Bab 16

47 6 4
                                    

Haera POV

Aku masuk ke bilik yang menempatkan sepupu kesayanganku, Taehyung. Nampaknya dia tengah tidur. Meh kita kejutkan dia dengan penuh kasih sayang. Senyuman jahat sudah terpamer di mukaku yang suci lagikan polos ini.

"Alien Taetae bangun!!" Aku menjerit memanggil namanya sambil melompat-lompat di atas katil. Nasib baik katil tak patah. Kalau tak, nanti Namjoon paksa aku ganti balik.

Taehyung yang sedang lena dibuai mimpi terkejut dengan sergahanku. Dia bangun dengan tergopoh-gapah sebelum akhirnya jatuh dari katil.

"Hahahaha padan muka kau alien" aku menggelakkan Taehyung yang sedang menahan kesakitan. Tangannya mengurut-ngurut pinggangnya yang sakit akibat terjatuh daripada katil.

"Wei makcik, tolonglah aku. Janganlah gelakkan je" Taehyung masih lagi menahan kesakitan.

Aku hanya membuat muka poker face sebelum meyambung kembali acara menggelakkan Taehyung. Kemudian aku rasa seperti kakiku ditarik sebelum akhirnya aku jatuh menghempap Taehyung. Nak dijadikan cerita, mata aku bertentang dengan Taehyung. Whutt whutt apakah ini? Macam kat movie korea je.

Aku segera mengalihkan pandanganku sebelum bangun daripada badan Taehyung. Aduh sakit jugak jatuh dari katil walaupun sebenarnya Taehyung yang lagi menderita dari aku. Yelah dahlah jatuh dari katil lepastu aku pulak terhempap badan dia yang agak sasa tu. Nasib kaulah alien.

"Tae" panggilku.

"Apa" Taehyung masih lagi mengurut pinggangnya.

"Kau bagitau apa kat Namjoon? Yang pasal aku keluar dengan Mark tu. Mepandai je kau cakap aku pergi dating dengan dia. Aku keluar je dengan si Mark tu" akhirnya aku luahkan jugak apa yang aku nak cakap dari tadi.

"Apa? Kau kan yang cakap kau nak keluar dating. Aku cuma bagitau apa yang aku tau" Kata Taehyung yang masih mempamerkan muka poker facenya.

"Yah pabo! Kau pergi percaya buat apa? Tulah selalu sangat terperap kat rumah sampai jadi pabo overload. Lurus bendul" bebelku.

Taehyung hanya mendengar tanpa mengeluarkan apa-apa suara. Huh entah-entah tidur. Bukan bole percaya pun alien seekor ni.

"Kim Taehyung, kau dengar tak apa aku yang cakap? Aku bertanya kepada Taehyung meminta kepastian.

"Aku dengarlah Haera. Aku tak pekak macam kau"

Kami kemudian menuju ke pintu bilik untuk ke ruang tamu. Tak tahulah silapku dimana, tiba-tiba aku tersadung permaidani yang ntah muncul dari mana entah. Taehyung sempat menyambut aku daripada terjatuh.

Secara kebetulannya, pintu bilik ini seperti dibuka oleh seseorang dan.. uhuk! Namjoon tengah tengok kitorang macam ayam tertelan kapur. A-L-A-M-A-K.

"Korang buat apa ni?" Tanya Namjoon. Lagaknya persis seperti seorang penyiasat.

"Sambut Haera dari terjatuh. Hee~" Taehyung membuat senyum petaknya yang pelik.

Okay diakui Taehyung jujur sangat. Tak reti nak cover line.

"Apa-apalah. Ha Haera, tu Yoongi nak balik" akhirnya Namjoon memeritahu hajat sebenar dia masuk ke bilik ni.

"So? Takde kena mengena dengan Haera pun" kataku sambil lewa.

"At least cakaplah terima kasih sebab hantar Haera balik" kata Namjoon lagi.

"Perlu ke?"

"Perlu. Dah pergi sekarang. Jangan banyak tanya" arah Namjoon.

Huh Namjoon dengan Yoongi sama je. Suka mengarah orang je kerjanya.

Akhirnya aku pergi ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Yoongi untuk mengucapkan terima kasih. Aku lihat Seokjin oppa dengan Yoongi tengah rancak berbual. Baik aku pasang telinga.

Lima minit berlalu dengan pantas. Apa diorang bualkan ni? Senduk pink? Kak limah janda anak satu dah ada dua anak tiba tiba? Seriusly Yoongi layan cerita merepek abang sulung aku ni? Yoongeh you must be kidding me.

