Bab 43 - Tak percaya

8.1K 250 4
                                    

Assalamualaikum Dan salam 1 Malaysia...

Auuuuuhhh...Author rindu Gila dekat readers semua....rindu sangat²..

Maaflah lambat buat story..Author busy dengan kerja...

Kali ni author akan buat 1 lagi chapter...

Jangan lupa vote tau!



* * * * *





Di Cafe...

"Ada apa Dato nak jumpa I ni?" Tanya perempuan yang memakai dress hitam itu setelah dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

Dato' Fuad tersenyum sinis. Lalu beberapa gambar antara Aina dan Adam dikeluarkan pada beg bimbitnya. Lalu diletakkan di atas meja berhadapan dengan perempuan itu.

"Cuba Suzy tengok gambar tu" arah Dato' Fuad.

Suzy dengan malas mengambil gambar itu. Dan dia rasa meluat melihat kemesraan Adam dengan perempuan berkulit hitam itu. Patutlah nak stop, rupanya dia ada pujaan hati dia. Dah lah tak lawa. Desis hati Suzy.

"So, what's the problem with this photo?" Soal Suzy kurang faham.

Dato' Fuad tersenyum sinis sekali lagi. Lalu dia menghubungi pekerjanya untuk mengambil sesuatu. Setelah pekerja menyerahkan 'barang' itu, dia menghidupkannya.

"Cuba you tengok laptop I ni" Dato' Fuad memusingkan komputer di hanya pada Suzy.

Suzy dengan muka kosongnya memandang sahaja skrin komputer itu. Apabila matanya melihat itu, bibirnya mula terukir senyuman sinis.

"I like it"

* * * * *

Di pejabat Tengku Amir...

Selesai sahaja menyiapkan tanda tangan dan kerjanya, Tengku Amir merehatkan dirinya terlebih dahulu. Pelipisnya di urut bagi membuangkan rasa peningnya.

Entah kenapa, di dalam kepalanya teringat dengan 'peristiwa' semalam. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Tetapi, apa yang dibuat ada baiknya juga.

Supaya dia tidak bercerai dengan Haslinda.

Bip~ Bip~

Tengku Amir mencapai Iphone 7 hitamnya apabila terasa getaran. Ada whatsapp yang dihantar oleh Suzy. Muka Tengku Amir tidak menunjukkan sebarang minat dengan whatsapp Suzy. Kenapa aku tak block saja nombor dia. Monolog hatinya.

Tetapi sekali lagi telefonnya berbunyi menandakan bahawa Suzy masih lagi whatsapp dengannya.

Suzy
Online

Cuba you tengok gambar yang I hantar...

Tengku Amir dengan muka malasnya membuka aplikasi whatsapp tersebut. Matanya tiba-tiba sahaja membulat besar tatkala matanya melihat gambar-gambar tersebut.

"Ke-kenapa Linda keluar dengan Adam" kata Tengku Amir. Matanya tidak lepas memandang gambar itu.

Gambar yang dilihatnya adalah gambar yang diambil oleh orang suruhan Dato' Fuad. Tetapi, dalam gambar itu, muka Aina telah diedit pada muka Haslinda. Seperti dalam gambar itu, Haslinda sedang memberikan makanan pada Adam.

"Adam kata dia dah tak suka Linda lagi" kata Tengku Amir dengan perasaan curiga.

"Ke dia tipu aku?" Sambung katanya lagi.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now