Yoongi POV
Pemanduanku agak terganggu pada hari ini. Kepala aku asyik teringatkan Haera je. Kenapa aku rasa macam sakit hati bila nampak dia dengan Mark?
Kejap. Ni ke yang dinamakan cemburu? Omaigad Yoongi kau cemburu ke? Ataupun ni tanda-tanda awal aku akan sila meninggal?
Tak boleh jadi ni. Aku kena berjumpa dengan pakar hati dan perasaan. Aku menyambungkan talian ke kereta (ala yg macam kat movie korea tu. Yg nnti ada mamat tu nak call awek dia pastu dia sambung kat kereta)
"Hello Jungkookie. Kau ada kat rumah tak? Aku nak singgah" kataku sebelum mematikan panggilan.
Dengan segera aku membuat U-Turn dan menuju ke rumah Jungkook.
__________________ SKIP _________________
"Ting tong" aku membunyikan loceng rumah Jungkook. Dah berkurun aku tunggu depan rumah dia, tapi tak jugak ada tanda-tanda dia akan membuka pintu.
"Mana pulak budak kecik ni?" Bebelku sendirian.
Tak lama kemudian Jungkook pun membuka pintu rumahnya. Dia tersenyum dan menampakkan gigi bunnynya yang arghh kyaaaa so cute.
"Aku ingat kau taknak bukak pintu tadi. Penat aku tunggu" perliku dan kemudiannya melangkah masuk ke kediaman milik Jungkook.
"Mianhae hyung. Tadi Kookie tidurkan Haneul. Dengan Kookie sekali tertidur" dia menggosok tengkuknya. Mukanya mempamerkan muka bersalah.
Aku tersenyum. Kadang-kadang aku ada rasa cemburu dengan Jungkook, adik iparku. Yelah umur baru menginjak 25 tahun tapi dah berkerjaya dan berkeluarga. Tapi aku? Hmm redha nasib malang cemni.
"Gwenchanayo. By the way mana Mary? Tak nampak pun bayang budak gedik tu." Tanyaku kehairanan.
"Mary takde. Dia keluar beli barang. Kejap lagi baliklah" ujarnya.
Aku mengangguk tanda faham. Rasanya macam dah lama tak jejak rumah ni. Padahal baru je 2 minggu lepas aku datang kat rumah ni semata-mata nak bermain dengan Haneul.
"Hyung ni ada apa-apa ke tetiba je datang sini?" Tanya Kookie.
"Aik? Datang rumah adik ipar sendiri pun salah ke?" Aku agak terasa seperti dihalau apabila Jungkook bertanya sebegitu rupa.
"Tak salah pun. Kookie lagi suka sebenarnya. Maklumlah Mary pun selalu takde sebab busy dengan business baru dia. Haneul pun, kalau omma dia takde kat rumah dia mesti tidur. So Kookie bosan." Kata Jungkook kepadaku.
Aku mendengar cerita Jungkook dengan tekun. Kesian Jungkook. Kerjayanya sebagai pilot membuatkan dia jarang meluangkan masa bersama anak dan isterinya. Tapi nak buat macam mana. Dah kerja dia macam tu, so kenalah terima dengan hati yang terbuka.
"Baik hyung cakap betul-betul dengan Kookie. Hyung ada masalah hati dan perasaan ke?" Tebak Jungkook.
"Macam mana Kookie tahu ni? Kau ni ada membela ke apa?" Tuduhku.
"C'mon hyung. This is Jungkook. The international playboy--' Jungkook tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila dia terasa telinganya seperti dipiat oleh seseorang.
Mataku tertumpu kepada tubuh seseorang. Uhukk Min Mary! Bila dia sampai ni? Kenapa aku tak perasan langsung dia dah masuk rumah? Dia ni adik aku ke hantu kak limah?
"Apa awak cakap? Cuba ulang sekali lagi. International apa?" Kata Mary. Tangannya masih tidak melepaskan telinga Jungkook. Kesian aku tengok keadaan adik ipar aku ni.
"Eh chagi bila balik? Kenapa saya tak dengar orang bukak pintu pun?" Jungkook mengubah topik.
