Bab 12

56 10 0
                                    

"Jimin ada datang kacau kau ke tadi?" Pertanyaan Yoongi membuatkan aku terkedu.

"Takde. Mana ada" tipu aku kepada Yoongi.

"Tipu tak agak-agak. Tadi aku terserempak dengan dia masa kat hotel. Dia follow aku dari belakang tapi dia tak perasan yang aku tau dia follow aku" terang Yoongi kepada aku.

"Ooooohhhhh" mulutku membentuk bentuk O.

"Kalau dia ada kacau life kau lagi, bagitau aku tak pun bagitau Namjoon." Kata Yoongi lagi. Dia masih fokus ketika mengendalikan pesawat.

"Kenapa aku kena bagitau kau pulak? Soalku kehairanan

Yoongi senyap seketika. Soalan aku dibiarkan tanpa jawapan. Aku masih tidak berpuas hati apabila soalanku tidak dijawab.

"Yoongi-ah kau pekak ke. Aku tanya ni. Kenapa kau--" aku berhenti bercakap apabila Yoongi memberikan aku pandangan maut.

"Boleh diam tak. Aku tengah fokus kendalikan pesawat ni. Kau tau kan kita bawak ramai penumpang. Kalau terhempas macam mana?" Soalnya dalam nada yang sangat serius.

Aku mencebik apabila Yoongi memarahiku. Akhirnya aku senyap sepanjang perjalanan. Segala pertanyaan dan arahan Yoongi aku hanya membalas dengan anggukan atau gelengan.

____________________ SKIP __________________

"Yah Kim Haera! Jalan tu tunggulah aku" dari jauh terdengar laungan Yoongi memanggilku. Aku hanya mengendahkan panggilannya.

Tiba-tiba aku rasa seperti tanganku direntap kasar oleh seseorang. Apabila aku pusing belakang, kelihatan Yoongi sedang melepaskan lelah setelah mengejarku sambil memegang erat tanganku.

"Huh semput aku kejar kau. Jalan tu tak boleh tunggu aku ke?" Yoongi masih lagi lelah. Nafasnya sangat laju dan mukanya berpeluh.

"Buat apa aku nak tunggu kau. Kau bukan nak cakap dengan aku pon" ujarku seakan-akan merajuk. Sejak bila ntah aku jadi kuat sentap ni.

"Eee kau ni merajuk eh pasal tadi? Sorrylah. Aku bukan sengaja nak marah kau. Kau tu yang banyak tanya masa aku tengah fokus. Sorry ok? Apa kata aku belanja kau makan sebagai tanda minta maaf" kata Yoongi sambil membuat puppy eyes.

Aku tergelak kecil dengan telatah Yoongi. Pandai betul dia pujuk aku. Aku mengangguk tanda setuju.

"Tapi kau kena jawab soalan aku dulu. Kenapa aku kena bagitau kau kalau si Jimin tu kacau aku?" Soalku ingin tahu.

"Sebab kau tu kawan aku. Aku tak suka kawan aku kena kacau. Faham?" Akhirnya dia menjawab soalan aku.

Jawapan Yoongi buat aku terkaku seketika. Dia anggap aku sebagai kawan dia. Tapi aku? Aku masih lagi anggap aku sebagai musuh abadi.

"Err Yoongi" aku teragak-agak untuk berbicara dengannya.

"Ya, kenapa?" Balasnya lembut.

"Gomawo" ujarku.

"For?" soalnya kehairanan.

"Sebab ambil berat and anggap aku kawan kau" luahku dengan lancar.

Yoongi tersenyum sebelum membalas " small matter lah. Lagipun Namjoon dah amanahkan aku jaga kau."

Akhirnya kami mengorak langkah ke Burger King kerana aku dah lama craving nak makan burger.

___________________ SKIP ___________________

Aku terdengar seseorang memanggil namaku. Apabila aku menoleh, alangkah terkejutnya apabila orang itu merupakan lelaki pujaan hati, Mark.

"Apa awak buat kat sini Mark? Bukan kita dah janji nak keluar esok ke?" Aku masih hairan dengan kehadiran Mark di depanku.

"Saya datang nak jemput awaklah. Namjoon sunbaenim yang suruh. Dia cakap dia tak sempat nak ambil awak" terangnya.

Aku rasa sangat bersalah dengan Mark. Kesian Mark. Disebabkan Namjoon busy, dia terpaksa mengorbankan waktu lapangnya semata-mata mahu menjemput aku.

