Notifikasi telefon Samsung S3 Mini kedengaran. Aku mengapai telefon lalu membacanya. Ianya daripada Ad.
"Hi Niya. Can we talk for awhile?"
"Sure. Nak cakap pasal apa eh?"
"Jangan gelakkan aku but this is about love"
"Em apa maksud kau. Hahahaha ops tergelak"
Adrish yang aku kenal tak pernah bercakap pasal cinta dan perempuan. Sebab dia memang tak minat untuk mengambil risiko menjaga hati perempuan. Dia kata perempuan ni complicated. Tapi kenapa tiba-tiba mamat ni nak cakap pasal cinta ni.
"Ish kau ni. Okay straight to the point je lah kan? Macam mana nak tahu seseorang sukakan kita?"
Aku memandang mesej yang baru masuk tersebut. Hati aku tiba tiba berdebar. Ish asal pulak ni....
"Kalau seseorang sukakan kita, dia akan selesa untuk bercerita sesuatu dengan kita"
"Apa maksud sesuatu kau tu?"
Lembab jugak mamat ni.
"Macam cerita problem ke atau perkara yang tidak tak bagitahu dekat semua orang. Just both of you je sebab dia percayakan kau."
"Ohhh i understand. Macam kita lah kan?"
Jantung aku berdegup makin laju.
"Hahahaha yep. Macam kita"
"Oh. So, kau suka aku tak?"
WHAT
WHAATT
WHATTTTTTTTTT"Niya? Balaslah. Lamanya online"
Aku pergi ke dapur sebentar kerana mendengar panggilan daripada ibu.
"Sorry gi dapur tadi"
"Jawablah soalan aku"
"Kenapa? Kalau aku suka kau kenapa Ad?"
"Seriouslah?"
Dah kenapa mamat ni....
Ad sedang typing. Macam panjang je dia taip. Aku mengambil keputusan untuk menutup lampu dan baring di katil. Mata aku masih tertumpu pada telefonku.
Lama jugak dia typing. Mata aku semakin layu bagaikan ada pemberat di atas mata. Aku meletakkan telefon di sebelah bantal. Tanganku di atas telefon supaya dapat mendengar bunyi getaran jika terdapat mesej baru yang masuk.
"So, mesti kau pelik kan kenapa aku tanya soalan macam ni? Sebenarnya, aku ada kenal sorang perempuan ni. Nama dia Nadira. She's a good girl. Aku kenal masa ikut ayah aku pergi dinner. Whops, dia bukan anak ahli koprat macam aku. Dia anak orang biasa.Dia tolong ayah dia jual sate. Memang terkenal juga sate ayah dia ni. Sebab tu dinner malam tu ayah aku cadangkan ambil tempahan dari pakcik tu. You know what, I feel something when I saw her that day. Perasaan tu macam wow. Aku sendiri tak boleh nak describe. Sebab tu lah aku tanya kau. Am I fall in love? Kitorang baru mula contact lepas habis SPM haritu. Tu pun sebab aku yang mulakan chat. Nak tunggu dia jangan haraplah. She's a good girl. I think im in love. Yes, i am. This is why im asking you, do you like me? Mestilah tak kan... or you just like me aa friend or brother right? Sebab aku pun suka kau tapi just as friend. You're the first girl yang paling aku rapat and aku ceritakan segalanya. Lagipun kau dengan Irfan tu macam rapat semacam je. Mestilah perasaan kau lebih pada dia kan?"
Aku terjaga secara mengejut. Aku mimpikan sesuatu yang buruk. Fuck. Aku mengambil telefon yang berada di sebelah bantalku.
Aku cuma memahami setiap perkataan yang ditulis oleh Ad. Tak tahu macam mana nak cakap apa yang aku rasa sekarang.
Hancur hati?
Aku baru kenal dia 5 bulan.Gembira sebab dia dah jumpa kebahagian?
