Namaku Nur Haslinda Binti Jaafar. Umurku sudah menginjak ke 19 tahun. Kadang-kadang, kelakuanku ini agak kelelakian sedikit. Tetapi aku jenis yang suka menutup aurat, iaitu memakai tudung, sering memakai sweater (bukan sweater yang baju sejuk) dan kasut jenama nike. Hobi aku ialah suka memasak, menjahit baju, mendengar lagu, berjogging, bersukan dan makan. Cita-cita aku ialah ingin menjadi seorang angkasawan.
Tetapi cita-cita aku hanya sia-sia. Sebab apa? Sebab aku tidak dapat menyambung pelajaranku ke universiti kerana masalah kewangan. Malah keputusan SPMku semua cemerlang. Dalam kira-kira dapat 11A+ gitu. Tetapi aku mempunyai kerja yang biasa-biasa saja, iaitu kerja di sebuah kedai kasut kepunyaan Tengku Amir Asyraf, iaitu bosku. Posisiku ialah sebagai melayan tetamu.
"Aku terima nikahnya Nur Haslinda Binti Jaafar dengan mas kahwinnya RM 5,000 tunai" aku tersedar dari dunia nyata apabila aku terdengar seorang lelaki melafazkan Qabul. Ya! Aku sekarang sudah menjadi isteri kepada bosku sendiri, Tengku Amir Asyraf Bin Dato' Sri Ahmad. Kenapa aku boleh kahwin dengan dia? Ianya berlaku pada minggu lepas..
***************************
Flashback..
Khamis, 17/11/2016
10:00 malamAku mula menutup suis lampu dan penghawa dingin di dalam kedai kasut. Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di sebuah kedai kasut yang paling mahal ditambah yang paling terkenal di Kuala Lumpur.Sedang aku ingin menguncikan pintu kedai, aku disergah oleh seorang lelaki dari belakang.
"Haslinda!!"
Aku apa lagi? Terkejut lah sampai melatah.
"Oh mak kau hijau, bapa kau hitam eh!"
"Amboi! Sempat lagi mengata mak aku hijau bapa aku hitam. Potong gaji baru tahu" aku memusingkan badan ke belakang dengan pantas apabila Tengku mengugut aku.
"Maaf bos! Saya tak sengaja! Lagipun bos yang buat saya terperanjat. Ala bos, jangan lah potong gaji saya" tapak tanganku mengosok pantas seperti orang yang tengah merayu.
"Tahu takut" dalam diriku telah menyumpah seranah terhadap lelaki yang berada di hadapanku.
"By the way, aku nak kau ikut aku balik rumah. Aku ada kerja nak bagi dekat kau" aku tercengang? Takkan ada kerja lagi kot..
"Alaa bos, sekarang dah malam lah! Lagipun saya penat" ujarku dengan menggoyangkan badan kekiri dan kekanan seperti kanak-kanak yang memprotes.
"Kerja kau just simple je. Lepas kau dah siap kerja kau tu, aku bagilah duit sebagai upah" haaih bos,main rasuah nampak. Tapi tu kerjakan. Tak salah kan?
"Yelah!" aku akur. Lagipun aku perlukan duit untuk diberikan kepada ibu bapa angkatku yang berada di kampung. Rindu mak dengan babah.
"Ok" lalu kami berdua menuju ke kereta lamborghini Tengku. Pertama kali aku naik kereta yang begitu mahal di dunia. Aku tak tahu kenapa masyarakat yang berstatus jutawan suka beli kereta lamborghini. Padahal kecil kot. Ke sebab.. Entahlah. Aku pun tak tahu pasal kereta lamborghini ni. Tengku memulakan pemanduan ke rumahnya.
*******************
15 minit kemudian
*******************Aku dan Tengku telah tiba di hadapan rumahnya. Punyalah besar rumah dia! Dah macam istana dekat disneyland.
"Apa yang teregat lagi tu!!" aku berlari memasuki rumah Tengku. Masuk sahaja rumah Tengku, aku lihat pelbagai jenis perabot yang disusun kemas. Ada potret yang besar, lampu krystal yang cantik dan pelbagai lah barang-barang yang mahal.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...