Hello readers! Author telah kembali.
Maaf buat readers yang ternanti-nantikan sambungan cerita ini. Itu sebab author ada final exam. Esok pun ada lagi. Tapi mungkin last exam.
Btw, enjoy this story 👍
****
Situasi Adam..
Adam mengedipkan kedua-dua belah matanya apabila terasa cahaya matahari menebusi matanya. Lalu terjaga daripada tidur.
"Aku dekat mana ni?" soal dirinya sendiri dalam bahasa cinanya. Jejaka cina itu melihat persekitaran bilik asing baginya. Lalu dia mengangkat sedikit selimut yang menutupi dirinya. Kedua-dua bola mata membesar apabila melihat dirinya yang tidak berpakaian.
"Apa yang---" Adam terkelu apabila melihat tubuh seorang wanita yang juga tidak berpakaian tidur bersebelahannya. Tersenyum sinis terukir pada bibir nipisnya.
Mana taknya, semalam jejaka cina itu pergi ke kelab untuk menenangkan fikirannya yang sedang serabut memikirkan tentang hubungan Haslinda dan Tengku Amir. Sampaikan Adam tidak sedar yang dia terminum air kencing syaitan. Adam tahu itu haram disisi islam tetapi demi ingin menenangkan fikiran, dia sanggup ambil minuman itu dan tidur dengan pelacur.
Adam sudah kembali ke zaman jahilnya sebelum memasuki islam.
"Bitch!" Adam bingkas bangun daripada pembaringan dan mula memakai pakaiannya yang bertaburan di atas lantai.
"WOI!! BANGUN!!" Adam mengejutkan wanita yang masih lagi terlena dengan kasar setelah dia memakai pakaiannya semula.
Wanita yang terasa tidurnya diganggu membukakan kedua-dua matanya sedikit untuk melihat orang yang menganggu lenanya.
"Ohh baby. You nak apa? Nak rasa I lagi ke?" soal wanita dengan nada yang menggoda. Dia membangunkan tubuhnya dan bersandar pada kepala katil. Ditarik selimut untuk menutupi tubuhnya.
Adam berdecit sinis. Jejaka itu ambil dompet coklatnya yang terletak pada meja tepi katil. Lalu, Adam keluarkan wang kertas RM100 sebanyak 10 keping dan dicampakkan duit itu pada wanita di hadapannya.
"Ambil duit kau ni. Lagipun, kau punya tu longgar. Tak menarik bagi aku. Dasar pelacur" kata Adam kasar.
Kedua-dua kaki Adam bergerak ke arah pintu bilik dan tubuhnya mula keluar daripada bilik tersebut. Apabila Adam keluar daripada bilik itu, dia tahu yang dia kini berada di hotel 5 Bintang.
Wanita itu mengetap gigi apabila Adam berkata sebegitu "lantak dia lah. Dah lah sebut nama Haslinda. Aku dah cakap dengan dia nama aku Sally. Menyampah pula aku" omel Sally. Sepanjang mereka berdua berasmara, Adam asyik menyeru nama Haslinda seperti Haslinda itu miliknya.
"But it's okay. Yang penting, aku dah dapat duit" Sally mengambil wang yang bertaburan itu dan disimpan wang itu dalam beg mahalnya.
***
Di Johor..Setelah daftar masuk bilik hotel, Tengku Amir menolak beg bagasi hitamnya ke dalam bilik hotel. Lalu, jejaka itu merebahkan tubuhnya ke atas katil yang empuk.
"Lembut juga katil ni" Tengku Amir menguis-nguis katil putih bersaiz king itu dengan kedua-dua lengannya. Kepalanya beralaskan dengan kedua-dua tapak tangan. Kedua-dua mata Tengku Amir terasa ingin dilelapkan.
Tok! Tok! Tok!
Tengku Amir membuka semula kedua-dua matanya apabila terdengar ketukan pintu dari luar.
YOU ARE READING
Mr. Tengku Miss Tomboy (C)
Lãng mạnTengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelakuan seperti lelaki tetapi dalam dirinya mempunyai sikap keperempuanan seperti memasak dan menjahit...