Bab 2 : Hidup baru sebagai Suami Isteri

17.6K 470 25
                                    

Haslinda terjaga daripada tidur. Dia lihat jam pada telefon lenovo A100 yang menunjukkan sudah pukul 5 pagi. Lepas melihat jam pada telefonnya, Haslinda mengeliat kecil dan terus membuat senaman ringkas. Habis sahaja membuat senaman ringkas, Haslinda mencapai tuala yang terletak pada kepala sofa dan menuju ke bilik mandi.

*************


Amir pov

Aku melihat ada tubuh seorang perempuan dengan hanya bertualakan dari dada hingga ke paras pehanya. Siapa lagi kalau bukan bini aku a.k.a minah tomboi ni. Dia pasti tidak tahu yang aku telah terjaga daripada tidur. Skodeng sikit lah.

"OMO!" aku segera menutup kedua-dua mataku dengan rapat. Biar betik bini aku ni! Selamba badak sumbu je lurutkan tuala dia. Baik aku tak payah tengok. Kan nanti tak pasal-pasal kena baham.

End pov...

-----------------------------


Haslinda terus melurutkan tuala ke bawah tanpa rasa segan silu. Jadi, badannya memang tiada seurat benang. Biarlah, buat apa nak malu? Suami dia pun dah tidur. Lalu, dicapainya seluar sukan dan T-shirt merah berbelang putih berlengan panjang dan disarungkan pada tubuh.

Allahuakhbar...Allahuakhbar

Haslinda kedengaran bunyi azan pada telefon bimbitnya dan. mencapai telefonnya. Dilihat sudah menunjukkan jam 5:45 pagi menandakan telah masuk waktu subuh.

"Alamak! Aku lupa nak ambil air wuduk!" Kata Haslinda menepuk dahinya. Dengan keadaan tergesa-gesa, dia berlari ke bilik air untuk mengambil air wuduk.

-------------------------------------

"Assalamualaikum warahmatullah" Selesai sahaja memberi salam, Haslinda melurutkan tangan dari belakang kepala hingga ke muka.

Selepas membaca doa selepas solat, gadis itu menanggalkan telekung dan melipatnya dengan kemas. Lalu disangkutkan telekung dan sejadah itu pada kepala sofa.

"Dia ni tak bangun lagi ke?" Haslinda melihat suaminya masih lagi dibuai mimpi. "Nak kejutkan ke tak?" Dia berfikir sejenak. Gadis itu menarik nafas panjang dan bersuara.

"Kejutkan jelah" dengan langkah malasnya, Haslinda pergi ke arah suaminya yang dibuai mimpi itu dan dikejutkan lelaki itu.

"Awak bangun. Solat subuh" Haslinda mengerakkan sedikit bahu suaminya dengan perlahan.

"Eeerrmmmm" balas Amir yang masih lagi dengan keadaannya.

"Awak bangun!!! Solat!" geram dengan 'balasan' dari Amir, Haslinda mengerakkan bahu Amir dengan kasar. Haslinda! Tak baik buat suami macam tu.

Tetapi Amir masih lagi tidak berganjak malah dia menarik selimut sampai ke kepalanya. Haslinda memanjat katil Amir dan mula melompat.

Grreett~~greeeet~~

"Hahh! Hahh! Awak!! Bangun!! Solat subuh!" habis bergegar katil Amir akibat menerima lompatan (?) daripada gadis bertubuh kecil itu.

"KAU NI TAK KACAU AKU TAK BOLEH KE?! AKU NAK TIDUR LAH!!" Marah Amir yang masih lagi terbaring. Haslinda mengendahkan amarah daripada Amir dan melompat lagi katil Amir seperti kanak-kanak mengejut ibu bapanya.

Haslinda menurunkan dirinya dari katil suaminya dan berkata "memang tak boleh pun. Dah bangun, solat subuh" Amir akhirnya akur dan bangun dari katilnya dalam keadaan mamai.

"Kenapalah aku dapat bini yang macam budak-budak ni" omel Amir yang ingin mencapai tualanya pada hujung katil dan melangkah ke bilik air. Omelannya (?) juga turut dapat didengari Haslinda.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now