Di Amir's Holding..
Amir menutup komputer riba setelah menyelesaikan kerja yang bertimbun-timbun itu. Di urut-urut kedua-dua bahunya unutk menghilangkan rasa lenguh. Entah kenapa dia terbayangkan urutan Haslinda yang lembut itu.
-------------------------------------
Flashback..
"Selamat pulang bos! Ni saya ada masakan sambal sotong dengan kubis goreng. Air saya sediakan jus oren dan air kosong. Silakan duduk bos" sapa Haslinda gembira. Ditarik kerusi untuk Amir duduk. Amir melabuhkan punggung di atas kerusi di mana Haslinda menarik kerusi untuknya.
"Sebelum makan, bos kena tanggalkan kot bos dulu. Dan bagi beg bimbit tu" pinta Haslinda yang menghulurkan kedua-dua belah tangan untuk menyambut kot dan beg bimbit.
Amir memandang Haslinda dengan kening kanannya dijongket ke atas. Pelik. Kenapa dengan Haslinda ni.
Amir mengeluh. Lalu dia menanggalkan kot dan diserahkan pada Haslinda berserta dengan beg bimbit hitamnya. Haslinda menyambut kot dan beg bimbit dengan senyuman manis.
Haslinda meletakkan beg bimbit pada kerusi makan (?) berhadapan dengan Amir. Manakala Kot Amir Haslinda letakkan pada penyangkut yang terletak pada ruang tamu. Lalu kedua-dua kaki Haslinda berlari ke arah meja makan.
Sampai di meja makan, Haslinda menyedokkan nasi putih pada pinggan kosong. Setelah menyedok, pinggan yang diisi nasi putih itu diletakkan di hadapan Amir.
"Orange juice or 'sky water'?" Amir memandang Haslinda pelik. Sky water?
"Sky water? Tak pernah dengar pun?" soal Amir dengan garukan tidak gatal pada belakang telinga kanannya.
Haslinda tersengih kerang busuk. Aku dah mula terikut dengan perkataan tu lepas aku tonton Oh My English. Gumam hatinya.
"Sky water tu air kosong. Maaflah dah terbawa-bawa dekat sini. Baru lepas tengok Oh My English" balas Haslinda tersengih-sengih.
Amir menggelengkan kepala dan ketawa kecil "Air kosong je lah"
Haslinda mengangguk kepala tanda mengerti akan pilihan Amir. Lalu, Haslinda mengambil jug berkaca yang diisi dengan air kosong itu dituangkan pada gelas. Setelah gelas itu telah diisi dengan air kosong, gelas itu diserahkan pada Amir.
"Bos ok ke?" soal Haslinda. Gadis belasan itu perasan yang suaminya hanya menjawab sepatah sahaja.
"Entah lah. Kerja aku bertimbun-timbun dekat office. Bahu aku pun dah rasa sakit" balas Amir. Di picit-picit kedua bahunya.
Haslinda tersenyum "bos nak saya urutkan?" pelawa Haslinda yang sudah bersiap berdiri di belakang Amir.
"Hmmm" Hanya sepatah itu sahaja Amir jawab.
Tanpa membuang masa, Haslinda mengurut kedua-dua bahu suaminya dengan kadar lembut dan kadar kuat.
Kepala Amir terlentok ke kiri dan ke kanan. Suka dengan urutan 'hasil tangan' Haslinda.
"Bos suka?" Amir tidak dapat menjawab dan hanya menganggukkan kepalanya. Sedap Haslinda urut bahu aku. Gumamnya.
Setelah beberapa minit kemudian, Haslinda memberhentikan urutannya apabila Amir menyuruhnya. Dan terus sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Amir.
Dilihat Amir makan begitu gelojoh selepas dia membaca doa makan. Haslinda hanya menggelengkan kepalanya melihat telahtah Amir.
"Bos, kalau ya pun makan tu perlahan lah sikit. Nanti bos tercekik pula" nasihat Haslinda.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...