Bab 38 - Rahsia

7.3K 255 3
                                    

"Well.. Well.. Well. Tengok lah siapa ni"

Tengku Amir dan Haslinda memusingkan kepalanya ke belakang apabila mereka ditegur oleh seseorang.

Tengku Amir mengerutkan dahinya apabila matanya memandang ke arah 2 orang gadis yang tidak memakai tudung. Tetapi pakaian gadis itu boleh dikira Agak ketat juga.

Manakala Haslinda memandang mereka berdua dengan pandangan kosong. Dia kenal 2 gadis itu.

"Nur Haslinda dengan seorang lelaki a.k.a husband dia yang boleh dikira hot juga" kata gadis yang berambut panjang paras pinggang diikat dengan toncang kuda (?). Kedua-dua belah tangan disilangkan pada dada.

Tengku Amir memandang Haslinda dari belah sisi kirinya. Dapat dia lihat muka Haslinda mula memerah.

"Weh, tak sangka pula laki kau ni hot. Patutlah kau saja nak perangkap kau dengan husband kau ni. Rupa-rupanya husband kau ni kaya" kata gadis yang berambut paras bahu pula. Senyuman sinis diberikan pada Haslinda sebelum matanya beralih memandang Tengku Amir. Handsome. Gumam hati gadis itu.

"Aku ingat kau dah tak wujud dah dekat kampung ni Liana" kata Haslinda pada gadis berambut panjang itu.

"Kau jangan nak cakap macam tu dekat Liana. Sepatutnya kau tu yang berambus dari sini sebab kau kena tangkap basah dengan husband kau tu" marah gadis berambut paras bahu. Jari telunjuk kiri dituju pada Haslinda.

"Apa? Betul lah kan.. Eh! Aku tahu lah perangai kau orang berdua lagi busuk daripada aku. Ya kan Syira?" balas sinis Haslinda pada Syira, gadis berambut paras bahu.

"Kau jaga mulut kau tu sikit!!" marah Syira yang amat.

Liana hanya berdiam diri. Sesekali matanya terlampau fokus pada Tengku Amir. Dia akui yang suami Haslinda memamg kacak. Kenapa aku saja yang tak berada dalam situasi Linda. Gumam hatinya.

Tengku Amir yang perasan akan pandangan Liana terhadap dirinya hanya buat bodoh. Aku tahu lah aku handsome, tapi tak payahlah nak pandang aku macam tu. Monolog hati Tengku Amir.

"Hahaha..Haih Syira.. Syira. Kau fikir aku tak tahu ke yang kau dengan Liana tu pernah 'berasmara dana' dekat dalam hutan dengan kawan-kawan abang aku... Opss, sorry, ex friend abang aku" balas Haslinda sinis.

Haslinda tahu Liana dan Syira pernah membuat perkara terkutuk itu di dalam hutan dengan bekas kawan abang angkatnya. Cuma dia hanya berdiam sahaja kerana dia tiada bukti.

Pang!

Tengku Amir dan Syira terkejut dengan tindakan gadis itu.

Kepala Haslinda teleng ke kiri apabila pipi menerima tamparan sulung oleh Liana. Tangan kanannya meyentuh pipi kanan yang di tampar.

Ya

Liana lah yang menampar Haslinda setelah telinga seperti sudah berasap mendengar kata-kata Haslinda tadi. Dia seperti takut dengan apa yang Haslinda beritahu.

Pang!

"Kau jangan nak angkat tangan kau dekat isteri aku. Aku pun tak pernah angkat tangan aku dekat dia" marah Tengku Amir. Siapa yang tidak marah orang yang dia sayang kena tampar. Dia sendiri pun tidak pernah angkat tangan.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now