"Err Mark saya nak minta maaf bagi pihak abang saya sebab dah menyusahkan awak" tanganku di letakkan di dada tanda memohon maaf.

Mark tersenyum memandangku. Alahai tak kuat lah Mark nak tengok kau senyum macam tu. Boleh cair aku kat sini.

"Ala bukan susah pun. Ambil awak kat airport lepastu hantar balik. Rumah awak pun bukannya jauh dari airport ni. Lagipun saya bosan kat rumah. Daripada saya mereput kat rumah, baik saya ambil awak kat sini kan?" Ujarnya panjang lebar.

Kami pun berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta. Kebetulan semasa kami berjalan menuju ke tempat letak kereta, kami terserempak dengan Yoongi.

"Annyeonghaseyo Yoongi sunbaenim" sapa Mark mesra.

"Oh annyeonghaseyo" dia membalas sapaan Mark disertai dengan senyuman yang ikhlas.

"Awak nak pergi mana dengan Haera ni?" Soalnya kehairanan. Dahinya sudah berkerut tanda pelik.

"Oh saya nak hantar Haera balik. Tadi Namjoon sunbaenim arahkan saya jemput Haera kat airport sebab dia busy" terang Mark sambil tersenyum.

Mark membukakan pintu kereta untukku. Aku tersenyum sebelum akhirnya aku masuk ke perut kereta BMW X6 milik Mark.

Kami akhirnya bertolak pulang. Semasa kereta Mark melintasi Yoongi, aku terperasan Yoongi merenungku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Macam pandangan orang yang cemburu. Abaikan. Mungkin perasaan aku je kot.

Sepanjang perjalanan, Mark menceritakan tentang kehidupannya, latar belakang dan serba serbi tentang kehidupan peribadinya. Aku hanya memasang telingan dan mukaku mempamerkan minat untuk mendengar lagi kisah kehidupan Mark.

Perjalanan 1 jam yang selalunya terasa amat bosan tidak kurasai apabila mendengar Mark berceloteh. Mark ni boleh tahan becok jugak kan. Ini membuatkan hatiku semakin tertarik untuk mendekati Mark, si jejaka pujaan hati.

Akhirnya kami tiba di kediamanku. Dia menghantarku sehingga ke lif sebelum dia pulang ke rumah.

_____________________ SKIP _________________

Aku membuka pintu rumahku. Gelap dan sunyi. Mana pergi si Namjoon ni?

Aku baru hendak melangkah masuk ke rumah tiba-tiba aku dapat rasakan yang ada seseorang menarik tanganku.

Aku hendak menjerit tetapi ada tangan yang menekup mulutku. Aku nak kena culik ke? Alahai janganlah culik aku. Aku ni tak lawa.

Tiba-tiba aku terdengar beberapa suara menyanyikan lagi happy birthday buatku. Lampu dibuka dan Namjoon, Seokjin dan Taehyung sedang memegang sebuah kek harijadi.

Baru aku teringat yang hari ini merupakan hari jadiku yang ke 24 tahun.

"Seokjin oppa! Kenapa datang tak bagi tahu. Taehyung oppa pon?! Yeayyy! Jeritku riang kemudian memeluk mereka.

"Aik? Seokjin dengan Taehyung je yang Haera peluk? Abistu oppa macam mana?" Soal Namjoon berpura-pura merajuk.

Aku segera ke tempat Namjoon dan memeluknya erat. Tidak lupa sebuah kucupan di pipi dan dahi.

Okay sini nak kenalkan ni Seokjin. Dia oppa sulung aku. Yang macam budak-budak sikit ni Taehyung. Dia ni abang sedara aku merangkap partner in crime aku dari kecik sampai sekarang.

"Asal datang tak bagitau?" Soalku. Mulutku separuh penuh dengan kek.

"Habiskanlah makanan dalam mulut tu. Selekeh kau tau tak" kata Taehyung. Mulutnya juga penuh dengan kek. Cakap orang dia pun sama.

"Kalau bagitau nanti tak surprise lah" kata Seokjin.

Kami menikmati makanan yang dimasak oleh Jin dengan lahapnya sebelum aku mintak izin untuk masuk ke bilikku.

Aku rasa happy sangat sebab abang sulungku dan sepupuku datang untuk meraikan birthdayku. Patutlah Namjoon busy. Pandai dia simpan rahsia.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur selepas membersihkan diri.



TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now