Bab 21 - Terkejut

8.4K 253 0
                                    

Pak
Pak
Pak

"Wah! Wah! Wah! Tengok lah orang tu. Tersenyum-senyum bagai lagi ni. Buah hati datang ke tadi?" Tegur seorang lelaki bertepuk tangan dengan senyuman yang...

Sinis.

Lelaki itu memang ada nampak tubuh kecil Haslinda yang melulu keluar daripada syarikat suaminya. Niatnya memang ingin menegur si gadis kecil itu. Namun, apabila dia teringat akan rancangannya tadi, dia batalkan hasratnya. Dia sambung melangkah ke arah bilik pejabat Tengku Amir.

Tengku Amir yang senyum-senyum mengingati ciuman tadi tersedar apabila datang seorang lelaki tidak diundang. Dipandang lelaki itu dengan pandangan kosong. Menganggu betul. Monolog hatinya.

"Maaf Tengku, saya dah cuba halang dia..." kata kata Amirah dipintas oleh Tengku Amir.

"It's okay Amirah, awak boleh keluar" arah Tengku Amir.

Amirah hanya mengangguk kepala tanda mengerti. Lalu kedua-dua belah kakinya melangkah keluar meninggalkan bilik pejabat majikannya. Pintu bilik pejabat itu ditutup.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Tengku Amir acuh tak acuh pada lelaki itu.

"Aik! Salah ke kalau Muhammad Adam Leong nak singgah jumpa Tengku Amir Asyraf. Aku kan kawan kau" balas Adam. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Tengku Amir.

"Aku boleh anggap kau kawan baik aku balik bila kau anggap Linda tu macam wife aku sendiri" kata Tengku Amir yang mula memeriksa fail-fail kerjanya.

Tangan kanan Adam menggenggam buku lima. Menahan amarah daripada meletus. Tapi dia mengambarkan dirinya. Tangan kirinya pula menyeluk di dalam kocek seluarnya untuk mengeluarkan iphone 7 black terbarunya. Selepas swipe up pada skrin telefon, ibu jari kirinya menekan ikon whatsapp.

"Cuba kau baca ni" Adam menyerahkan iphone 7 blacknya pada Tengku Amir.

Tengku Amir memandang iphone 7 black kepunyaan Adam dengan pandangan kosong. Matanya memandang Adam dan pandangannya kembali pada fail-fail.

"Kalau setakat kau nak tunjuk iphone 7 kau yang tak beberapa original tu, tak payah lah. Aku boleh beli iphone 8 akan datang" balas Tengku Amir menunjuk-nunjuk.

"Aku suruh kau baca dekat dalam iphone aku tu. Bukan aku nak show-show iphone aku" balas Adam dengan nada geram. Mata sepetnya menjeling pada Tengku Amir.

Tengku Amir mengambil iphone 7 black kepunyaan Adam dengan malas. Kalau setakat nak baca iklan tentang iphone, terima kasih sahaja lah. Sempat lagi monolog hatinya berkata.

Mata Tengku Amir membuntang luas apabila membaca segala sembang (chat) Adam dengan isterinya di . Hatinya mendidih. Terasa dia ditipu oleh isterinya.

Tetapi hati Tengku Amir mungkin berkata mungkin ini hanyalah gurauan sahaja. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru. Tetapi hatinya tidak berasa tenang apabila dia terbaca perkataan 'sayang' yang tertera pada chat itu. Lagi-lagi orang yang kata sayang tu adalah isterinya sendiri.

"Aku rasa wife kau tu dah macam khianat kau saja" ujar Adam sinis bila melihat muka Tengku Amir yang telah menyala merah. Marah mungkin.

Tengku Amir berdecit sinis. "Aku tak rasa wife aku macam tu. Kau saja kan nak sakitkan hati aku. Come on lah Adam, kau tak ada life ke nak kacau rumah tangga orang" balas Tengku Amir sinis. Kedua-dua tangannya menyilang (?) pada dada bidangnya. Iphone 7 black milik Adam diletakkan pada meja kerjanya.

Adam bingkas bangun. Iphone 7nya diambil secara kasar "life aku adalah suka kacau life kau. Dan matlamat aku adalah memiliki Nur Haslinda Binti Jaafar" Adam berkata dengan tekad.

Tengku Amir yang mendengar itu bingkas berdiri dan tangan kanannya menggenggam kuat buku lima sebelum tangan itu menumbuk meja kerjanya.

"AKU TAKKAN BENARKAN HASLINDA JADI MILIK KAU. AKU TAKKAN SESEKALI CERAIKAN ISTERI AKU!" Marah Tengku Amir meluap-luap. Hatinya makin panas.

Adam berdecit sinis. Lalu kakinya melangkah ke arah pintu bilik pejabat Tengku Amir. Adam menghentikan langkahnya terlebih dahulu di hadapan pintu sebelum berkata "aku sanggup putus kawan dengan kau hanya kerana aku mencintai isteri kau". Habis sahaja ayatnya itu, tangan kanannya menarik tombol pintu itu. Kedua-dua kakinya melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku Amir.

Bam!

Tengku Amir mengeluh panjang dan matanya hanya memandang pintu bilik pejabatnya dengan pandangan kosong. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi kerjanya.

"Apa apa sahaja lah dia tu" Tengku Amir menyambung semula kerjanya yang tergendala disebabkan menerima 'kedatangan' daripada Adam. Tetapi hatinya tidak tenang apabila dia teringat akan perbualan whatsapp yang dibaca tadi.

"Betul ke Linda sayangkan Adam"

🌼🌼🌼

TBC..

HI readers! Author kembali!

Mesti readers tak puas hati kan dengan bab ni. Jalan cerita yang pendek.

But don't worry!

Author akan buat 3 bab lagi. Lepastu, kena continue lah.

718 words

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now