#18

30 3 0
                                    

------

Pejam celik, pejam celik masa telah berlalu sungguh pantas. Pertemuan aku bersama Adrish mengingatkan aku kepada kisah silam. Walaupun perkenalan kami tidak lama tapi Ad merupakan lelaki pertama yang buat aku selesa berkawan selain daripada Irfan. Irfan tu aku dah anggap macam adik beradik dah.

Meja aku ditepuk perlahan.

"Niya? Jauh termenung. Nak tunggu siapa jawab quiz ni?" Tanya Sir Zafran yang berada disebelahku.

Aku memandang ke arah jam di pergelangan tangan.

Tinggal lagi 7 minit. Aku menyelak halaman yang masih belum dijawab.

Damn it. Banyak lagi.

Aku cuba untuk menyelesaikan soalan yang mudah terlebih dahulu tetapi masa tidak mengizinkan. Terdapat 4 soalan yang tidak sempat aku jawab.

Semua pelajar diarahkan menghantar kuiz kepada Sir Zafran. Aku masih mencuba untuk menyiapkannya tetapi Sir Zafran telah memandang ke arah aku.

Lantas aku berdiri untuk menghantar quiz tersebut. Sir Zafran memeriksa kertas aku memandangkan aku yang menghantarnya paling akhir. Jadi kertas aku berada di atas sekali.

Dia membuka kertas dan reaksi yang kurang menyenangkan jelas terpapar pada wajahnya.

Aduh mesti banyak salah ni....

Kelas tamat awal daripada biasa. Sir Zafran membenarkan semua pelajar pulang kecuali aku. Okay, kali ni memang dia marah.

"You ada problem ke?" Tanya Zafran sambil mengemas barang dan laptopnya.

Aku hanya menundukkan kepala.

"Markah you paling teruk ni. Kalau takda alasan you tak boleh repeat. I take this as your mark"

Aku berasa tidak puas hati. Kuiz sebelum ni kalau markah sikit boleh je diaorang repeat. Kenapa aku tak boleh pulak.

"Buat muka..buat muka" perli Zafran. Dia telah selesai mengemas barang-barangnya. Matanya tertumpu kepada aku yang berdiri tidak jauh dari nya.

"Ni teacher and student talk or friend and friend talk?" Ujar aku dengan suara dan mimik muka yang lepu.

"Up to you. Mana you selesa" jelasnya. Muka dia masih ketat.

"Okay friend to friend. But not here please? Kang budak-budak lain kata apa pulak"

Zafran ketawa mendengar permintaan aku. Tapi betul lah aku tak nak timbul isu.

"Biarlah. Biar satu college tau you ada affair dengan lecture sendiri"

Aku mencebik. Zafran ketawa melihat reaksi aku. Kami berjalan keluar dari bilik tutorial dan menuju ke kafe.

Ya, seperti yang aku sangkakan ada beberapa pelajar yang memandang kami pelik dan ada juga yang berbisik sesuatu. Aku mengendahkan perbuatan mereka.

Nasib baik di kafe tidak ramai seperti selalu. Mungkin sebab tengah bulan. Ramai yang berjimat.

"Actually I tak fokus masa you kasi kuiz tu. Serabut sikit" aku mula menjelaskan perkara yang berlaku.

"Boyfriend problem?" Soal dia.

Aku menggeleng lalu berkata "nope. Just something throwback feeling. But I okay je"

Dia menangguk faham. Bihun goreng singapore yang berwarna putih itu disuap ke dalam mulut.

"I pernah rasa apa you rasa tu. Terrible kan?"

"Yep. Kadang I rasa macam nak putar balik sama and tak nak semua tu jadi" jelas aku perlahan. Aduh emo betul lah pulak ayat ni.

"Mana boleh. Kalau you putar balik masa mesti you tak jumpa I" katanya lalu tersengih.

"You takda girlfriend ke? Dah 34 kot" aku cuba menggorek rahsia. Sebelum ni aku cuma dengar-dengar je gosip yang dibualkan oleh rakan sekelasku.

"Malas la cite pasal I"

"Dah tu? Nak cerita pasal siapa pulak Sir Zafran Al-Qayyum oi?"

"Cerita pasal you lah. I suka dengar you cerita. Macam feeling gila kot dengar" ujar Zafran. Dia mengenyitkan mata.

Fikir aku tergoda. Eleh.

Selesai makan aku meminta diri untuk pulang ke hostel.

"Nak I hantarkan tak?" Pelawa Zafran.

Kebetulan tengah period pain malas pula nak jalan jauh. Aku mengangguk.

**

Sejak beberapa hari selepas pertemuan aku dengan Adrish di Annual Dinner itu mood aku berubah dengan mendadaknya. Amboi macam teruk sangat je ayat ni tapi macam tulah kebenarannya.

Aku lebih suka memerapkan diri di dalam bilik dan menyiapkan segala assignment. Selalunya aku pergi merempat bilik coursemate yang lain. Tapi sekarang aku lebih suka bersendirian. Nak-nak lagi bila final exam nak dekat.

Cuaca pada hari ini mendung. Sama dengan perasaan aku ketika ini. Kenapalah aku kena ingat semua benda yang tak patut ingat? Ini semua salah Adrish. Kalau tak disebabkan kami bergambar bersama pada malam tu mesti dia takkan minta nombor telefon dengan alasan untuk WhatsApp kan aku gambar.

Ok salah aku jugak.

Aku merenung ke luar tingkap sambil memainkan aku Fall For You daripada Second Serenade. Aduh, feeling betul lah petang-petang macam ni. Nasib baik Sofia keluar kalau tidak mesti aku dibahan olehnya.

Laptop yang dari tadi terbuka, aku tutup lalu meletakkan di atas meja belajarku.

Arghhhhh kenapa perasaan ni muncul balikkkkk!!!!

*********

Adrish 29 November 2016
Dah dapat kan semua gambar kita tadi? Thank you for a great night Niya. I hope we still can contact like before. Em, i miss you? Goodnight.

Mesej dari Adrish yang membuatkan perasaan aku kacau bilau bak sebuah kampung yang harmoni yang telah di landa angin taufan. Amboi, kemain eh.

Walaupun aku cuma membalas mesejnya acuh tak acuh tapi dia masih beria. Ya, dia masih sama. Seperti Adrish yang dulu. Adrish yang memenangi hatiku.

---------------------------------------

NOTA KAKI :

Hey, im sorry sebab lambat update. Its been awhile since dah start cuti semester. So, im sorryyyyyy! I will update soon. Do vote & comment.

((Dalam erti kata lain, aku sebenarnya dah ketandusan idea. Hahahaha apa kata korang bagi cadangan untuk menarikkan lagi cerita ini😓😂))

FINALWhere stories live. Discover now