"Pakai baju kau sekarang" Tengku Amir mencampakkan pakaian Haslinda pada isterinya setelah dia selesai menyalin pakaiannya pada tubuh.
Haslinda menangis tersedu-sedu. Selimut tebal ditarik supaya tidak jatuh. Banyak kesan merah pada bahagian bahunya akibat perbuatan oleh Tengku Amir.
"AKU SURUH PAKAI TU PAKAI LAH! KAU NAK AKU BUAT LAGI KE MACAM TADI?!" Marah Tengku Amir apabila Haslinda masih lagi tidak memakai baju.
Lambat laun, Haslinda mengambil pakaiannya. Tetapi pakaiannya dia tidak pun memakai.
"Ini balasan kau bila kau keluar dengan jantan lain. Kalau aku tahu kau keluar lagi dengan jantan lain, kau akan terima lebih teruk daripada ni" tegas Tengku Amir.
Tengku Amir mengambil kunci keretanya yang terletak di meja bersebelahan dengan katil. "Aku nak keluar. Kalau kau cuba nak mengadu dekat mummy dengan daddy pasal ni, siap lah" tanpa menunggu balasan dari Haslinda, Tengku Amir keluar daripada biliknya.
Haslinda mengigit bibir bawahnya. Menahan tangisan daripada keluar. Tetapi, air matanya masih lagi menurun. Dari setitik hinggalah menjadi lebat.
"Ya Allah! Kau berikanlah hambamu ini kekuatan..hiks..hiks.."
* * * * *
Di rumah Mummy daddy Tengku Amir...
"Aik! Pelik kamu datang sini malam-malam Amir" soal Datin Sri Hamidah melihat anak lelakinya yang Tiba-tiba datang ke rumahnya.
"Tak ada lah mummy. Amir rindu lah nak jumpa mummy. Mummy macam tak rindu dengan Amir je" soal Tengku Amir yang buat-buat nada sedih.
"Apa pula kamu fikir macam tu" kata Datin Sri Hamidah.
"Tak nak jemput Amir masuk ke?"
"Masuk lah wahai anakku yang disayangi" pelawa Datin Sri Hamidah dengan gurauan.
"Amboi! Perli nampak" balas Tengku Amir. Lalu tubuh mula memasuki rumah keluarganya.
"Mummy, Amir ingat nak tidur sini lah malam ni" beritahu Tengku Amir.
"Eh! Kamu nak tidur sini ke?" Soal Datin Sri Hamidah terkejut.
"Dah tu, mummy ingat Amir datang sini buat apa? Buat saja saja?" Balas Tengku Amir.
"Habis, isteri kamu tu tinggal dekat rumah macam tu je?" Soal Datin Sri Hamidah risau.
"Ala..pandai-pandai lah dia jaga diri dia tu" balas Tengku Amir bersahaja.
"Ke kamu berdua bergaduh?" Soal Datin Sri Hamidah yang dapat menangkap masalah anak menantunya.
"M-mana ada lah mummy. Amir baru je lepas balik dari office. Tu nak singgah sini jap. Bukan setakat singgah je, tidur pun kena singgah juga 😂" kata Tengku Amir dengan gurau kerana dia mahu mengelak soalan mummynya.
"Tapi kalau kamu baru je lepas balik office, patutnya kamu kena pakai pakaian office. Bukan macam ni, t-shirt dengan jeans bagai ni" balas sinis Datin Sri Hamidah menyebabkan Tengku Amir kehilangan kata.
"Betul kan kamu gaduh dengan Linda?" Soal Datin Sri Hamidah dengan Jelingan tajam..
Tengku Amir hanya membalas anggukan kepalanya. Suaranya sudah hilang. Air liurnya ditelan pahit.
"Kenapa kamu boleh bergaduh dengan isteri kamu? Mummy tengok kamu bukan main lagi suka usik dia. Tapi sekarang..."
"Salah perempuan tu mummy" pintas Tengku Amir serius.
![](https://img.wattpad.com/cover/92609463-288-k619262.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
Roman d'amourTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...