Bab 22

62 6 2
                                    

3 hari yang sepatutnya menjadi hari yang menyeronokkan kini tinggal menjadi angan-angan selepas insiden Yoongi memarahiku.

Aku tak sedih sama sekali bila Yoongi memarahiku. Aku ulangi, TAK SEDIH SAMA SEKALI. Aku cuma terkejut bila dia cakap dia suka aku. Seriously, Yoongi suka aku? Pftt gila agaknya mamat tu.

"Haera" Yoongi menegurku.

Aku tersentak dengan tegurannya. Pandangan kosong aku berikan kepadanya. "Kenapa?"

"Kau lupakan je lah apa yang aku cakap haritu"

"Pasal apa? Yang mana?" Aku berpura-pura lupa.

"Alaa pasal.. lupakan je lah" Yoongi kembali fokus mengendali pesawat.

"Okay" aku membalas sepatah sebelum menyambung pekerjaanku.

Akhirnya kami tiba di bumi Korea tepat pada pukul 12.00 malam. Suasana di airport ini agak lengang memandangkan sudah larut malam. Luggage ku ambil dan langkahku laju menuju ke luar airport berharap Namjoon sudah sedia menungguku.

Sambil itu, aku bermain bersama telefonku. Aku perasan akan satu pesanan ringkas yang ku terima sejam yang lalu. Nama Namjoon tertera pada skrin.

My Oppa Namjoonie 💕

"Haera mianhae. Oppa tak bole nak jemput kamu. Ada emergency flight. Oppa kena bertugas gantikan Hoseok sebab ayah dia meninggal. Haera balik naik teksi okay."

What? Okay kenapa aku baru baca sekarang? Mana aku nak cari teksi memalam buta ni? Akhirnya aku duduk di sebuah kerusi yang disediakan oleh pihak airport.

Nak balik naik Yoongi? No! Yoongi awal-awal lagi dah balik. Katanya nak pergi Busan dengan Jungkook and family. Siapa lagi boleh bantu aku?

"Mark" automatik nama itu terpacul dari mulutku.

Aku baru berura-ura mahu menelefon Mark tetapi niatku terbatal apabila melihat kereta Mark diparkir di hadapan pintu utama airport.

"Mark !" Aku melaung nama Mark yang kebetulannya baru keluar dari perut kereta dan seperti mencari seseorang.

"Haera!" Dia membelas launganku. Semua yang berada di airport melihat adegan kami yang sibuk membalas laungan dengan laungan. Eleh macam tak pernah jerit nama orang kat public je.

Dengan segera, aku berlari ke arah Mark namun malang sekali apabila kakiku tersadung bendul dan akhirnya aku jatuh terjelopok di khalayak ramai. Sekali lagi, aksi aku menjadi tumpuan pengunjung airport. Adehh malunya.

Mark meluru ke arahku dan menolong aku untuk bangun. Aku mengesat bajuku yang terkena habuk lantai.

"Awak ni, kenapa berlari? Kan dah jatuh. Saya tak lari lah" Mark memarahiku.

Aku menunduk tanda bersalah. "Saya cuma excited bila awak datang. Saya minta maaf sebab susahkan awak" air mataku sudah bertakung di tubir mata namun ku tahan dari mengalir keluar. Entah kenapa, kalau dengan Mark, aku rasa cepat sangat nak menangis. Kalau dengan Yoongi, dia marah aku, aku marah dia balik.

"Jom saya hantar awak balik. Mana luggage awak? Meh sini saya tolong bawak" kata Mark lembut.

Tanpa membantah, aku memberikan luggage kepada Mark. Mark. Dia jauh berbeza dengan Yoongi. Dia selalu layan aku baik, tak pernah tinggikan suara kat aku kecuali tadi. Tadi tu first time. Dia sangat gentleman and caring orangnya. Senang cerita, dia ni idaman awek awek kat luar sana.

"Haera?" Mark menyapa ku lembut.

"Huh?"

"Menung apa tu? Saya dah masukkan luggage awak dalam kereta. Awak, takkan saya nak masukkan jugak?" Mark berseloroh.

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now