Bab 19

48 6 0
                                    

"Kau okay?" soal Yoongi kepadaku.

"Okay? Kau boleh tanya lagi aku okay ke tidak? Hello semestinya aku tak okay bila terpaksa stay satu bilik dengan orang yang berlainan jantina" 

Yoongi mengeluh kemudian duduk di sofa berhadapan dengan katil. Dia mengusutkan rambutnya yang cantik itu.

"I'm sorry. Pihak pengurusan yang suruh kita stay hotel ni. So nak tak nak kita memang terpaksa stay kat sini. Aku tak sangka akan jadi macam ni" muncul rasa kesal di wajah Yoongi.

"Tapi kalau kau memang taknak stay dengan aku, aku boleh cari hotel lain" kata Yoongi dan kemudiannya bangun menuju ke almari.

Terbit rasa bersalah pada diriku kerana memarahi Yoongi sebentar tadi. Aku tak sengaja nak marah dia. Salah dia, siapa suruh tanya soalan yang dah diketahui jawapannya. Aku segera mendapatkan Yoongi yang mengemas barangnya dari dalam almari.

"Yoongi" aku memegang bahu miliknya.

"Apa" Yoongi menjawab tetapi tidak memandangku.

"Kau nak pergi mana?" aku mengeluarkan soalan bodoh aras tenuk.

"Pergi dari hati kau"

"Ala janganlah tinggalkan aku sengsorang kat sini. Nanti kalau ada orang gila kacau aku macam mana? Siapa nak datang selamatkan aku? Sampai hati kau nak tinggalkan aku sengsorang kat sini. Huarghhh !!!" Aku berpura-pura menangis dihadapan Yoongi semata-mata untuk meraih simpati. Huh drama queen.

Yoongi mengelus rambutku lembut. "Hey aku takkan tinggalkan kau sengsorang kat sini lah. Aku akan sentiasa ada di samping kau dan jaga kau no matter what happen. Dah jangan menangis. Aku tak suka tengok orang yang aku sayang menangis depan aku" Yoongi memujukku lembut.

Aku memandang wajah kacak Yoongi tapi takleh lawan kekacakan Mark. Dia menyeka air mataku dengan lembut.

"Dahlah jangan nangis lagi. Baik kau pergi bersih-bersihkan badan. Nanti malam aku nak ajak kau jalan-jalan. Kau nakkan jalan-jalan kat sini?"

Aku mengangguk perlahan dan kemudiannya mengambil pakaian sebelum masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

20 minit berlalu dan akhirnya aku keluar dari bilik air. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Yoongi bersama luggage kesayanganku.

"MIN YOONGI!!!!!!"

Yoongi POV

Bosan. Tu yang aku rasakan sekarang. Apa nak buat ek? Aku memandang jam. Dah 5 minit Haera mandi. Tido dululah.

Aku mula merebahkan badanku ke atas tilam yang empuk. Nikmatnya~ . Aku bermain phone sambil menunggu Haera selesai mandi. Lama ek dia mandi. Tiba-tiba mataku yang cantik ini tertancap pada sebuah luggage milik Haera.

"Ting!" Mentol di kepalaku menyala menandakan idea jahatku sudah muncul. Hehehehe. Aku mendapatkan luggage tersebut dan membukanya secara berhati-hati. Mari kita lihat apa yang perempuan bawak kalau pergi luar negara.

Baju, wah sampai 10 helai kau bawak. Seluar, perfume, kasut dan.. eh apa dalan beg kecil ni? Disebabkan rasa ingin mengetahui menghantui diriku, aku pun membuka beg kecil tersebut.

Aku buka zip perlahan-lahan dan.. muka aku jadi blushing serta merta. A-apa ni? Aku nampak ermm you know what I mean right? Aku menutup kembali beg kecil tersebut kerana tidak mampu menahan malu apabila melihatnya.

Saat aku menutup beg tersebut aku terdengar jeritan Haera yang memanggil namaku. "Gulp. Alamak dah kantoi ke?"

"Kau buat apa dengan barang-barang aku ni?" Haera memandang mukaku tajam.

Otakku ligat mencari jawapan yang sesuai. C'mon otak lincahlah sikit. Pehal lembap sangat ni?

"Err tadi aku dengar macam ada bunyi dalam luggage kau. So aku checklah manatau ada hantu nyorok ke apa"

"Deyy mulut jangan cabul ea. Sepak kau kang tak memasal takleh makan nanti" Haera memberi amaran kepadaku.

