"Su..Su..su..Su apa? Boleh cepat tak? Aku dah lambat nak jumpa kawan aku ni" kata Tengku Arash dengan rasa menyampah.
Aina menarik nafas panjang sebelum dihembus nafasnya. Akhirnya, dia meluahkan perasaannya pada Tengku Arash.
"Sa - saya sukakan awak Tengku Arash" luah Aina jujur ditambah pula gagap bila meluahkan perasaannya. Kepalanya juga ditundukkan ke bawah. Memandang lantai. Jantungnya berdegup begitu kencang sekali apabila dia meluahkan perasaannya di hadapan orang yang dia suka.
Tengku Arash hanya menganggukkan kepalanya. Tiada rasa apa-apa pada dirinya. Matanya memandang ke arah botol mineral yang air nya hanya tinggal separuh ditinggalkan tersusun pada tak kasut. Biasalah, pelajar memang selalu macam ni.Tiba tiba sahaja dia mendapat akal di dalam kepala otaknya.
"Apa nama kau?" Tengku Arash menanya nama pada Aina.
Aina mengangkat kepala memandang Tengku Arash. Lalu dia menjawab soalan remaja lelaki di hadapannya dengan ceria "Aina" beritahu Aina.
Tengku Arash menganggukkan kepalanya. Lalu dia bersuara. "Boleh tak Aina ambilkan botol mineral tu dekat rak kasut tu" arah Tengku Arash. Jari telunjuk kanannya ditunjukkan pada botol mineral itu.
Aina memandang ke arah rak kasut. Matanya ternampak botol mineral yang ditunjukkan oleh Tengku Arash. Tanpa menanya sebab apa, Aina melangkah ke arah rak kasut dan mengambil botol mineral itu. Lalu diserahkan pada Tengku Arash.
"Awak nak buat apa dengan botol ni?" Soal Aina kebingungan apabila matanya memandang perilaku Tengku Arash yang sedang membuka penutup botol itu.
"Ini.." Tengku Arash menunjukkan botol mineral yang dibuka di hadapan Aina. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. Dan dia...
Splassh!
Aina terkejut. Sangat terkejut apabila orang yang dia suka menyimbah air mineral itu dihadapan mukanya. Tergamak Tengku Arash membuat dia sebegitu.
"A - awak"
"Sedar diri kau tu sikit. Aku ni tak sesuai untuk kau sebab apa? First, kau nerd. Dengan spek mata kau yang besar tu. Second, kau tu lurus bendul. Dan akhirnya sekali.."
Aina menantu kata-kata Tengku Arash yang tergendala itu.
"Dan kau ni hitam. Kau sedar tak? Kulit aku ni putih. Kulit kau tu hitam. Mana sesuai untuk aku yang kulit flawless ni. Aku tak boleh bayangkan kalau aku couple dengan kau. Tak pasal-pasal aku yang kena bahan dengan kawan kawan aku" pedas sahaja ayat yang dilontarkan oleh Tengku Arash.
"Ta - tapi per - lu ke a - awak buat sa - saya ma - macam ni?" Kata Aina dengan gagap. Dia cuba menahan air matanya daripada keluar. Tahan Aina.
"Hmm..bagi aku perlu kot. Sebab kau layak kena layan macam ni" balas Tengku Arash tanpa rasa bersalah.
"WOI!" laung seseorang pada Aina dan Tengku Arash.
Tengku Arash memusingkan tubuh ke belakang manakala Aina hanya menjongketkan kedua-dua belah kakinya untuk melihat gerangan itu.
Buk!
Tubuh Tengku Arash tersungkur di atas lantai simen apabila mukanya menerima satu tumbukan yang padu oleh seorang remaja perempuan.
Diulang.
REMAJA PEREMPUAN!
"KAU DAH KENAPA BODOH?!!" Marah Tengku Arash pada remaja perempuan itu.
Remaja perempuan itu mencengkam kolar baju Tengku Arash. Tubuh Tengku Arash terangkat dek kerana cengkaman daripada remaja perempuan itu.
"KAU PERLU KE BUAT KAWAN AKU MACAM TU HAHH?!! PERLU KE KAU SIMBAH AIR DEKAT DIA! DIA ADA MARUAH LAH! TAK GUNA!!" Tubuh Tengku Arash ditolak secara kasar hingga menyebabkan tubuh remaja lelaki itu jatuh lagi sekali.
"Linda, sudahlah tu. Hikss..hikss" Aina cuba menenangkan dirinya. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada keluar. Akhirnya dia menangis.
Haslinda memandang tubuh Tengku Arash dengan nafas tercungap-cungap. Marah mula menguasai dirinya.
