Selain daripada mesej call free daripada Maxis, dapat mesej dari group whatsApp yang mengata kelas batal juga merupakan best feeling ever. Niat aku untuk membasuh muka dan bersiap ke kelas dibatalkan serta merta dan aku meneruskan pembaringan di katil yang tak berapa nak empuk ni.
Selesa aku dok bergolek-golek telefon aku berbunyi. Kacau aaa.
Nama Irfan tertera di skrin telefon. Aku menjawab panggilannya.
'Heyyyy!'
'Hiii. Asal tiba tiba call aku ni?'
'Aku ada berita gembira'
'Sejak bila kau dah pandai berterus terang. Okay apa beritanya?'
'Aku boleh jadi partner kau masa dinner nanti....'
'Takde lah gembira mana pun'
'Sabarlah. Yang menggembirakan nya...ingat tak Adawiyah yang aku pernah cerita dulu tu?'
Otak aku ligat memikirkan siapakah Adawiyah yang diperkatakan oleh Irfan ni. Dan tiba tiba....
'Woii ingat ke tak?'
'Tah lah tak ingat pulak'
'Ala ni Adawiyah yang pernah aku minat dulu tu lah. Tapi lepas tu aku broken sebab dia dah ada boyfriend. Lepas tu dia pindah Singapore sambung belajar. Alah takkan tak ingat?'
Damn it. Aku dah ingat.
'Oh yang tudung labuh tu ke' ujar aku bagi memberi respon.
'Exactly. Omg dia pun join dinner kau tu tau. So nanti aku jd partner kau. Kau pulak teman aku jumpa dia okay?'
Fuck. No way bitchhh.
'Boleh tak niyaaaa? Please please!!'
'I will.'
'Yayy thank you Niyaaaa. I love you so much'
'I hate you more. Okaylah i gotta go. Have some work to do'
'Okay princess. Elok elok'
Aku mematikan talian tanpa sempat menjawab ayatnya yang terakhir. Entah kenapa aku jadi sakit hati sangat ni...
Aku bermain-main dengan telefon lalu mengambil keputusan untuk membuang masa di Instagram.
Sedang elok aku scroll timeline, jari aku terberhenti dekat gambar Irfan. Ada seseorang yang comment. Jap jap, aku macam kenal siapa dia ni.....
Adawiyah!
Aku mengambil keputusan untuk stalk profilenya. Yes, tak private.
Gambar-gambar difeed Instagram nya disusun rapi. Dia dah jadi model tudung sekarang. Semua gambar mempunyai likes mencecah ribuan. Cantiklah boleh lah. Tutup aurat. Aku ni feed insta penuh gambar seksi. Yang setan-setan jelah yang like. Paling tak setan pun member. Support katanya.
Aku selalu insecure bila Irfan tanya pasal tudung. Sebab aku sendiri tak pakai tudung. Macam mana nak jawab. Ada haritu, Irfan nak beli hadiah untuk adik dia, Ili. Dia minta la pendapat aku colour apa yang sesuai. Part colour memang lah aku boleh suggest tapi sampai part dia tanya pasal jenis2 tudung, cara pakai apa semua tu aku rasa macam hilang mood.
'Kau nak tahu something fact about kau tak?' Soal Irfan sambil menghulurkan ice cream Mc Flurry.
'Apa? Cakap jelah' jawab aku dan menyambut pemberian Irfan.
'Kau ada dahi yang luas'
'I know that. Hahaha'
'Orang kata perempuan dahi luas ni kalau pakai tudung mesti lagi lawa. Sebab senang je nak bentuk tudung'
Aku terdiam. Irfan senyum.
'Nahhh. Take your time. I just wanna let you know that you're beautiful in everything that you wear. Lagi lawa kalau kau tutup aurat. But yes, take your time okay? Aku support kau!!' Jelas Irfan panjang lebar.
Aku senyum hambar.
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...