Perfume, check. Baju, check. Kasut, check. Duit, double check. Nampaknya semua barang yang diperlukan semasa di Paris telahpun aku siapkan. Wuhuu seronoknya. Walaupun aku pergi cuma 3 hari, tapi tetap boleh enjoy en.
Aku mengerling ke arah jam. Pukul 12.00 dah. Tapi mana Yoongi? Kata nak ambil aku pukul 11.30. Tapi sekarang dah pukul 12.00 jangan kata batang hidung, aura kegelapan dia pun aku tak nampak tau.
"Brtt brtt" iPhoneku bervibrate. Siapa pulak yang call ni? Aku segera mengangkat panggilan. Aku tak suka buat orang tertunggu-tunggu.
"Hello. Ok aku turun sekarang" aku segera mengambil luggage dan menuju ke arah pintu. Takku lupa untuk memberikan pesanan kepada Taehyung untuk menjaga rumah harini memandangkan Namjoon juga sedang bertugas di luar negara untuk beberapa hari.
"Take care Haera" pesan Taehyung.
"Nae" jawabku sebelum berlari menuju ke lif. Aku taknak terlewat!
Sampai sahaja di parking lot, aku nampak Yoongi bersandar di keretanya. Tapi kenapa hari ni dia nampak sangat hawt? Fuhh reciks jugak dia ni. Huh kawal perasaan anda Haera. Jangan cair dulu. Kalau kau cair, Mark macam mana?
"Hye. Sorry lambat" aku menundukkan badan 90° tanda hormat. 90° beb. Bukan senang aku nak tunduk hormat 90° kat depan orang yang tua sedikit dari aku.
"Takpe. Aku pun baru sampai. Tak sempat nak tarik nafas lagi" kata Yoongi.
Aik? Kenapa dia baik hari ni? Tak marah pun. Biasanya pantang kalau aku terlewat sikit, nanti mulalah nak membebel tak tentu arah. Dia dengan adik dia, si Mary tu sama je. Macam mana ntah si Jungkook tu boleh sangkut kat Mary.
Okay back to story. Nanti aku kena kecam pulak sebab mention Mary dengan Jungkook.
"Dah naik kereta cepat. Beg kau biar aku yang masukkan kat bonet" Yoongi telah mengeluarkan perintahnya dan aku hanya menuruti tanpa bantahan.
___________________SKIP__________________
Finally! Paris. Aku baru sahaja nak berlari masuk ke dalam bangunan airport tetapi bajuku ditarik oleh seseorang. Siapakah makhluk durjana yang menarik uniform mahalku ini?
"Tunggu aku lah makcik" Yoongi membuat muka tak bersalah.
Aku mulai cemberut. Eyy atok Yoongi ni lambatlah. Aku dah excited ni tapi dia boleh pulak jalan terkedek-kedek macam siput oink oink. Eh siput oink oink berjalan ke mengesot? Lantaklah bukan kena mengena dengan life aku.
"Pegang tangan aku" arahnya.
What? Pegang tangan dia? Tak kanlah aku mencemarkan tangan suci mulus milikku ini semata-mata nak pegang tangan dia.
"Taknak" aku menolak.
"Degil lah kau ni" dengan pantas Yoongi memegang tangan aku dengan erat dan kemas. Dehel?
"Jangan lepaskan tangan aku kalau kau taknak hilang" kata Yoongi
Aku mulai kehairanan. Apa kena mengena pegang tangan kalau taknak hilang? Aku baru sahaja mahu membuka mulut untuk bertanyakan kepada Yoongi namun aku hanya menyimpan hasrat tersebut. Layankan jelah si Yoongi ni.
Akhirnya kami masuk ke bangunan airport. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat begitu ramai manusia dekat dalam airport ni. Hey makhluk-makhluk sekalian, korang nak pergi mana je sebenarnya?
"Dah faham kan kenapa aku suruh kau pegang tangan aku? " Yoongi memandangku sambil memberikan senyuman sinis.
Huh! Menyampah lah dengan perangai annoy dia ni -_-
Yoongi menarik tanganku untuk menuju ke sebuah teksi yang sedang menunggu di platformnya.
"Hilton hotel" Yoongi memberikan arahan.

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...