Bab 33 - Balik Kampung

7.4K 247 2
                                    

Kring! Kring! Kring!

Haslinda meraba-raba meja bersebelahan dengan katil apabila telinganya menangkap bunyi jam loceng. Setelah tangannya mencapai jam loceng yang berdigital itu, Haslinda menghentak jam itu bagi memberhentikan bunyi jam. Haslinda menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Mulutnya mengucap bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Kedua-dua mata Haslinda digosok dengan perlahan bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kepalanya tersengguk-sengguk apabila dia seperti mahu menyambung tidur. Namun rasa ingin tidurnya dibuang jauh kerana sudah pagi. Jam loceng yang berada disebelah diambil malas dan matanya melihat jam tersebut.

07:30

Mata Haslinda membentang melihat jam. Haslinda tahu bawahnya dia sudah terlepas waktu subuh.

"Allahhuakbar" Haslinda bingkas bangkit dari katil. Tangannya pantas mencapai tuala yang tersangkut pada kaki katil dan kakinya berlari ke arah bilik air. Gadis itu tahu yang dia sudah lambat mengejutkan Tengku Amir serta membuat sarapan buat suaminya.


* * * * *

Setelah 15 minit membersihkan dirinya, Haslinda berlari ke arah bilik Tengku Amir. Tanpa meminta izin, Haslinda memulas tombol pintu itu dan menerjah memasuki bilik suaminya.

"Aik? Kosong?" Haslinda memandang bilik Tengku Amir yang kosong dan katil sudah dikemas.

Langkah Haslinda menuju ke arah katil. Kepalanya di angguk-angguk. Rasa kagum melihat cadar katil yang di kemas.

"Mungkin dia dah pergi kerja kot" bicara Haslinda sendirian. Kedua-dua belah bahu dijungkit (?) ke atas. Kakinya melangkah keluar daripada bilik suaminya dan menuju ke arah meja makan.

Sampai sahaja di meja makan, mata Haslinda memandang spaghetti Bolognese dan secawan teh panas yang terhidang di atas meja. Dan mata Haslinda memandang sekeping kertas memo terlekat pada meja. Lalu dicapai kertas memo itu dan membacanya.

To my beauty wife.

This spaghetti Bolognese and a cup of tea for you. And I would like to say thank you for a dance and a kissing yesterday.

From your handsome husband

Mr.Tengku Amir

"Sempat lagi bos ingatkan aku pasal semalam" kata Haslinda dengan geram.

Bibir Haslinda mengukirkan senyuman apabila membaca memo itu. Tiba-tiba sahaja dalam kepalanya teringatkan akan tarian dan ciuman yang diberikan oleh Tengku Amir semalam seperti pita video. Pantas sahaja kepalanya digelengkan bagi membuang perkara-perkara semalam.

"Haiish. Tolong buang jauh-jauh. Aku tak nak ingat pasal semalam" Haslinda mengetuk kepala perlahan untuk dia melupakan perkara sayang semalam. Mulutnya beberapa kali mengulangi perkataan 'buang'. Dan dia rasa kedua-dua belah pipinya membahang.

Namun rasa malunya tiba-tiba hilang bila matanya memandang spageti dan teh panas yang terhidang di atas meja. Bibirnya sekali lagi mengukirkan senyuman sampai ke telinga.

"Sekurang-kurangnya bos ada perasaan care pasal aku" ujar Haslinda yang mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Dan dia menjamah sarapan pagi yang dibuat oleh Tengku Amir.

Mr. Tengku Miss Tomboy (C)Where stories live. Discover now