Haslinda nampak apa yang terjadi di mana Tengku Arash menyimbah air pada muka Aina. Memang pada masa tu, dia ingin menunggu Aina dekat kantin. Tetapi sudah lebih 10 minit, Haslinda melangkah meninggalkan kantin dan menuju ke arah perpustakaan. Dan disitu lah dia nampak segala-segalanya.
Tengku Arash bangun dari lantai simen. Jarinya mengelap kesan darah pada hujung bibirnya. Tidak menyangka gadis seperti Haslinda menumbuknya dengan kuat.
"KAU NASIHATKAN KAWAN KAU TU! MUKA KAWAN KAU TU DAH LAH BURUK! ADA HATI NAKKAN AKU!" pesan Tengku Arash marah. Nasib baik hanya mereka bertiga sahaja yang berada di situ. Kalau macam tempat lapang macam padang, dah lama dah murid-murid datang ke padang dan menaungi "LAWAN!". Terpengaruh dengan WWE 😑😒.
Buk!
Sekali lagi muka Tengku Arash ditumbuk. Tetapi tubuhnya hanya kebelakang sedikit.
"HEY MAMAT! KAU TU PUN SEDAR DIRI SIKIT! MUKA SAJA HANDSOME! TAPI PERANGAI MACAM JAL*NG!! KAU FIKIR KAU MAKHLUK SEORANG SAJA KE YANG ADA RUPAWAN HANDSOME KAT DUNIA NI! KAT DUNIA NI ADA BERLAMBAK LAGI LAKI-LAKI HANDSOME DARIPADA KAU! NAMPAK SANGAT KAU TU BONGKAK DENGAN RUPA KAU TU!! KAU SIBUK DENGAN DUNIAWI KAU TU SAMPAIKAN KAU HINA KAWAN AKU!! HOW'S STUPID YOU ARE!!!" Marah Haslinda.
Entah kenapa dia mula rasa bersalah bila Haslinda berkata begitu padanya. Matanya memandang ke arah Aina yang menangis tersedu-sedu. Sebelum ni, dia memang tak ada rasa bersalah mahu menghina gadis yang pernah luahkan perasaan padanya.
Tetapi, kali ini, Tengku Arash memang rasa bersalah yang amat. Ya! Dia memang taksub dengan rupa wajahnya yang tampan itu. Siapa yang tidak mahu dirinya. Tetapi, kalau boleh, dia memang ingin seorang perempuan yang berkulit cerah. Biar dia rasa bangga kalau dia mempunyai seorang teman wanita yang berkulit cerah sepertinya. Dia memang pandang paras rupa.
"Aku tahu kau kalau nak jadikan perempuan tu sebagai gf kau, kau mesti nak yang kulit putih macam kulit kau tu kan? Aku tahu kau memang memilih paras rupa daripada memilih hati perempuan tu. Tapi sekurang-kurangnya cakaplah elok-elok sikit dekat kawan aku. Kalau kau tak suka kawan aku ni pun, gunalah ayat untuk menyedapkan hati kawan aku ni" suara Haslinda menjadi kendur apabila dia berkata. Dia sedih melihat Aina yang cuba menahan tangisannya.
"Jom lah Linda. Hiks..buang masa aku saja hikss..hikss..dekat sini" Aina menarik kuat tangan kanan Haslinda agar dia tidak mahu melihat lelaki yang menghina dirinya. Kaki mereka berdua meninggalkan Tengku Arash yang berdiri kaku disitu.
"I'm so sorry Aina" luah Tengku Arash tanpa memandang mereka berdua dari belakang.
End flashback
° ° ° ° °
"Woi Aina!" Aina tersedar dari mengelamun tentang Tengku Arash apabila Haslinda menyerkahnya.
"Apa kau ni.. perlu ke nak jerit-jerit bagai ni 😒" kata Aina dengan jelingan matanya.
"Dah aku panggil kau 5 kali, kau tak dengar. So, aku jerkah kau lah" balas Haslinda yang juga menggunakan jelingan matanya pada Aina. "Aku na bagitahu yang rumah aku dah terlajak kedepan" sambung Haslinda dengan membuat muka '😒'.
"KENAPA TAK CAKAP AWAL-AWAL!" Kata Aina menjerit.
"MACAM MANA NAK CAKAP KALAU KAU SENDIRI DUDUK MENGELAMUN SAMBIL MEMANDU!! TAK KE BAHAYANYA TU!!" Balas Haslinda dengan suara jeritannya.
Aina memasukkan jadi telunjuknya pada telinga kiri sebagai tidak mendengar jeritan daripada Haslinda. Manakala tangan kanannya sibuk memegang stereng kereta untuk membuat pusingan U.
"Ya lah..Ya lah.. Kau menang" Aina melepaskan jari telunjuknya pada telinga kiri dan terus berpatah balik menuju ke rumah Haslinda.
🌼🌼🌼
TBC
1113 words
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...