Tapi perasaan ni tak macam bahagia pun.Aku membuka lagu di dalam playlist favouriteku. Jariku mencari lagu Someone Like You nyanyi Adele. Lalu aku membuka WhatsApp untuk membalas mesej daripada Ad. Tak nak nampak sedih sangat.
"Wooowww, finally my gayy friend dah fall in love for a girl. Yayyy! Hahahahahahahaha. Mestilah aku suka kau as friend je. Takkan nak suka lebih-lebih pulak kan? Hahahahah adui cam bodoh je kalau suka gay macam kau. Opss. So, tunggu apa lagi. Pergilah confess. Jangan tunggu lama lama karang diambil orang. Aku dengan Irfan kawan je tak lebih pun. Sama je perasaan aku dekat kau dengan dia. Kan aku cakap, aku nak bercinta dengan Mat Salleh. Hahaha tak main lah orang melayu. Tak sweet"
Air mata mengalir. Yes penipuan yang sangat berjaya. Aku harap dia percaya dengan segala yang aku taip.
Adui berhingus dah aku pagi-pagi macam ni. Aku mengambil keputusan untuk mandi walaupun jam baru menunjukkan pukul 5 pagi.
*
Tiada siapa yang tahu aku ada perasaan terhadap Ad sehingga satu hari semuanya terbongkar bila Irfan membaca memo di dalam telefonku.
Segalanya terjadi pada hari Irfan mengajak aku ke Mercato untuk lepak di kedai mamak. Aku malas nak keluar tapi kalau duduk di rumah lagi teruk mood aku.
Mercato, Enstek tidak jauh daripada rumah aku. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Walaupun memakan masa sedikit tapi biarlah. Biarkan Irfan menunggu aku.
"Jalan kaki ke oi? Asal tak cakap boleh aku amik kat rumah"
Aku tidak menjawab lalu mengambil tempat di hadapannya.
Pelayan datang ke meja kami untuk mengambil pesanan. Aku memesan Teh O Ais Limau bersama Roti Kosong manakala Irfan memesan Nescafe Tarik bersama Roti Telur.
"Kau okay tak ni?" Soal Irfan apabila melihat aku hanya berdiam diri.
Aku mengangguk.
"Btw kau tahu tak pasal Ad?"
Aku menggeleng.
Lepas kejadian malam tu, aku dah jarang contact dengan Ad sebab dia pun dah busy berniaga.
"Kau kenapa ni?" Tanya Irfan lalu merampas telefon di tangan aku.
"Irfan!" Jeritku.
Semua mata di kedai mamak tersebut memandang ke arah kami.
Aku malas untuk bergaduh kerana tiada mood dan tenaga. Penat jugak broken ni ya. Pandangan aku tertumpu kepada pasangan yang berada di hadapan meja aku. Mereka seperti sedang berkongsi cerita. Yang lelaki menjadi pendengar manakala yang perempuan semangat bercerita. Mungkin long distance relationship? Entahlah fikiran aku dah melayang entah sampai ke mana sehinggalah aku merasa kesakitan pada bahagian tangan.
"Sakit lah babi" maki aku.
Irfan yang sedang ketawa terus terpinga apabila dimaki olehku.
Aku menarik tangan dan menggosok kawasan yang dicubit oleh Irfan. Aku mengeluarkan wang tunai bernilai 5 ringgit dan meletakkan di atas meja. Aku bingkas bangun dan membetulkan baju.
"Lah nak blah dah ke?" Soal Irfan.
Aku masih diam.
"Before you go, please tell me what happen..." pinta Irfan. Nadanya seperti merayu.
"Nothing. Okay?! Nothing happen. Kalau bagi tahu pun kau tak boleh tolong pun. So yes, aku balik dulu" ujar aku dengan nada yang agak tinggi. Matanya tidak berkedip memandang aku.
Aku keluar daripada kedai tersebut lalu berjalan pulang ke rumah.
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...