Bab 8 - Kekok

10.3K 307 11
                                    

Haslinda masih lagi tercegat begitu juga dengan Adam dan Amir. Memandang antara satu sama lain.

"Errr...." Haslinda tidak tahu mahu berbual tentang apa pada Adam dan Amir.

"Haslinda, awak buat apa dekat sini?" soal Adam yang menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Jap! Jap! Kau kenal ke dengan dia ni?" soal Amir dengan jari telunjuk kirinya ditujukan pada Haslinda.

"Of course I know her. So Haslinda, what are you doing here? And do you know Amir?" bertubi-tubi dalam Adam ditujukan pada Haslinda.

Amir menurun dari tangga dan melangkah ke arah Haslinda. Dipeluk bahu Haslinda.

"Kalau kau nak tahu, Haslinda ni sebenarnya..." percakapan Amir pantas dipotong oleh Haslinda.

"Sebenarnya saya ni adik dia!" pintas sahaja Haslinda membalas.

Adam yang mendengar jawapan dari Haslinda sudah melepaskan nafas lega. Dalam hatinya mula menyangka bahawa Haslinda ada hubungan dengan Amir.

Manakala Amir mendiamkan diri. Entah kenapa hatinya berasa sakit apabila Haslinda membalas seperti itu. Seperti hatinya di robek. Tetapi dibuang perasaan itu.

"A-ah. She's my younger sister, Haslinda" Amir menjawab dengan suara yang bergetar.

"Ooo..aku ingat kau dengan Haslinda ada hubungan like husband and wife. Tapi bukan kau kata kau tak ada adik ke? Setahu aku, kau ni anak tunggal" balas Adam curiga.

Haslinda hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya sudah mengutuk dirinya sendiri. Kenapa perkataan 'adik' keluar dari mulutnya.

"Saja nak buat surprise dekat kau. Dan SURPRISE!" Amir mendepakan tangannya membuat gaya seperti memberikan kejutan.

Haslinda menghela nafas lega. Manakala Adam mengangguk kepalanya tanda mengiya. Adam mula mempercayai kata-kata Amir.

"Adam nak minum apa-apa? Saya boleh buatkan air untuk Adam😁" sapa Haslinda dengan sopan pada Adam.

Amir mencebik dari belakang Haslinda. Bukan main baik lagi kau layan si Adam tu. Perempuan semua sama je. Monolog Amir berkata sebegitu.

"Tak apa lah Linda. Saya pun dah nak balik dah ni. Lain kali lah ya" Adam menolak pelawaan Haslinda secara lembut.

Haslinda mengangguk kepala tanda faham. Walhal dalam hati dia ingin berborak dengan jejaka cina muslim itu.

"Bro, aku chaw dulu tau. Assalamualaikum" Adam mula memasuki kereta miliknya selepas keluar dari rumah Amir.

"Waalaikumusalam" balas Amir dan Haslinda secara serentak. Selepas kereta Adam meninggalkan rumah Amir, mereka berdua mula memasuki rumah.

"Kau bukan baik lagi layan si Adam tu" ujar Amir dengan nada tidak puas hati.

Haslinda memandang Amir dengan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haslinda menanggalkan pin-pin tudung yang tersarung pada kedua-dua bahunya "Dia kan tetamu. Kena lah layan baik-baik"

Amir menjeling tajam pada Haslinda. Entah kenapa jejaka sado itu tidak suka jika Haslinda rapat dengan sahabatnya.

"What ever. Btw, kenapa kau kata yang kau ni adik aku?" soal Amir. Nada tidak puas hati juga ada di dalam hatinya.

"Adam tu kan kawan bos. Kawan bos tu pula sama kaya dengan bos. Kan nanti dia bagitahu dekat wartawan. Siapa yang susah? Kita juga yang susah. Betul tak bos?" balas Haslinda dengan kening kanan yang dijongket ke atas.

Apa yang dikatakan oleh Haslinda adakalanya betul. Adam memang suka hebohkan perkara yang remeh.

Pernah semasa zaman universiti, Amir berasa malu apabila Adam menghebohkan video di mana dia dirakam menari tarian balet di rumah sewanya. Entah macam mana Adam merakam video itu.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now