Haera segera menggeledah luggagenya seperti mencari sesuatu dan akhirnya dia mengeluarkan sesuatu seperti sangkar haiwan. "Pebenda tu?" Bisik hati kecilku.

"Kau maksudkan bunyi ni ke?" Haera menunjukkan sebuah sangkar haiwan yang berisi seekor iguana yang tersangatlah tak swag dan mempunyai wajah yang jelik. Euwww~

"Woi jauhkan benda tak swag ni dari aku! Aku gelilah syaiton!" Aku melompat-lompat di hadapan Haera akibat geli tahap monyet.

Ya, aku dengar Haera tengah gelakkan aku sampai terguling-guling atas lantai. Tak payah cakap sebab aku nampak dia gelak macam orang gila.

"Wey rilekslah. Benda tak swag ni tak hingin pon nak tengok kau. Btw benda tak swag ni iguana dan nama dia AgustD." Haera menerangkan kepadaku. Erghh taknak taulah.

Aku masih membuat muka disgust. "Asal nama dia pelik? AgustD? Nate beghuk apa AgustD tu?"

"Heyy jangan hina nama dia okay. Penat aku pikir nama tu tau. Nama tu swag, tak macam nama kau. Tak swag langsung"

Aku menggulingkan mataku. Kisah apa aku nama aku swag tak swag. Tak kacau life kau pun wahai gadis.

"Kenapa kau letak haiwan tu dalam beg pakaian kau? Asal tak letak asing je? Kang mampus AgustD kau tu tak memasal kau dapat dosa sebab seksa haiwan"

"Tak matilah. Kan beg aku ada ruang udara sikit. Aku tak letak asing sebab malas nak angkut barang banyak" sambil menerangkan sambil itu Haera masih asyik bermain dengan iguananya itu.

"Dahtu kalau kau taknak angkut barang banyak, asal kau bawak jugak nate beghuk ni pi kerja?" Aku masih musykil dengan haiwan yang bernama AgustD ini.

"Kau ingat aku sanggup ke nak tinggalkan haiwan aku ni kat rumah dengan Taehyung? Kang tak pasal-pasal dia jadikan haiwan aku ni sebagai lauk dia. Tak memasal iguana aku digulaikan oleh si Taehyung tu"

Haera melepaskan iguananya dari sangkar. Apa lagi menjeritlah aku. Geli woi dengan haiwan bersisik ni. Dahlah warna dia pelik, tak lawa, tak swag euww disgusting.

"Woi asal lepaskan? Masukkan baliklah! Aku geli!" Aku sudah berada di atas meja akibat terlalu takut.

Haera memandang aku dengan muka tidak berpuas hati. "Kejaplah. Aku nak bagi dia makan ni. Nanti dia dah makan aku masukkanlah balik dalam sangkar ni. Kau ni takleh nak rileks pulak."

Gila kau. Mana boleh rileks dengan haiwan ni. Boleh sawan aku. Akhirnya aku  hanya duduk di atas meja dan mencebik. Tak mampu nak cakap banyak beb. Tak memasal nanti si Haera ni campak haiwan ni atas kepala aku ke apa. Tak ke naya tu.

"Yang kau ni bila nak mandi? Busuk kau tau tak?" Haera bercekak pinggang memandangku.

"Macam mana nak mandi kalau iguana kau kat lantai. Dahlah tuala aku dekat je dengan haiwan kau tu" aku memberikan alasan yang munasabah. Actually aku taknak mandi. Malas.

"Tch. Banyak alasan. Tunggu situ kejap aku pi amikkan tuala kau" Haera segera bangun dan mengambil tualaku yang berada di dalam luggage dalam almari.

Huh. Terpaksa mandi jugak 😩

Tak lama kemudian Haera muncul dengan membawa tuala hitam milikku. Tuala ni swag okay. "Nah, amik tuala ni pastu mandi. Busuk gila kau ni" Haera menyerahkan tuala kepadaku. Tanpa sengaja, aku terpegang tangan Haera yang mulus itu. 50% sengaja lagi 50% tak sengaja.

"Amik tuala kau je. Tangan aku takyah nak sebat sekali" Haera memerliku.

Ala nak sweet sikit tak boleh. Aku akhirnya masuk ke bilik air  dan mandi dengan terpaksa. Huhuhu.


TBC~

Pilot In LoveWhere stories live. Discover now