Part 57 - Luah

8.8K 240 7
                                    

Selepas Aina dan Adam melawat Haslinda, mereka meminta diri mereka balik rumah.

Haslinda tak sangka pula Aina dan Adan telah berkahwin 2 bulan lepas. Dia tidak kecewa jika Aina tidak menjemputnya. Dia gembira saja. Kerana sahabatnya sudah bertemu jodoh.

Tiba-tiba kepala Haslinda mengingatkan video yang di mainkan oleh Tengku Amir. Adam tergagap-gagap mahu lafaz ijab & kabul terhadap ayah Aina, En. Hafiz. Sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Haslinda ketawa kecil.

"Haaii sayang.. Tiba-tiba tergelak sorang-sorang je ni. Sayang ok ke tak?" Tengku Amir ketawa kecil melihat Haslinda yang tiba-tiba sahaja ketawa.

Haslinda menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apa lah abang. Sayang tengah terfikir pasal video yang abang tunjuk tu tadi" beritahu Haslinda.

"Oh! yang pasal weeding Aina dengan Adam tu?" soal Tengku Amir.

Haslinda menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba sahaja Haslinda ketawa terbahak-bahak.

"Hahahahahaha!!!"

"Astaghfirulla al'azim sayang" kaget Tengku Amir dibuatnya. Tiba-tiba sahaja isterinya ketawa terbahak-bahak.

"Haha-haha maaf, maaf. kelakar lah bang. hahaha" kata Haslinda dengan sisa baki ketawanya. Jari telunjuk kanan Haslinda mengelap air mata kegembiraan yang keluar dari mata kanannya.

Tengku Amir menggelengkan kepalanya. Tangan kanannya mendongak memandang muka Haslinda. Matanya turun pada perut isterinya yang membesar.

"Sayang, daripada sayang tergelak-gelak macam orang tak betul ni, baik sayang pandang anak kita tu" kata Tengku Amir. Matanya tidak lepas memandang perut Haslinda.

Haslinda memjeling tajam. Sesedap masam masin je mulut dia cakap aku gelak tak siuman. Kata hatinya. Lalu matanya memandang perutnya.

Tangan kanan Haslinda mengusap perlahan perutnya. Dia tersenyum suka. Tak lama lagi dia bakal menjadi seorang ibu. Berat tangunggan untuk dia pikul.

"Sayang tahu tak, masa sayang kena culik tu, abang dah macam orang gila cari sayang" Tengku Amir memulakan perbualan.

Haslinda memandang wajah Tengku Amir. Dia tidak menyahut. Tetapi dia mahu mendengar lagi kata-kata suaminya.

"Abang tahu sayang lari dari rumah sebab sayang takut abang pukul sayang lagi kan?" soal Tengku Amir yang dapat mengagak tujuan Haslinda.

Haslinda hanya berdiam diri. Jari-jemarinya bermain. Bibir bawahnya digigit. Sekarang dia rasa bersalah pada Tengku Amir.

"Tapi masa sayang lari rumah tu abang dah rasa bersalah. Betul cakap sayang, abang suka buat salah tanpa usul periksa. Abang tak tanya sayang. Abang pukul sayang. Abang kutuk, hina sayang. Abang r-rogol sayang.

Abang bodoh masa tu. Masa tu pula abang tau orang tua kerepot kaki perempuan tu culik sayang dengan kawan sayang. Orang tua tu cuba nak rogol sayang tapi abang dapat selamatkan sayang. Abang dah belasah orang tua tu. Ada 3 bini dekat rumah tapi gatal cari perempuan lain"

Haslinda memegang jari jemari besar Tengku Amir. Tengku Amir membalas pegangan jari isterinya. Senyuman kecil diberikan pada Haslinda.

"Lepas tu sayang tak sedarkan diri. Abang bawa pergi hospital. Dr. Mukhriz sahkan yang sayang mengandung. Masa tu abang happy sayang. Dr. Mukhriz bagitahu abang yang sayang mengandung anak kembar" cerita Tengku Amir.

Haslinda terkejut. Matanya memandang perutnya. Dia mengandung anak kembar?!.

"Tapi Dr. Mukhriz ada bagitau abang berita sedih. Salah satu janin dalam perut sayang terpaksa gugur. Sebab janin yang tu tak kuat lagi dah. Masa tu abang sedih sangat dengar tu.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now