Bab 29 - Bestfriend Forever

7.2K 261 7
                                    

Keesokan harinya..

"Haslinda, we need to talk" Tengku Amir berlari ke arah isterinya yang berlari ke arah pintu utama. Lengan kiri Haslinda terus dipautnya sehingga tubuh gadis itu berpusing menghadapnya.

"Bos, bos nak bincang apa lagi. Saya nak cepat pergi kerja ni" dalih Haslinda yang cuba menarik lengannya. Namun, usahanya sia-sia.

"But we need to talk First!!" Suara Tengku Amir kini kedengaran tinggi sedikit. Tangannya kuat menggenggam lengan kiri Haslinda. Matanya pula mencerlung tajam ke arah isterinya.

"B-bos, lepaskan tangan saya. Sa-sakit" pinta Haslinda dengan suara serak. Sakit pada lengannya hanya Allah yang tahu.

Tengku Amir mengendahkan suara-suara serak Haslinda. Tubuh kecil milik Haslinda ditolak ke arah dinding. Matanya memandang mata Haslinda. Tangannya yang memaut lengan Haslinda dilepaskan. Dan kedua-dua belah tangannya diletakkan pada sisi Haslinda seperti mengunci diri gadis itu.

Haslinda juga memandang mata Tengku Amir. Mereka berdua membalas pandangan sesama sendiri seperti mereka dapat menghantar mesej dari mata ke mata.

"Esok, pukul 7 petang, tunggu aku dekat rumah" selepas berbicara begitu, Tengku Amir melangkah keluar dari rumah meninggalkan Haslinda yang terkebil-kebil memandang tubuhnya.

'Apa yang dia nak esok'

* * * * *

Seorang perempuan yang berpakaian dress berlengan pendek dan separas peha menyilangkan kaki serta lengannya. Sambil dia menunggu seseorang, perempuan itu menghirupkan sedikit minuman berperisa kopi susu.

"Sorry buat you tertunggukan I" kata seorang lelaki tua itu. Selepas dia menarik kerusi, punggungnya dilabuhkan duduk di hadapan perempuan tersebut. Bibirnya terukir senyuman nakal pada perempuan itu. Seksi.

"It's okay Dato' Fuad. I call you ni sebab I nak you bekerjasama dengan I" kata perempuan itu.

Dahi Dato' Fuad berkerut dan bertanya "bekerjasama dengan you? What do you mean?"

Perempuan itu mula menyelongkar beg gucci mahalnya untuk mengeluarkan sesuatu, setelah dapat, perempuan itu mengeluarkan sampul surat itu dan dihempas di atas meja.

"Apa ni?" Soal Dato' Fuad yang telah mengambil sampul surat yang berwarna coklat cerah itu. Sampul surat itu dibelek.

"Cuba buka kalau you nak tengok isi dalam sampul surat tu" arah perempuan itu.

Dato' Fuad yang mendengar arahan perempuan itu membuka surat itu dengan pantas dan mengeluarkan isi-isi di dalam surat itu. Matanya membulat tatkala melihat gambar yang berada di tangannya.

Gambar Haslinda.

"Macam mana you boleh.." kata-kata Dato' Fuad dipintas oleh perempuan itu.

"Macam mana I boleh dapat gambar Haslinda or macam mana I tahu you suka Haslinda tu tak penting. Yang penting, you nak bekerjasama dengan I?" Kata perempuan itu dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.

Dato' Fuad seperti tertarik dengan pelawaan perempuan itu. Tetapi dia tidak tahu tujuan apa yang perempuan itu katakan "Boleh you bagitahu I apa yang you nak rancang sebenarnya?" Soal Dato' Fuad kesekian kalinya.

Perempuan itu masih mengukirkan senyuman sinis. Lalu dia jawab...

"Rancangan I adalah kita musnahkan rumahtangga Tengku Amir dan Haslinda. And bila rumahtangga mereka musnah, you boleh kahwin dengan Haslinda. I pula boleh kahwin dengan Tengku Amir. Macam mana?" Soal perempuan itu dengan sinis.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now