"Woi pasang telinga buat apa?" Sergahan Taehyung membuatkan jantung aku rasa nak tertanggal dari tempatnya.

"Jangan sergah macam tu boleh tak? Kang tak pasal-pasal aku jadi arwah, kau jugak yang menderita sebab dah takde partner nak main gusti-gusti dengan kau" marahku yang macam tak marah langsung.

Sejurus itu, aku terus menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan Seokjin dan Yoongi. Taehyung membontoti aku dari belakang.

"Yoongi gomawo and cepat sikit blah dari sini. Buat semak je" kataku. Tidak semena-menanya aku dapat sepakkan free di kaki dari Seokjin. Huh tak memasal kaki aku jadi mangsa si bahu terbang ni -.-

"Maafkanlah si Haera ni. Mulut dia ni memang bersaka" Seokjin memohon maaf.

Bahu terbang ni cakap mulut aku bersaka? Hello tak sedar ke ni saka keturunan? Engkau tu pun keturunan mulut bersaka jugak.

"Haera, cepat mintak maaf kat Yoongi" seokjin mengarahkan aku meminta maaf kepada Yoongi.

Heh no way brother. Aku menggeleng dan sekali lagi aku dapat ketukan free dari seseorang. Kali ni ikhlas daripada Namjoon oppa. Memang semua orang nak cederakan aku malam ni ke acane?

" Sorry dan cepat sikit blah" aku berbisik di telinga Yoongi.

"Ha bisik apa tu?" Sampuk Seokjin.

"Takde apa" dan aku terus berlalu pergi.

Akhirnya balik jugak si Yoongi tu. Masa untuk tidur. Eh tak kena bersihkan diri dulu baru bole tidur.

Yoongi POV

Aku melangkah keluar dari rumah tu dengan perasaan gembira. Gembira sebab dapat hantar Haera balik ke rumah dan gembira sebab dapat berbual dengan Seokjin yang dah lama aku rindu.

Walaupun dia bercerita cerita yang pelik, tapi tak kisahlah sebab aku pun dah lama tak layan kepala otak timun dia tu. Last aku jumpa dia masa dia nak balik amerika dengan Taehyung.

Aku segera pergi ke keretaku tetapi aku seperti nampak kelibat manusia yang aku kenal. Kejap. Tu bukan Jimin ke? Buat apa dia kat sini? Aku terus masuk ke kereta tanpa menghiraukannya.

Buat kedua kalinya, aku dapat rasakan yang dia ikut aku. Nak apa sebenarnya mamat tomato ni dari aku?

Aku segera mengubah haluan ku dari rumah ke sebuah kawasan lama. Sah memang dia ikut aku. Aku memberhentikan kereta di hadapan sebuah bangunan yang tidak digunakan lagi.

Jimin segera memberhentikan keretanya dan dia keluar dari perut kereta tersebut.

"Kau nak apa follow aku?" Tanyaku dingin.

Jimin tersenyum sinis sebelum membuka mulut.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Haera. Kau tau sebab apa? Sebab Haera tu aku punya dan kau takkan pernah dapat Haera. She's mine and always be mine" jawab Jimin sinis.

Aku terus melayangkan penumbukku di mukanya. Oyemji. Tak sengaja okay. Tanpa aku duga, Jimin membalas tumbukan aku di bahagian perut. Okay yang ni aku akui sakit gila and aku rasa senak sekarang.

Akhirnya berlaku sebuah pergelutan antara aku dan Jimin hanya disebabkan oleh seorang perempuan bernama Park Hae Ra. Akhirnya kami berhenti bergelut apabila Jimin mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah. Itu pun selepas badan dia dah lemah gila.

"Kau ingat pesan aku! Kalau aku tak dapat Haera, jangan harap orang lain boleh dapat dia." Jimin segera memandu keretanya keluar dari kawasan tersebut.

"Huh ingat aku takutlah dengan ancaman kau tu. Puihh tak heran langsung!" Kataku perlahan.

Aku membelek-belek kecederaan yang aku alami. Nampaknya aku perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tak sangka aku akan terjebak dengan pergaduhan hari ini.

Aku segera memandu keretaku menuju ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

"Tak pasal-pasal muka aku berlebam" gumamku.

Jimin, jangan harap kau akan dapat Haera sebab akhirnya nanti she's gonna be mine.

TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now