Author nak bagitahu. MV dekat atas merupakan lagi cina. Serius bila author dengar lagu tu, memang best gila. Dapat rasa feel dia..
My hearteu 💘💞💔
Enjoy
* * * * *
"Terima kasih sebab hantar aku walaupun aku panggil kau macam pekak badak sumbu saja" ucap Haslinda dengan ayat yang terselit dengan gurauan.
"It's okay lah Juon. Aku pergi dulu. Assalamualaikum Juon" Aina cepat naikkan tingkap pintu sebelah pemandu agar dia tidak mendengar Haslinda menjerit namanya. Lalu dia memandu meninggalkan perkarangan luar rumah Tengku Amir. Dapat dia lihat Haslinda menjerit-jerit namanya disebabkan memanggil kawannya sebagai Juon.
Siapa suruh putih sangat. Kan dah kena panggil Juon 😏.
Haslinda melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah apabila dia selesai membuka kunci pagar. Lalu dia menarik semula pagar itu dengan berhati-hati.
Selesai menutup pintu pagar, kedua-dua belah kakinya melangkah ke arah peti surat apabila matanya ternampak ada beberapa surat di dalam peti surat. Buka sahaja peti surat, Haslinda mengeluarkan surat surat.
"Surat bank, surat bil astro, surat bil telefon..." tiba-tiba matanya tertumpu pada sampul surat berwarna coklat. Tertera namanya pada surat itu.
"Untuk aku ke ni?" Haslinda membelek seketika sampul surat itu. Tiada setem ditampal pada sampul surat.
"Tengok dekat dalam rumah lah" Kaki Haslinda melangkah masuk ke dalam rumah.
Haslinda tidak tahu bahawa ada seorang wanita memandang ke arahnya yang sedang memegang surat pemberian wanita itu.
"You will know soon Haslinda" kata wanita itu dan memandu meninggalkan perkarangan rumah Tengku Amir.
* * * * *
Di ruang tamu...
Haslinda meletakkan 3 sampul surat putih itu pada meja kecil berdekatan dengan pintu utamanya. Manakala, sampul surat yang berwarna coklat kini berada di tangannya.
"Surat apa ni ya" duduk sahaja di atas sofa empuk, Haslinda membelek-belek sampul surat tu. Haslinda menjongketkan kedua-dua bahunya.
Dengan perasaan tidak sabar, Haslinda membuka sampul surat itu. Selesai dibuka, Haslinda terus sahaja menari isi sampul surat itu keluar.
Matanya membuntang luas apabila melihat isi surat tersebut. Mulutnya dicekup dengan tapak tangan kanannya. Dia tidak percaya.
Gambar Tengku Amir dan Suzy sedang berpelukan!
Air mata Haslinda menitis. Dia tidak sanggup melihat benda yang berada di tangannya. Terasa jijik. Sanggup suaminya buat begitu.
"Habis, ciuman tadi tu..." Haslinda mengingati tentang ciuman antara dirinya dan suaminya.
"Jadi dia cium aku sebab nafsu dia ke?" Haslinda menggelengkan kepalanya beberapa kali tidak percaya. Dia sedar, yang di memang cintakan suaminya.
Tapi adakah suaminya juga cintakan dia?
* * * * *
8:30 p.m.
"Assalamualaikum!" Tengku Amir memberi salam sebelum masuk ke rumah. Tiada penyahut atau tiada seseorang yang menjawab salamnya. Lalu dia menutup pintu hadapan rumahnya.
"Linda, aku dah balik ni!" Laung Tengku Amir yang melangkah ke arah meja makan. Bekas yang digunakan masa makanan tengahari itu diletakkan di atas meja.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...