Bab 1

157 12 0
                                    

"Kim Haera ppali iroena!!!" Suara abangku menggegar rumah kondominium milik kami.

"Aishh!! Kejaplah oppa. Haera ngantuk lagi lah." Kataku seraya menutup kembali mataku yang berat ini.

"Takde nanti-nanti. Oppa nak Haera bangun sekarang! Harini kan first day Haera kerja. Takkan hari first day kerja dah lambat. Kena jaga reputasi bla bla bla....." abangku mula membebel gaya mak nenek. Semua bebelannya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku berjalan kearahnya sambil menutup telinga tanda tak nak dengar. Aku menutup mulutnya menggunakan jari telunjukku.

"Shhh. Haera bersiap sekarang. Oppa jebal jangan membebel lagi." Kataku dan berjalan menuju ke bilik air.

Oppaku hanya menjeling. Dia sudah masak dengan perangai aku. Aku satu-satunya adik dia. Mungkin sebab tu dia tak pernah berkasar dengan aku. Mungkinlah~

Ok biar aku perkenalkan diri. Nama aku Kim Hae Ra. Panggil aku Haera je. Aku heroin dalam fanfic ni. Muka aku? Macam kat media tu. Lawa kan? Jangan salah sangka ok. Aku ni nampak je gedik tapi sebenarnya aku ni kasar. Umur aku 24 tahun.

Yang tadi tu oppa aku. Nama dia Kim Namjoon. Umur dia 26 tahun. Dah tua dah dia tapi still takde yeojachingu. Maybe sebab dia kuat membebel kot tu yang ramai perempuan tak minat dia.

"Haera, kau buat toilet ke mandi? Kenapa lama sangat?" Suara oppa membuatkan aku berhenti mengelamun. Eyy orang tua ni memang suka membantutkan mood berangan aku.

"Yelah. Kejap lagi Haera keluar" kataku dan segera menyudahkan sesi pembersihan diri. Aku mengenakan uniform kerjaku. "Emm nampak segak" kata hati kecilku dan kemudian aku keluar untuk bersarapan.

"Morning oppa" aku mengucup pipi Namjoon seperti biasa. Aku sudah terbiasa memberi kucupan di pipi Namjoon  pada setiap pagi. Mungkin sebab aku dah diajar oleh omma untuk mencium oppa setiap pagi.

"Morning Haera. Cepat sarapan. Nanti terlambat" kata Namjoon sambil tangannya menuang kopi di cawanku. Oppa memang sweet!

"Nae, Captain Oppa!" Oppa hanya tersenyum dengan keletahku. Almaklumlah dah 24 tahun hidup bersama. Suka duka dihadapi bersama. Kadang-kadang tidur pun sekatil.(Jangan salah faham. Maksudnya, sebilik tapi tak sekatil)

Selesai sahaja bersarapan kami pun keluar. Oppa menghantarku ke tempat kerja. Ok sebenarnya kami kerja di tempat yang sama. Jap, tempat yang sama? Ok sini aku bagitau. Sebenarnya aku ni pon pilot. Tapi harini aku baru nak melapor diri. Oppa aku ni dah 3 tahun jadi pilot so dia sunbaenim aku.

Kami tiba di airport sejam sebelum masa aku melapor diri. Oppa ni yang beria-ria hantar aku awal. Kan aku yang mereput sekarang ni. Sementara aku menunggu untuk melapor diri, aku berjalan-jalan di sekitar kawasan airport ini.

Aku tertarik dengan papan senarai nama pilot yang bertugas hari ini. Kim Namjoon, Jeon Jungkook, Jung Hoseok dan... Min Yoongi. Eh? Min Yoongi. Aku terkejut melihat nama yang tertera itu. Yoongi lain kot. Aku cuba untuk berhusnuszon.

Aku melihat jam di tanganku. Ok ada lagi 15 minit. Bolelah aku pergi ke pejabat untuk melapor diri.

Aku masuk ke pejabat tersebut. Kelihatan beberapa pilot baru sudah sedia menunggu. Mak aih awalnya. Excited bebenor ni. Mereka memandang aku dengan  pandangan yang pelik. Mungkin sebab jantina aku kot.

Aku mengambil tempat bersebelahan dengan seorang namja yang boleh tahan handsome. Emm oppa lagi hensem.

"Annyeong. Mark imnida" dia memperkenalkan dirinya dan tersenyum. Aku membalas senyumannya. Eh tiba-tiba hensem pulak mamat ni.

Belum sempat aku hendak memperkenalkan diriku dengan si dia, ketua pilot pon muncul. Eish pakcik ni keluar salah timing lah.

Dia melihat profile kami sebelum mengarahkan kami untuk memperkenalkan diri. Mereka memperkenalkan diri satu persatu. Aku hanya mengangguk konon-kononnya faham tapi sebenarnya aku tak dengar pon diorang cakap apa.

Kini tibalah giliran aku memperkenalkan diri. "Annyeonghaseyo, Kim Hae Ra imnida" kataku dan menunduk tanda hormat.

Ketua pilot yang memakai tag nama Kim Junmyeon mengangguk setelah kami menghabiskan sesi ice breaking.

"Ok saya tak nak cakap banyak. Saya akan terangkan tugas kamu. Seperti yang kamu sedia maklum, newbie takkan dibenarkan untuk memandu kapal terbang sendirian tanpa sunbae. Kamu hanya menjadi co-pilot dalam tempoh setahun. Prestasi kamu dinilai melalui ini. Jika prestasi kamu baik, dalam tempoh setahun, kamu bolelah memandu kapal terbang tanpa sunbae." Terangnya panjang lebar.

Sesudah sahaja sesi taklimat, kami diberikan sehelai kertas terkandung nama sunbae yang akan bertugas dengan kami. Aku melihat jadualku dan aku menggeleng kepala.

Aku bertugas dengan Min Yoongi! Dalam hatiku, aku berharap dia bukan Min Yoongi yang aku pernah kenal dulu. Tuhan, tolonglah jangan.

TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now