#15

29 1 0
                                    

Segalanya bermula semasa aku sedang membetulkan kedudukan meja yang telah disusun di bawah khemah urusetia. Cuaca pada petang itu sangat baik dan memberikan ketenangan kepada aku dan rakan-rakan untuk menyiapkan proses dibalik tabir Hari Kantin yang akan dijalankan pada keesokkan hari.

"Niya, rehatlah dulu. We buy some pisang goreng ni" ujar Mei Ting yang merupakan salah sorang orang kuat dalam menjalankan program ini.

Aku memperbetulkan kerusi yang terakhir lalu berjalan mendekati mereka yang berada di pondok Bakti.

Terdapat seramai 15 orang yang masih berada di sekolah walaupun jam telah menunjukkan angka 5. Biasalah, nama je tugasan untuk satu kelas tapi beberapa orang je yang buat kerja. Adrish sebagai ketua projek hanya mampu berkata di dalam group WhatsApp. Bila depan-depan jadi malas nak ulas dah. Kalau cakap lebih lebih pun, bukannya dorang dengar.

"Niya, awat termenung? Penat sangat ka..." soal Aiman yang berada di hadapan aku. Mulutnya masih mengunyah pisang goreng yang ranggup itu.

Aku menggeleng lalu memberikan senyuman hambar. Mereka berbual-bual dan ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana ada rakan sekelas yang tidak langsung memberi bantuan. Aku tidak memberi sebarang respon. Hanya mampu mendengar.

Selesai makan, Ad berjalan menuju ke arah kami yang masih duduk di pondok Bakti.

"Kerja korang dah siap? Dah pukul berapa ni..." soal Ad lalu mengambil tempat disebelahku.

"Sudah siap. Cuma khemah urus setia belum hias lagi la Ad..." jelas Mei Ting.

Ya cuma kerja aku dan Mei Ting yang belum selesai.

Ad mengangguk faham. Dia mengambil pisang goreng yang masih berbaki di dalam plastik untuk di makan. Aku memerhatikan segala yang dilakukan. Disebabkan Ad duduk disebelahku, dapat juga aku membau dia dengan dekat. Walaupun seharian menguruskan program ini, Ad masih berbau wangi.

Lemah aku kat sebelah ni haaaa.

"Asal kau pandang aku tadi?" Bisik Ad selepas semua orang telah berlalu pergi untuk menyelesaikan tugasan masing-masing.

Aku hanya mampu tersengih. Alamak, terkantoi lah pulak.

"Banyak lagi ke part kau dengan Mei Ting kena buat?"

"Bahagian depan khemah belum hias lagi" jelas aku.

Aku berdiri untuk kembali semula ke khemah urusetia. Ad mengikut aku di belakang.

"Aku tolonglah. Cepat sikit kita boleh balik" Ad menawarkan diri untuk menolong kami.

Aku dan Mei Ting tersenyum gembira. Yelah, khemah urusetia tu pun boleh tahan besar. Yang uruskan cuma kami berdua memang lambatlah ceritanya.

Selepas hampir 1 jam menghias dan menyusun kedudukan bunga-bunga di khemah tersebut kami mengemaskan barang-barang untuk bersiap pulang. Jam telah menunjukkan pukul 6:45 petang.

"Bye Niya. Bye Ad. Saya balik dulu ya" ujar Mei Ting kerana ibu nya telah menunggu di dalam kereta untuk menjemputnya.

"Kau balik naik apa?" Soal Ad.

"Tunggu ibu ambil lah. Aku pun baru bagitau tadi. Ibu baru gerak" jelas aku kepada Ad.

Aku mengambil keputusan untuk duduk di tempat menunggu. Adrish mengambil tempat di sebelah aku.

"Kau?" Tanya aku. Setahu aku Ad balik naik motor tapi kenapa masih belum balik.

"Tunggu kau balik, nanti aku geraklah"jawab Ad tanpa memandang ke arahku. Tangannya sedang bermain telefon.

Aku hanya memerhatikan tangannya mengscroll instagram. Lambat pula ibu ni, waktu telah menunjukkan pukul 7.

"Kau still nak stay ke? Dah nak masuk Maghrib ni" tanya aku kepada Ad yang masih bermain dengan telefonnya.

Adrish tidak memberikan sebarang respon.

"Ad!!" Aku meninggikan sedikit suara.

"What? I won't go back until your mom sampai okay. Don't worry. Aku balik lambat pun takde siapa kisah" jelas Ad. Suaranya agak tinggi. Kata-kata nya membuatkan aku rasa bersalah.

Ad merupakan anak tunggal. Ayah dan ibunya merupakan ahli koprat yang seringkali ke luar negara menguruskan perniagaan mereka. Tidak dinafikan kehidupan Adrish sangat mewah. Segala yang dikehendakkan pasti akan ditunaikan.

"Niya. Im sorry. Aku tak bermaksud untuk tinggikan suara"

Aku memandang ke arah Ad yang kini berdiri di hadapanku.

Aku tersenyum apabila melihat wajah Ad yang kelihatan serba salah itu.

"Aku okaylah. Kat rumah kau takda siapa-siapa ke?" Aku cuba untuk memulakan conversation bersama Ad.

Dia menggelengkan kepalanya lalu berkata "cuma ada bibik aku je dengan anak dia sorang. Mak ayah aku pergi Bali. Lusa balik lah"

Ad menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia menumpukan perhatiannya kepada aku.

"Oh. Nak join aku dinner?" Soal aku.

"Serius ke ni? Mak kau tahu tak?"

"Nanti aku bagilah tahu ibu. Lagipun tadi masa aku telefon ibu dia cakap dia tengah masak. Mungkin tu yang lama kot"

"Aku okay je. Tak susahkan ke?"

Aku menggeleng kepala. Ad mengeluarkan semula telefonnya dan menghantar mesej kepada bibiknya.

Sejak dari hari tersebut, hubungan aku dengan menjadi semakin rapat sehinggalah pada satu malam Ad memberitahuku tentang sesuatu.

FINALWhere stories live. Discover now