Di tempat pembinaan...
"Bos, itu Dato sudah mari" beritahu buruh binaan yang warganegara Bangladesh itu.
Tengku Amir yang melihat rekaan pada kertas ditangannya segera mengangkat kepala memandang pekerja buruh itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Baiklah. Kamu boleh sambung kerja kamu". Kata Tengku Amir.
Pekerja itu menganggukkan kepalanya. Lalu, dia melangkah meninggalkan Tengku Amir yang sedang menggulung kertas itu.
Tengku Amir melangkah ke arah Dato' Fuad yang sedang melihat bangunan yang separuh siap itu. Lalu, ditegurnya Dato' Fuad "Apa khabar Dato? Dato sihat?" Soal Tengku Amir. Tangan kanannya dihulurkan pada Dato' Fuad.
Dato' Fuad sambut tangan kanan Tengku Amir untuk bersalam. "Baik saja. Saya tengok bangunan ni dari luar, nampak cantik sekali design dia" kata Dato' Fuad jujur. Selepas berjabat tangan, mata lelaki separuh abad itu melihat dalam bangunan.
"Terima kasih atas pujian Dato'. Saya sangat gembira kalau Dato' berkata begitu" ucap Tengku Amir. Matanya kembali melihat dalaman bangunan itu. "Mari Dato. Saya bawa Dato berjalan dalam bangunan ni" pelawa Tengku Amir.
Dato' Fuad hanya menganggukkan kepalanya. Lalu kakinya melangkah mengikut Tengku Amir.
Sedang mereka berdua berjalan di dalam bangunan, entah mana silap pekerja yang berada di dalam bangunan itu terlanggar dengan tong cat (?) sehingga jatuh dan menyebabkan cat itu terkena pada kasut hitam milik Dato' Fuad. Manakala Tengku Amir yang ternampak cairan (?) cat itu mengundur ke belakang sedikit.
Dato' Fuad yang melihat kakinya itu segera memarahi pekerja itu "WOI BANGLA!!" Marah Dato' Fuad. Disandangnya pekerja itu seperti mahu membunuhnya.
Pekerja itu hanya menundukkan kepalanya sahaja. Takut. Gementar ada dalam dirinya. Dia juga kenal orang yang bernama Dato' Fuad. Terkenal dengan sikap barannya.
"Ma-maafkan sa--saya Dato" pinta pekerja Bangladesh itu dengan menundukkan tubuhnya berkali-kali.
"KAU TAHU TAK KASUT AKU NI BERAPA RIBU!!. KAMU MAMPU KE NAK BAYAR?!! HAHH?!!" Kata Dato' Fuad bohong. Kemaafan (?) dari pekerja Bangladesh itu dia hiraukan. Yang penting adalah kasutnya yang beratus ringgit itu.
Tengku Amir mencebik. Penipu sahaja orang tua ni. Kasut sampai beratus saja. Kaki kencing betul orang tua ni. Gumamnya di dalam hati.
Tengku Amir yang merasa kasihan pada pekerja itu segera menyampuk 'pergaduhan' antara pekerjanya dengan Dato' Fuad "Dato, saya rasa baik kita teruskan perjalanan kita. Biar saya selesaikan dengan pekerja saya".
Dato' Fuad mendengus. Lalu dia melangkah meninggalkan Tengku Amir dang pekerja Bangladesh itu.
Tengku Amir memandang ke arah pekerja itu. Bahu pekerja ditepuk perlahan. Lalu dia memberikan Kata Kata semangat buat pekerjanya "kamu bersabarlah. Biasalah orang tua macam tu. Kamu boleh sambung kerja kamu"
"Terima kasih bos. Saya pergi dulu" pamit pekerja Bangladesh itu.
Tengku Amir juga melangkah meninggalkan pekerjanya. Kakinya melangkah menuju ke arah Dato' Fuad. Dalam dirinya menyumpah kerana orang tua itu. Perangai tak berubah-ubah.
* * * * *
Di cafe..
7:30 malam...
"Ada apa kau nak jumpa aku?" Soalnya Adam acuh tak acuh pada perempuan yang berada di hadapannya.
Perempuan di hadapan Adam hanya mengukirkan senyuman sinis. Kaki kanannya yang tidak berlapik itu mula bermain dengan kaki Adam yang berlapikan seluar hitam.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
RomanceTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...