Part 52 - Terluka

8.3K 221 11
                                    

Bang...Bang...

Samad, Aiman dan Danial memandang ke arah pintu. Mata mereka bertiga terbeliak memang ada 4 pengawai polis dan Adam. Mereka bertiga lihat Jack sudah ditangkap dengan pengawai polis.

Adam memandang mereka bertiga. Dan matanya memandang ke arah Aina yang dalam keadaan separuh bogel. Matanya yang sepet tiba-tiba sahaja memandang ke arah Danial yang duduk di atas Aina.

Adam meluap melihat Danial yang duduk di atas Aina. Tanpa menunggu masa, Adam berlari ke arah mereka dan..

Bush!

Danial jatuh tersembam. Hujung Bibirnya mengeluarkan darah lalu dilapnya dengan ibu jari kiri.

"KAU SEMUA TELAH DIKEPUNG!" jerit pengawai polis pertama.

Bush!

"JANTAN TAK GUNA!! KAU BERANI SENTUH DIA!!!" Adam memandang sahaja Danial dengan perasaan meluap. Sakit hati melihat keadaan Aina yang hampir nazak.

"Encik Adam bawa bertenang. Tolong tangkap mereka!" arah pengawai polis sambil menenangkan keadaan Adam yang membara.

Adam melepaskan dirinya. Lalu jaket yang dipakainya ditanggalkan. Lalu dia menutup tubuh Aina yang separuh berbogel.

"Aina, bertahan Aina" sayu Adam melihat keadaan Aina. Dia mengelap sisa-sisa darah yang ada pada muka Aina. Air matanya yang jernih keluar. Dia tidak kuat melihat keadaan Aina.

"A...Dam. A..wak datang" balas Aina dengan tersekat-sekat. Dia tidak mampu mahu berbicara dengan keadaannya sebegini.

"shh..jangan cakap apa-apa. Awak sakit. hikss.." balas Adam sayu.

"Tak...ka..cak..lah..awak..mena..ngis" Aina mengangkat tangannya untuk menyeka air mata Adam.

Tetapi Adam capai tangan Aina. Matanya memandang mata Aina yang semakin layu.

"Awak jangan risau. Saya bawa awak pergi ambulans. Awak tak sihat ni" Tanpa menunggu masa, Adam pantas mencempung tubuh Aina dan di bawa ke arah ambulans.


*****

Situasi Haslinda...

"Akhirnya aku dapat juga kau sayang" kata Dato' Fuad dengan penuh bernafsu.

Screek!

Tangan besar Dato' Fuad dengan pantas mengoyak baju Haslinda sehingga menampakkan pakaian dalam Haslinda.

Dato' Fuad terliur melihat keputihan tubuh Haslinda yang mengalahkan tubuh Suzy. Lidahnya menjilat hujung bibirnya. Lalu mukanya didekatkan pada dada Haslinda.

Haslinda hanya pasrah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sudah tidak bermaya dalam keadaannya yang teruk dibelasah. Dia berdoa supaya ada orang menyelamatkan dia.

"Welcome to my world darling.."

BANG!!


*****



Situasi Tengku Amir..

"Saya rasa mereka ada di dalam bilik ni" kata Inspektor Sani pada rakan sekerjanya. "Bila saya kira sampai 3, saya nak Naufal tendang pintu ni" arah Inspektor Sani pada rakanya, Naufal.

Tengku Amir hanya melihat mereka sahaja.

Sampai kiraan 3, Naufal mula menendang pintu dengan kuat.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now