Assalamualaikum readers!! rindunya author dekat readers... Dah lebih 2 / 3 bulan author tak update...maaflah kalau readers tertunggu story ni..maklum lah author busy.
Disebabkan author dah lama tak update, author buat 3 bab termasuk bab ni..
enjoy 😳
* * * * *
Di cafe...
"Ada apa nak jumpa aku?" tegur Adam dengan berbasa-basi.
Tengku Amir hanya memandang Adam dengan pandangan kosong. Lalu dia menghirup sedikit latte yang baru dipesan.
"Aku just nak straight to the point je, kau ada jumpa dengan Haslinda sebelum ni?" soal Tengku Amir berterus-terang.
Adam berdeci bibir. Lalu memandang Tengku Amir dengan pandangan sinis. "Kenapa? bini kau lari kan?" soal Adam sinis.
Tengku Amir menahan geram. Kedua-dua belah tangannya digenggam kuat.
"Baguslah kalau bini kau lari daripada dia kena belasah dengan suami yang sanggup belasah isteri dia. Apa orang panggil dia, suami DAYUS" Adam menekankan perkataan dayus. Jejaka cina itu cuba mahu mencari tahap kesabaran Tengku Amir.
Bush!
Adam terjatuh menelentang akibat menerima tumbukan daripada Tengku Amir. Adam mengelap darah yang ada pada hujung bibirnya.
"Semua ni takkan terjadi kalau kau tak keluar dengan bini aku!!" marah Tengku Amir. Pandangan pelanggan-pelanggan yang ada di dalam kafe dihiraukan.
"Amir.. Amir, kau tahu kan sekarang ni kita hidup tahun berapa? gambar tu cuma edit jelah. Kalau kau lebih percayakan gambar yang di edit daripada kepercayaan isteri kau sendiri, kau memang BODOH!" kata Adam sinis.
"Daripada kau nak cari aku semata-mata nak cari gaduh, baik aku cari Aina" balas Adam kosong. Lalu dia keluarkan Iphone 7 dan mengesan lokasi di mana Aina berada. Lalu kakinya melangkah meninggalkan kafe itu.
"Wait, I'll follow you" kata Tengku Amir. Dia bingkas bangun dari kerusi.
"Nak buat apa ikut aku? Apa? lepas tu kau nak belasah bini kau lagi sampai dia mampus?" soal Adam sinis.
Tengku Amir hanya berdiam seketika.
Adam mengeluh seketika. Lalu dia pun bersuara. "Ok, kau ikut aku" katanya lalu melangkah menuju ke kereta miliknya. Diikuti dengan Tengku Amir.
* * * * *
Busshh!!
Haslinda tersedar dari pengsan apabila ada air yang menyembuh mukanya dengan air yang banyak. Lalu terbatuk sedikit akibat tersedak tertelan air.
"Bangun pun kau" Haslinda mengelipkan matanya beberapa kali apabila matanya terkena cahaya lampu. Sukar baginya untuk melihat tubuh itu. Tetapi dia tahu orang yang berdiri di hadapannya adalah seorang wanita.
Setelah mata Haslinda kembali normal, Matanya tiba-tiba membulat tatkala melihat tubuh wanita itu. Siapa lagi kalau bukan Suzy.
"Kau tahu tak sebab apa kau ada dekat sini?" Soal Suzy sinis. Balding yang menyimbah Haslinda tadi dicampak kasar ke atas lantai.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...