Bab 46 - Surat

10.2K 303 32
                                    

Di rumah sewa Aina...

Aina menuam ais yang dibalut dengan tuala kecil itu pada luka di hujung bibir Haslinda.

Terkilan juga Aina apabila telinganya mendengar segala cerita sahabatnya itu ditampar oleh suaminya. Suami dayus. Kadang-kadang, Aina berada kasihan dengan kehidupan Haslinda. Di tuduh disebabkan gambar yang diedit oleh siapa entah.

"Linda, aku minta maaf. Disebabkan gambar yang diedit tu, kau jadi macam ni" kata Aina dengan rasa bersalah.

"Eh! Tak apa lah. Bukan salah kau pun. Yang salah tu orang yang edit gambar tu. Entah apa salah aku dekat diorang" balas Haslinda dengan cebikkan (?) . Nak menyedapkan hati Aina.

"Aina, kalau boleh aku tak nak kau jumpa Adam buat sementara ni" sambung Haslinda menyebabkan kelakuan Aina merawat lukanya terhenti.

"Kenapa pula?" Soal Aina tidak puas hati. Jangan-jangan Linda ada menaruh minat dekat Adam. Gumam hatinya.

"Sebab aku takut Adam paksa kau bagitahu keberadaan aku. Kau ni kadang² suka buka mulut" balas Haslinda dari hujung matanya.

"Alaa kau ni. Aku janji aku takkan bagitau Adam pasal ni. Bagilah aku keluar dengan Adam" kata Aina dengan tapak tangan kanan diangkat seperti berikrar. "Eh! Tapikan kenapa aku kena minta izin dengan kau ea? Kau bukannya mak ayah aku" sambung Aina setelah dia sedar tentang itu.

"Ke kau dah ter 'fall in love' dengan Adam" balas Haslinda. Senyuman bakal diberikan pada sahabatnya. Sedaya upaya mahu bergurau dengan Aina.

"M-mana ada lah!" Balas Aina tergagap.

"Jawab pun tergagap-gagap. Betul lah kan?" Usik Haslinda lagi. Suara ketawa kecil mula kedengaran.

Aina tidak membalas. Sebaliknya membalas ketawa kecil Haslinda. Senang dia melihat ketawa sahabatnya semula. Lalu Jari-jemari Haslinda digenggam.

"Aku akan selalu ada dengan kau even kau ada dalam kesusahan. Dan kalau kau tak nak aku jumpa Adam disebabkan keselamatan kau, aku akan ikut" kata Aina ikhlas. Demi kawannya, dia sanggup tidak berjumpa dengan buah hatinya.

Erk! Buah hati? 😏

"Eh! Tak apa lah. Aku gurau je yang tadi tu" nafi Haslinda. Haslinda rasa dia seperti menghalang perjumpaan mereka berdua.

"No. No and no. Aku sanggup tak jumpa dengan Adam sebab keselamatan kau. Ye la, mana tahu Adam nanti report dekat Tengku pasal kau ke" kata Aina.

"Thanks Aina. Aku tak tahu lah nak balas macam mana dekat kau" ucap Haslinda sayu. Air mata yang menitik sedikit dilap dengan kasar.

Aina memandang Haslinda sayu. Dia juga berasa sedih dengan kehidupan sahabatnya itu. Dia juga faham dengan situasi Haslinda. Andainya dia dapat jumpa Tengku Amir, mahu sahaja dia belasah lelaki itu kerana buat sahabatnya bersedih.


💔 💔 💔 💔 💔


Di rumah Tengku Amir...

Sebaik sahaja menutup pintu rumah, Tengku Amir mencampakkan kunci keretanya Di atas meja ruang tamu. Lalu kakinya melangkah ke arah sofa. Punggungnya selamat mendarat di atas sofa. Tubuh tegapnya bersandar pada penyandar sofa.

Tiba-tiba sahaja tekaknya berasa haus. Tangannya menyentuh kawasan leher untuk menghilangkan rasa hausnya. Tetapi tidak berjaya.

Kepalanya teringat akan Haslinda. Apa gunanya ada isteri kalau tak boleh buat apa yang aku suruh. Monolog Tengku Amir. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now