Di perkarangan rumah Tengku Amir...
1:15 a.m.
Tengku Amir memarkingkan kereta di perkarangan rumahnya. Sepatutnya perjalanan dari Pekan ke Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam kalau mengikut laluan Lekas. Tetapi, disebabkan 'kerja'nya itu, dia sudah lambat 1 jam.
Mata Tengku Amir memandang tubuh Haslinda yang sudah terlelap di sebelahnya yang hanya berselimutkan dengan hoodie milik gadis itu. Dapat dia lihat sisa baki air mata yang kering dari mata isterinya. Matanya memandang bahu Haslinda yang penuh dengan kesan gigitan cinta yang diberikan olehnya.
I'm sorry Linda..
Tengku Amir meraup kasar rambutnya hingga ke belakang. Entah kenapa dia berasa bersalah dengan dirinya yang memperlakukan Haslinda seperti perempuan murahan. Lalu tangan kiri sasanya mencapai peti kecemasan di belakang duduk Haslinda. Dia mengeluarkan beberapa kapas, ubat antiseptic dan segulung bandage.
Denga perlahan, Tengku Amir meletakkan berberapa ubat antiseptic itu pada kapas. Setelah basah, kapas itu ditekapkan pada tangan Haslinda yang melecur itu. Selesai merawat, tangan kecil milik isterinya dibalut dengan kemas.
Tengku Amir keluar dari keretanya. Kakinya melangkah ke arah pintu kereta bersebelahan dengan pemandu. Lalu tubuh kecil Haslinda di angkat secara bridal style. Matanya mula memandang ke luar. Takut ada lelaki yang lihat tubuh isterinya yang hanya separuh bogel.
Selesai sahaja membuka pintu, Tengku Amir menutup semula pintu itu dan tidak lupa juga dikunci. Lalu dia membawa tubuh Haslinda melangkah ke biliknya.
Sebaik sahaja sampai di biliknya, Tengku Amir meletakkan tubuh Haslinda dengan perlahan di atas katilnya. Selimut miliknya ditarik sampai ke bahu Haslinda. Hoodie yang berada pada tubuh Haslinda di dalam selimut itu ditarik keluar. Kini, Haslinda tidur tanpa seurat benang di dalam selimut itu.
Tengku Amir melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya. Selepas 15 minit, Tengku Amir keluar dari bilik air dengan hanya bertuala di pinggangnya. Kakinya melangkah ke almari, baju T-shirt putih dan seluar paras lutut dicapai lalu dipakaikan pada tubuhnya.
Selepas memakai pakaiannya, Tengku Amir melangkah ke arah katil. Lalu dia melabuhkan punggung di atas katil dengan perlahan. Selimut ditariknya sehingga ke bahu. Dan dia mula membaringkan dirinya menghadap Haslinda yang berada di sebelah kirinya. Jari besarnya bermain dengan pipi Haslinda yang lembut itu.
"Aku minat maaf sayang. Aku terpaksa buat macam tu sebab aku tak nak berpisah dengan kau" kata Tengku Amir sayu. Lalu jari-jemari Haslinda digenggam. Dan dia tenggelam dengan kelopak matanya. Barang² dia dan Haslinda? Esok dia angkatkan 😁.
* * * * *
5:30 a.m.
Haslinda membuka kedua-dua matanya dengan perlahan. Matanya memandang siling yang berwarna putih dan kipas siling yang seperti kemewahan. Setahunya, biliknya hanya ada penghawa dingin sahaja dan tiada kipas.
Lalu dia bersandarkan tubuhnya di kepala katil. Jarinya mengurut pelipis untuk membuang rasa peningnya.
"Ini bukan bilik aku ni" kata Haslinda perlahan. Lalu matanya mula memandang tubuh Tengku Amir yang berbaju T-shirt putih yang sedang berbaring menghadapnya. Sekali lagi dia mengerutkan dahinya.
"Macam mana aku.." kata-kata Haslinda terhenti apabila dia melihat dirinya yang hanya berbalut dengan selimut milik Tengku Amir. Dia terkejut bila dia sedar yang dia tidak ada seurat benang yang tersarung di tubuhnya.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...