Bab 12 - Hampir Terkantoi

9.1K 282 2
                                    

Assalamualaikum readers! Ok! Author nak bagitahu! Dalam bab ni, hanya ada 4 watak sahaja. Iaitu Tengku Amir, Haslinda, Dato Sri Ahmad dan Datin Sri Hamidah. Tiada watak-watak antagonis di sini.

Harap readers suka..

Te Amo 💕

*****

"Helo anak-anakku" Pn. Sri Hamidah melambaikan tangan kanan ke kiri dan ke kanan pada mereka berdua.

Tengku Amir dan Haslinda tersedar. Tengku Amir menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Manakala Haslinda pula hanya menggaru lengan baju kirinya yang berlapik.

"Mu--mmy, da--ddy, jem--jemputlah masuk" pelawa Haslinda pada kedua-dua mertuanya. Entah kenapa gadis itu berasa takut.

Dato Sri Ahmad serta isterinya mengukirkan senyuman pada menantunya. Bagi mereka, Haslinda kelihatan comel apabila menantunya itu mula gugup. Tak menyesal memilih Haslinda sebagai menantunya. Lalu, Dato Sri Ahmad dan isterinya melangkah masuk ke dalam rumah besar Tengku Amir. Diikuti Tengku Amir dan Haslinda dari belakang ibu bapa Tengku Amir.

Setelah mereka berempat memasuki rumah, Dato Sri Ahmad dan Datin Sri Hamidah memandang rumah sekekliling. Cantik. Kemas.

"Cantik rumah kamu Amir" puji Datin Sri Hamidah. Wanita separuh abad itu pergi ke arah almari kecil dan jari telunjuknya mula menyapu untuk mengesan ada habuk. Tiada.

"Habuk pun tak ada"

"Tengok lah siapa yang kemas. Sudah semestinya menantu mummy dan daddy yang baik lagi rajin ini" Haslinda sudah mula membanggakan dirinya. Kembang hidung sey!.

Tengku Amir mencebik hujung bibir. Poyo. Puji sikit dah kembang hidung.

Manakala Dato Sri Ahmad dan Datin Sri Hamidah hanya menggelengkan kepalanya. Ketawa kecil apabila Haslinda berkata sebegitu.

"Jemputlah duduk mummy, daddy. Haslinda pergi buatkan teh" pelawa Haslinda. Lalu kaki kecilnya melangkah ke arah dapur untuk membuat air teh panas.

Dato Sri Ahmad dan Datin Sri Hamidah melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Diikuti dengan Tengku Amir yang hanya duduk bersebelahan dengan orang tuanya.

"Ada apa mummy dengan daddy datang sini?" soal Tengku Amir.

"Aiikk! Mummy dengan daddy tak boleh datang sini ke?" soalan Tengku Amir dibalas dengan soalan Datin Sri Hamidah.

"Bukan macam tu lah Mummy. Cuma, Amir terkejut saja sebab mummy dengan daddy datang tak beritahu Amir. Biasanya mummy dengan daddy kan selalu beritahu Amir" bicara Tengku Amir dengan dahi berkerut.

Dato Sri Ahmad dan Datin Sri Hamidah menggelengkan kepala sebelum salah satu daripada mereka mula berbicara "Daddy memang nak beritahu kamu. Tapi mummy kamu ni nak buat surprise sikit pada kamu berdua" beritahu Dato Sri Ahmad.

Petang tadi, Dato Sri Ahmad memang mahu beritahu pada Tengku Amir tentang ini, tetapi Datin Sri Hamidah menghalang suaminya untuk memberitahu pada Tengku Amir. Jadi, Dato Sri Ahmad bersetuju.

Tengku Amir yang mendengar kata-kata daripada ayahnya terus memuncungkan mulut seperti itik. Kedua-dua tangannya pula disilangkan pada bawah dadanya. Tanda merajuk.

Dato Sri Ahmad dan Datin Sri Hamidah tersenyum melihat tingkah laku Tengku Amir. Sudah besar, tapi masih lagi merajuk macam budak kecil.

Lalu, mereka berdua duduk di sofa di mana Tengku Amir duduk. Dato Sri Ahmad duduk berselebahan kanan Tengku Amir. Manakala Datin Sri Hamidah duduk bersebelahan kiri anaknya.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now