelihatan sedikit suram.
"Innalillahirojiun. Aku minta maaf. Aku tak tahu pun pasal ni"
"Memang tak ramai yang tahu sebab dia meninggal pun masa pergi vacation dengan kakak dia masa dekat Istanbul. Kes langgar lari."
Aku menundukkan pandangan. Terasa menyesal pula tanya. Tapi, kalau tak tanya mesti aku akan anggap dia masih bersama Nadira.
"Hey chill lah. Aku dah boleh terima kenyataan dah Dira dah takda. Kita doakan je lah dia bahagia dekat sana jugak ye?" Jelas Adrish. Dia memberikan senyuman kepadaku.
Aku membalas senyumannya. Walaupun aku tahu dia masih tak okay tapi dia cuba yang terbaik.
Kami berbual tentang zaman-zaman kegemilangan yang dilakukan sejak tingkatan 2 sehingga dikenali sebagai senior sekolah. Adrish dengan aku memang sama kelas sejak di tingkatan 1. Tapi disebabkan Ad seorang yang nakal dan suka kacau perempuan, aku mula benci dia. Sampailah hari di mana, kami ditugaskan untuk menguruskan Hari Kantin bersama sebagai projek akhir tahun sebagai pelajar tahun akhir.
Bermula dari situlah, aku mengenali Adrish yang telah matang dan boleh dibawa berbincang. Aku pun tak sangka dia boleh dipilih menjadi ketua pelajar. Mungkin sebab muka dia yang kacak dan cara kerja yang ditunjukkan menyebabkan ramai pelajar dan guru menyenangi dirinya.
"Dhaniya, kau ingat tak masa kau cakap kau suka aku tu?" Tanya Adrish. Dia tersenyum nakal kerana berjaya mengingatkan aku kepada peristiwa lama itu kembali.
Aku yang sedang mengunyah coleslow hampir tersedak.
Aku dah lupakan kot pasal kejadian tu. Kenapa dia ingat. Ya Allah, malunya akuuuu!
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...