Masih di stadium Shah Alam..
"Mr.Adam right?" soal Haslinda pada Adam. Entah kenapa kedua-dua belah pipi gadis belasan tahun itu menjadi merah. Mungkin malu.
"Yes. Awak Haslinda kan?" Haslinda pantas mengangguk tanda mengiya. Bangga dapat berjumpa dengan jejaka idaman.
Manakala Aina mencebik. Masa macam ni lah kau nak menganggu. Padahal jumpa secara kebetulan je. Menyampah!
"Btw Haslinda, siapa gadis yang berada di belakang awak tu?" soal Adam yang melihat Aina. Jejaka cina muslim itu juga pernah melihat Aina di kedai kasut milik Tengku Amir Asyraf. Cuma dia tidak bertanyakan nama gadis itu.
Haslinda memusingkan kepalanya dan memandang Aina yang hanya berdiamkan diri sahaja. "This is my friend, Aina" Haslinda memperkenalkan Aina pada Adam.
"Assalamualaikum Aina. Saya Muhammad Adam Leong" Adam memperkenalkan dirinya tetapi dia tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Katanya, haram jika bersalam dengan orang yang bukan mahram baginya. Jadi, Adam hanya memberikan senyuman manis pada Aina.
"Waalaikumusalam. Ya. Ya. Kau dah tahu nama aku kan? So, aku tak payah nak memperkenalkan diri aku" balas Aina kasar.
Haslinda memandang Aina dengan kedua-dua matanya membulat. Sungguh kurang ajar sekali Aina ni. Lalu dicubit lengan kanan Aina.
"Aauuch! Woi! Sakit lah!" Aina mengosok kesan yang baru sahaja dicubit oleh Haslinda. Haslinda mengendahkan kata-kata Aina.
"En.Adam, saya minta maaf bagi pihak Aina. Dia memang macam tu." pinta Haslinda sambil menjeling tajam pada Aina.
"It's okay lah Linda. Tapi Aina, apa nama penuh awak?" soal Adam pada Aina.
"Nur Aina Farhah bt Muhammad Razman. Puas?" Adam mengangguk kepala dan memberikan senyuman manis. Sampai sebut nama ayah dia sekali. Amik kau Adam.
Haslinda mengelengkan kepala. Sabar saja lah dengan Aina ni. "En.Adam, apa kata kita duduk sama-sama. Lagipun En.Adam mesti penyokong Selangor kan? Tengok baju En.Adam pun saya dah tahu" pelawa Haslinda. Aina hanya mendiamkan diri. Dalam hati, dia ingin sahaja melarang Adam duduk bersama dengannya dan Haslinda. Tapi dibiarkan saja.
"Saya ok je itu pun kalau kawan awak tu izinkan. Sebab dia macam tak suka dekat saya je" ujar Adam yang melihat muka cemberut Aina. Adam tahu bahawa Aina mahu melarang duduk bersama dengan Haslinda dan Aina.
"Hmmm.. Whatever " Aina pantas meninggalkan mereka berdua dan menuju ke tempat duduk. Haslinda pula mempelawa Adam untuk duduk sebelahnya. Manakala Aina pula duduk di sebelah kiri Haslinda. Akhirnya perlawanan antara Selangor melawan Kedah telahpun bermula.
*****
Di rumah Amir...
"Uurgh! Kenyangnyaa.." sendawa Amir sambil mengosok-gosok perutnya tanda kekenyangan. Dalam dirinya telah mengucapkan terima kasih pada isterinya tetapi dihalang oleh disebabkan ego seorang lelaki.
"Pandai pula Minah tomboi ni masak. Setahu aku, perempuan tomboi ni kelakuannya macam lelaki. Tapi ni lain pula" ujar Amir. Amir akui yang dia silap menilai seorang wanita yang bersikap kasar seperti Haslinda.
"Daripada aku fikirkan Minah tu, lebih baik aku tengok TV" Lalu Amir mencapai alat kawalan TV dan astro sekali yang berada di atas meja. Dan TV berjenama Samsung mula dipaparkan. Paparan TV menunjukkan Amir sedang melayan cerita mat salleh, Supernatural S12.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...