"Dah lama saya tercegat kat belakang korang berdua ni. Ha ni lah padah bukak tv kuat-kuat lepastu bercerita tak tengok sekeliling. Kalau rumah kena pecah masuk perompak pun tak perasan" Mary telah mengeluarkan peluru berpandunya.
Aku memandang Jungkook dan Jungkook memandang aku. Kami mengangguk sebelum akhirnya kami menutup telinga dan bersiul. Malas nak dengar adik aku membebel.
"PAK" tiba-tiba rasa dahiku kebas akibat daripada pukulan adikku yang mendarat di dahi.
"Yah kenapa pukul oppa?" Marahku.
"Korang berdua ni sama je. Punyalah Mary membebel tapi korang boleh pulak tak dengar" bebel Mary lagi.
"Chagi, tak penat ke membebel? Daripada chagi membebel, baik buat air untuk kesayangan chagi ni dengan Yoongi hyung sekali." Kata Jungkook.
Akhirnya Mary pun pergi ke dapur untuk membuat air. Gomawo Jungkook. Kaulah penyelamat dikala kesusahan.
"Ha hyung tak jawab lagi soalan Kookie. Hyung ada masalah hati dan perasaan ke?" Soal Jungkook.
Ye tak ye jugak eh. Aku hampir terlupa dengan tujuan asal aku ke sini. Aku segera menceritakan perihal Haera dan Mark berserta apa yang aku rasa sekarang ni.
"Berdasarkan cerita hyung, Kookie dapat rasakan yang sebenarnya hyung cintakan Haera. Tapi hyung cuma tak pasti dengan perasaan sendiri" Jungkook membuat telahannya.
"Kau serius ke Kookie? Takkanlah hyung suka dia kot. Dia dahlah ganas, gelojoh--"
"Hyung, perasaan cinta ni tak mengenal rupa tau. Macam Kookie dengan Mary. Walaupun Mary ni ganas, sedikit tak berperikemanusiaan, berhati batu, masak tak berapa nak menjadi tapi Kookie tetap sayangkan dia. Sebab apa? Sebab cinta tak kenal rupa, hyung. Cinta tu buta" kata Jungkook berjela.
Ceh budak kecik ni kalau bercerita pasal cinta, sentiasa win lah. Kejap, kenapa aku rasa macam ada aura hitam je dekat sini. Biasanya aura hitam ni wujud bila Mary marah--
"Yah! Sampai hati Kookie cakap Mary masak tak jadi. At least I try okay. I ada effort nak masakkan untuk chagi walaupun rasa dia diakui sangatlah tak sedap" kata Mary.
"Mianhae chagi. Tak bermaksud pun nak kutuk. Terkutuk je. I'm sorry okay my baby honey?" Pujuk Jungkook.
Euww aku sorang je ke yang rasa nak muntah pelangi kat sini? I bet readers pon mesti rasa nak muntah pelangi baca benda ni.
"Okaylah hyung nak balik. Geli pulak tengok drama korea korang ni. Korang sambung lah balik drama tu" ujarku seraya bangun dari tempat duduk.
"Eh oppa kejapnya datang. At least rasalah air yang Mary buat ni. Penat Mary buat dengan penuh kasih sayang"
Nak tak nak aku kena jugak minum air ni. Sebenarnya aku balik pun sebab nak elak dari minum air si Mary ni. Air dia tak sedap langsung. Aku meminum seteguk kemudian..
"Puih! Mary oi, kau tau tak beza garam dengan gula? Bapak ah tak sedap sia" kataku sebelum berlalu pergi meninggalkan pasangan yang terlebih manis nak buat aku muntah darah + muntah pelangi.
Agak-agak aku dengan Haera ada chance tak nak bersweet-sweet macam tu? Eihh apa kau pikir ni Yoongi.
Sepanjang pemanduanku, fikiranku asyik terngiang-ngiang kata-kata Jungkook. Memang cinta tu buta. Buta sampai aku tak nampak aku hampir nak terlanggar seseorang. Wait. What? Nak terlanggar seseorang? Aku segera membrek kenderaan.
"Woi nak melintas tu tak--" kata-kataku mati apabila dia memandangku.
TBC~

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...