Bab 9

61 12 0
                                    

Aku telah tiba di Dubai pada waktu malam. Walaupun penat tapi aku tetap rasa seronok untuk penerbangan kali ni. Almaklumlah aku ni tak pernah jejak kaki ke Dubai. Setakat negara-negara Asia tu pernahlah.

Tiba-tiba henfonku bergetar tanda ada chat masuk. Aku membuka skrin phoneku dan nama Mark terpapar pada skrin.

"Aik? Dia chat aku? Pelik" gumamku. Namun tanganku masih aktif untuk membalas chatnya.

"Kau chat dengan siapa? Senyum-senyum je dari tadi. Pakwe eh?" Yoongi menyakatku. Aku tidak mengendahkan usikan Yoongi.

Aku berjalan tanpa memandang hadapan. Tanpa disedari, aku telah melanggar seorang pemuda yang kebetulan lalu dihadapanku.

Omaigad.

"Hey jalan tu lain kali tengok depanlah. Bukan tengok phone. Tak nampak ke aku kat depan ni" marah lelaki tersebut.

"Mianhaeyo. Saya tak sengaja. Saya--" kata-kataku tergantung apabila aku mengangkat muka.

P..Park Jimin?

"Kim Haera?" Tegur Jimin.

Aku masih terkesima dengan apa yang aku lihat. Park Jimin? Kenapa dia boleh ada dekat sini?

"Maaf sebab langgar awak. Salah saya sebab jalan tak tengok depan" aku meminta maaf sebelum menarik tangan Yoongi agar berjalan meninggalkan Jimin.

Yoongi hanya mengikut rentak kakiku sebelum tiba-tiba dia menarik tanganku agar berhenti.

Aku tau dia nak apa. Dia mahukan penjelasan. Dan aku tahu yang Yoongi bukan seorang yang akan lepaskan sesuatu sebelum dia mengetahui apa yang dia mahukan.

"Siapa lelaki tu?" Akhirnya soalan yang aku dah agak dia akan tanya terpacul dari mulutnya.

"Kawan aku" aku menjawab tapi mataku tidak memandang Yoongi.

Aku hendak berjalan tetapi tanganku direntap oleh Yoongi. Nampaknya dia tak puas hati dengan jawapan aku.

"Nak apa lagi?" Tanyaku. Nada suaraku menunjukkan yang aku malas mahu melayannya.

"Siapa lelaki tu? Jawab dengan jujur. Aku tau kau tipu" aha! Bijak gila si Yoongi ni.

Nak tak nak aku kena bagitau jugak siapa Park Jimin ni. Kalau tak memang dia takkan lepaskan aku.

"Nak tau sangat kan? Meh kita lepak cafe dulu. Sambil kita cerita, kita makan. Tapi kau belanja. Ok?" Aku mengutarakan cadanganku.

Yoongi menggulingkan bebola matanya sebelum mengangguk tanda setuju. Terpaksa juga ikut kehendak perempuan ni semata-mata nak korek rahsia.

Kami menuju ke cafe berdekatan. Setelah mengambil pesanan, aku terus menceritakan perihal Jimin kepada Yoongi.

"Sebenarnya dia ex namja chingu aku merangkap first love aku aka pencuri first kiss aku" ujarku. Aku nampak muka Yoongi still tak menunjukkan apa-apa perubahan. Poker as always.

"Habistu kenapa kau break dengan dia?" Soalnya.

Flashback

Aku dengan Jimin dah couple agak lama. Aku sayang gila dekat Jimin sampailah satu hari dia mintak break. Aku terkejut gila sebab selama ni kitorang tak pernah gaduh. Sekali pon tak pernah.

"Yah Park Jimin! Kenapa awak nak break? Kita kan dah janji nak stay together sampai bila-bila?" Aku menyoalnya. Air mataku mula bergenang di kelopak mata.

"Sebab aku tak tahan nak pura-pura sayang kau. Aku penat." Kata-kata Jimin membuatkan aku hampir jatuh terjelopok.

Pura-pura sayang aku? Jadi selama ni dia cuma game aku? What the hell man!

"Ke..kenapa awak tipu saya? Kenapa awak macam ni? Mana janji-janji manis awak tu?" Aku memukul-mukul badan Jimin sebelum dia menolakku ke dinding.

"Aku mintak maaf. Ya, dulu memang aku sayang kau. Memang aku berjanji akan stay together dengan kau. Tapi aku tak mampu."

"Tak mampu?! Habistu aku? Kenapa aku mampu sayang kau sampai sekarang tapi kau? Kau mampu sayang aku sampai sini je? Kau memang lelaki tak guna!" Aku menumbuk muka Jimin dengan kuat. Darah mula mengalir di tepi bibirnya.

Aku nampak dia masih lagi tersenyum walaupun bibirnya sudah berdarah.

"Kau tau kenapa aku dah tak sayang kau? Soalnya.

"Sebab aku dah ada Jung Hye. Dia lagi layak untuk aku daripada kau. Kau tak layak langsung untuk lelaki macam aku!" Kata Jimin sebelum meninggalkan aku di koridor keseorangan.

Aku hanya mampu menangis sebelum hujan rintik-rintik mula membasahi bumi. Turunnya hujan seperti memahami perasaan aku yang bercampur baur  ketika itu.

Semenjak dari itu, nama Park Jimin serta memori bersamanya terus hilang di ingatanku. Hilang bersama jasad Park Jimin dari depan mataku.

End of Flashback

Aku menyudahkan ceritaku sebelum menyedut jus tembikai yang berada di depan mataku.

Yoongi sudah mengalirkan air mata setelah mendengar kisah percintaan sekerat jalan aku.

"Woi! Asal kau pulak yang menangis? Sepatutnya aku yang nangis sebab yang kena tinggal aku. Bukan kau." Kataku sambil menghentak meja.

"Sedih doe cerita kau. Buat penat je kau setia tapi akhirnya dia tinggalkan kau sebab dia dah jumpa orang lain. Tak guna betul" Yoongi masih lagi dengan tangisnya yang bersisa.

"Takpelah. Lagipun setiap hari aku doakan dia tak bahagia dengan Jung Hye. Kau ingatkan aku akan doakan kebahagiaan orang yang dah game aku" ujarku kepada Yoongi.

Kami menghabiskan makanan yang berbaki sebelum meninggalkan cafe tersebut.

Kami meneruskan perjalanan ke hotel. Pemandangan yang indah di Dubai tidak aku nikmati. Entah kenapa fikiranku tidak berhenti memikirkan tentang Jimin.

__________________ SKIP ____________________

Aku merenung siling hotel. Kejap mataku terbayang Mark, tetapi tak lama kemudian bayangan Mark bertukar menjadi Jimin.

Kenapa dengan aku ni? Aku bangun dan segera mengusutkan rambutku.

Semuanya serba tak kena lepas aku terserempak dengan Jimin.

"Kenapa kau muncul lepas setahun kau hilang, Jiminie?" Gumamku.

Aku tertidur bertemankan air mata dan memori silam yang sepatutnya dah terpadam tapi rupanya masih tersimpan di fail cloud. (If you know what I mean)

TBC~

Author note:

Nampaknya fanfic ni bosan tapi apa kata korang keep reading sebab.. sebab takde sebab.

Okay bye nak cari the lost jk.


Pilot In LoveWhere stories live. Discover now