Sabtu merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat kerana merupakan hari cuti. Bagi yang ada kelas tambahan, yang kena overtime tu nasib korang lah. Yang penting aku bercuti. Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi dan aku masih terbaring di katil bersama laptop dan earpod di telinga.
Sofia pagi-pagi dah keluar. Nak pergi tolong Iz siapkan assignment katanya. Rajin betul tolong orang. Aku pun rasa bersyukur sebab dapat satu bilik dengan Sofia sejak tahun lepas. Sebab dia lah yang selalu ingatkan aku pasal assignment, ajak keluar makan kalau stress, sanggup teman aku buat assignment sampai lewat malam dan paling penting selalu tinggalkan nota kecil atas meja belajar.
Dia memang selalu wish and bagi aku positif vibes. Memang patutlah Iz yang perempuan tu sayang dia sangat-sangat.
Aku terpaksa bangun kerana telefonku berdering. Kenapalah plug dengan katil terasa jauh sangat ni.
Nama Irfan tertera di skrin. Aku slide untuk menjawab panggilannya.
'Good morning Dhaniya Nasyirah!!' Jerit Irfan dihujung talian.
'Kau kena sampuk ke woi.' Jerit aku kembali. Dia hanya ketawa.
'Alah nak kejutkan bestfriend pun tak boleh ke alamakkk'
'Yelah yelah. Kau baru bangun ke apa ni?' Soal aku ingin mencari topik perbualan.
'Yep i am. Em sebenarnya nak minta tolong ni' Irfan menyatakan hasratnya yang sebenarnya. Aku dah agak dah.
'Tolong apa wahai Irfan yang busuk?'
'Aku dapat jemputan pergi kenduri kawin kawan sekolah lama. Before aku pindah Nilai. Soooo, jadi partner boleh?'
Aku tergelak. Tak pernah pernah dia ajak aku macam ni formal. Selalunya dia akan whatsApp suruh siap je pastu datang amik.
'Jangan lah gelak woi. Aku takda partner kot. Tadi kat group whatsApp sekolah lama tu pun semua cakap diaorang gi dengan partner. Teman lah aku Niya' rayu Irfan.
'Yelah yelah. Kat mana wedding nya? Tema apa?'
Aku kalau pergi wedding aku kena tahu tema dan kat mana wedding. Kang kalau buat kat rumah je tak perlu la aku pakai beria. Kalau buat kat dewan kena pilih baju yang betul-betul sesuai. Sama dengan tema, kalau kenalan rapat mestilah tahu tema kan. So rasa macam seronok kalau pergi wedding baju sama dengan tema wedding tu.
"Tema arabian. Sebab kawan aku Syuhada tu kawan dengan laki Arab yang dia kenal kat Mesir masa belajar Medic. So kau pakai ala-ala Arab gitu lah. Tak silap aku dia buat dekat dewan. Hahaha jangan seksi sangat woi'
Aku tersentap dengan ayat terakhirnya. Sejak kebelakangan ni Irfan memang selalu bercerita tentang aurat, seksi and so on. So aku pun terpaksa lah ikutkan saja. Tak selesa jugak bila asyik di tegur.
"Okay kan? Ala kalau kau nak pakai baju kurung moden pun sesuai dah. Yang penting longar" Irfan memecahkan kesunyian. Mungkin dia rasa serba salah.
"Boleh tak, nak pakai tudung?" Soalku tiba tiba.
Irfan terdiam.
Aku pun tak tahu kenapa tiba tiba ayat tu terkeluar dari mulut aku.
'Pakai lah. You will look prettier with hijab' ujar Irfan lembut. Aku dapat rasakan dia sedang tersenyum.
'Em okay. So bila kau nak datang ambil aku?' Aku cuba mengubah topik. Pelik pulak rasa awkward tiba tiba ni.
'Wedding start lepas Zohor. So aku maybe sampai dalam pukul 1?'
'Okay. Aku nak mandi dulu. See u soon'
'Bye princess'
'Bye irfan'
Aku meletakan telefon di atas katil lalu bergerak ke lokerku. Nasib baik ada jubah yang diberikan oleh Ibu masa hari jadi aku bulan lepas. Longgar lah jugak jubah ni. Aku mencari tudung yang pernah Sofia hadiahkan. Lama jugak aku simpan tudung yang diberikan sebab aku rasa macam tak kena masa je nak pakai.
Aku menggenakan jubah yang berwarna dark purple bersama tudung yang berwarna turqoise. Tak silap aku Sofia kata ni cotton shawl. Ok aku kena google caner nak pakai benda alah ni. Kang tak pasal-pasal kena gelak je dengan Irfan kalau salah pakai.

YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...