Bab 37 - Malu

7.7K 244 1
                                    

Kedua-dua kaki Adam mula memasuki sebuah kafe dimana ada seseorang ingin bertemu dengannya. Mata Adam melirik pada seorang perempuan yang berpakaian yang Agak menjolok mata.

'Kau fikir kau duduk dekat US ke nak pakai macam tu' monolog hati Adam. Matanya memandang tajam ke arah perempuan itu. Kakinya melangkah ke arah meja di mana perempuan itu berada.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Adam kasar setelah dia berdiri di hadapan perempuan itu.

Perempuan itu tergelak sinis sambil menyilang kedua-dua belah tangan pada dada. Matanya memandang Adam.

"Kalau ya pun Mr. Leong, duduk lah dulu. I have something to tell you. It's about...."

"About Tengku Amir and Haslinda is it?" Adam memotong kata-kata perempuan itu.

"Clever man. Come sit in front of me" arah perempuan itu.

"Kau tak payah nak suruh aku duduk lah Suzy. Just straight to the point"

Perempuan itu, Suzy mengangguk kepala perlahan dengan perlahan.

"What's wrong with you Mr. Leong? I call you more 10 times yesterday. Where you are?" soal Suzy.

Adam tergelak sinis. Kedua-dua belah tangannya disilangkan. "Aku saja ignore panggilan kau. Sebab aku tak nak kerjasama lagi dengan kau yang nak merosakkan rumahtangga Amir dengan Linda" beritahu Adam.

Melopong Suzy mendengar kata-kata Adam itu. "How dare you to said that" marah Suzy.

"Aku takkan buat macam tu sebab Amir tu Best friend forever aku. And aku patutnya gembira bila lepaskan orang yang aku sayang dekat Amir" bicara Adam.

"Since when you like this hah? Ke you dah menyesal dengan perbuatan you tu. And you ingat you perfect sangat ke nak cakap macam tu. Come on lah Adam, kita ada peluang lagi nak rosakkan relationship dia orang"

Adam menjadi geram. Air kopi panas kepunyaan Suzy di ambil lalu disimbahnya pada muka Suzy.

splash!

"AUUUCHHH!!! PANAS!!!" Suzy dengan pantas bangkit dari tempat duduknya. Tangannya mengambil tisu yang berdekatan di atas meja lalu dilap pada muka.

"Kau dengar sini perempuan, sekali lagi kau ganggu hubungan Amir dengan Linda, aku tak teragak-agak akan buat something dekat kau. KAU INGAT TU!"

Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Adam pantas meninggalkan cafe dengan hati yang tenang selepas dia melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya. Biar dia rasa sikit.

"TAK GUNA KAU ADAM! ARRGH PANAS!!" Marah Suzy meluap-luap. Tangannya masih lagi mengelap air panas itu. Mata-mata pelanggan kafe yang memandangnya dia endahkan.

Adam dan Suzy tidak tahu bahawa ada seorang gadis terdengar segala percakapan mereka berdua di sebelah meja Suzy duduki.

"Tak guna kau Adam" bisik gadis itu kegeraman. Tangannya digenggam menahan geram.

* * * * *

Di Pekan...

Haslinda mula membersihkan pinggan mangkuk serta beberapa cawan teko selepas sahaja keluarganya bersarapan. Pada mulanya Pn. Hashimah yang membasuh pinggan, tetapi disebabkan Haslinda dengan ber'sukarela'nya menolong wanita itu, Pn. Hashimah mendengus dan meninggalkan Haslinda tanpa berkata.

"Assalamualaikum dik!" tegur Saiful.

"Waalaikumusalam abang Saiful" jawab Haslinda tanpa memandang abang angkatnya dari belakang. Tangannya ralit membasuh pinggan mangkuk di sinki.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now