"Wuahhh!! Cantiknya tempat ni" aku teruja apabila berjalan di bandar Paris ini.
Yoongi disebelahku hanya tersenyum dan kadang-kadang sibuk melihat handphone yang berada di tangannya. Dia langsung tidak menikmati keindahan malam di kota Paris ini.
"Yoongi" aku menyiku lenngan Yoongi yang masih sibuk menatap phonenya.
"Apa?" Yoongi mengalihkan pandangan kepadaku.
"Kau ni asyik hadap phone je. Cubalah nikmati keindahan malam kat sini. Ni tak, tak abis-abis ngan phone kau tu. Dasar makhluk anti-social" aku membebel kepada Yoongi.
Yoongi hanya mempamerkan poker faceunya itu. Langsung tak terkesan dengan kata-kata yang aku berikan. Lantak kaulah labu.
Sedang kami asyik berjalan melewati jalan yang penuh dengan barangan pelbagai jenama, mataku tertumpu pada sebuah kedai menjual pakaian jenama terkenal yang menjadi kegemaranku sejak kecil lagi.
"Daripada jalan dengan mamat anti-social ni, baik aku masuk butik tu. Manatau ada baju latest edition ke" getus hatiku. Langkahku ditukar menuju ke dalam butik terkenal tersebut.
"Kling" loceng di depan pintu masuk berbunyi. Yeah masa untuk membeli belah. Aku membelek setiap helaian pakaian yang terdapat dalam butik tersebut. Buat masa ni aku mampu belek je lah sebab harga dia mak datuk mahal gila. Tak mampu moyang aku nak belikan.
Aku melawat ke ruangan tshirt pula. Bahagian ni menawarkan tshirt yang cantik tapi dalam masa yang sama harga dia mampu milik.
"Nampaknya dalam banyak-banyak department kat butik ni, department ni jelah aku mampu tengok dan beli" kata hatu kecilku.
Aku membelek-belek tshirt yang tergantung di situ. Kebanyakkannya memenuhi citarasa aku. Aduh dilema tak tau nak pilih yang mana. Akhirnya aku membeli sehelai tshirt berwarna hitam dan bercorak bunga-bunga kecil bertemakan pink dan purple.
"Anything else miss?" Soal cashier tersebut. Aku menggelengkan kepala dan mengeluarkan duit dari purseku. Aku baru sahaja hendak menghulurkan wang tetapi ada tangan yang lebih pantas membayarkan untukku. Ehek siapa manusia yang kaya raya nak belanja aku ni?
Kepalaku diangkat dan ternyata jejaka yang membayarkan pakaian aku ialah Park Jimin. Dehel? Dia ikut aku ke?
"Jimin, nanti aku ganti balik duit kau" aku berkata dalam nada yang dingin.
"It's okay. My treat. Apa sangatlah harga baju tu kalau nak dibandingkan dengan harga cinta aku pada kau" Jimin memberikan kata-kata manis. Agaknya masa Jimin ni kecik mak dia terbagi banyak sangat makan gula sebabtu budak ni jadi sweet talker.
"Wekk. Nak muntah aku." Aku membuat gaya hendak muntah dihadapan dengan Jimin.
Jimin tersenyum manis melihat gelagatku. Aku hampir cair melihat senyuman yang diberikan.
"J..Jimin aku balik dululah" aku berkata sebelum melangkah pergi. Tiba-tiba aku rasa tanganku bagaikan direntap oleh seseorang. Aku menoleh ke arah Jimin dengan riak muka yang masam mencuka. Deyy sesuka hati nak rentap tangan aku. Apa kau pikir kalau tangan aku ni putus, kau boleh ganti dengan tangan kau ke?
"Tolong Haera. Aku merayu. Jangan tinggalkan aku. Jebal. " air mata Jimin kelihatan di tubir matanya.
Ni yang aku tak suka ni drama air mata. Aku ni dahlah cepat touching. Ala ala ala mamat ni pun, cepat sangat nak buat drama air mata depan aku yang berhati tisu ni.
"Aku nak bawak kau jalan-jalan kat sini. Boleh? Jimin bertanya dalam nada yang penuh pengharapan sambil membuat muka comel. Haishh yang ni lagilah aku tak kuat.
Pada mulanya aku menolak ajakan tersebut, tetapi apabila teringatkan Jimin yang sangat beria-ria nak bawak aku berjalan ditambahkan lagi dengan nada penuh pengharapan dan muka comel, akhirnya aku tewas. Aku mengikut kehendaknya.
"Kau nak bawak aku pergi mana?" Aku bertanya kepada Jimin.
"Suatu tempat yang bebas dari kesibukan kota" Jimin menjawab dan lantas menarik tanganku untuk mengikut rentak kakinya menuju ke sesuatu tempat yang dimaksudkan.
Aku hanya menuruti tanpa membantah. Entah kenapa malam ni aku rasa tenang dan tak marah-marah apabila seseorang yang kubenci membawaku bersiar-siar.
Akhirnya kami tiba di sesuatu tempat yang dimaksudkan. Rupa-rupanya Jimin membawa aku ke sebuah taman yang sangat cantik. Taman tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan terdapat pancuran air yang mengeluarkan pancurannya secara berirama disertai dengan pelbagai warna. Sangat cantik tambahan lagi taman bunga tersebut menghadap Eiffel Tower.
Jimin mengajakku duduk di sebuah bangku yang terletak berhadapan dengan pancuran air tersebut. Aku mula melihat pemandangan yang mengasyikkan. Memandangkan taman ini tidak ramai dikunjungi akibat tempatnya agak terperosok, maka semakin cantik pemandangan yang aku nikmati ini.
"Jimin-ah. Mana kau tau tempat cantik ni?" Aku bertanya dalam nada separuh teruja. Mataku masih asyik melihat sekeliling taman.
"Dulu aku selalu datang sini" jawab Jimin.
"Dulu?" Aku bertanya kehairanan.
"Yep. Lepas Jung Hye tinggalkan aku, aku terus berhijrah duduk sini setahun. Nak tenangkan fikiran. Kalau aku duduk sini, mesti fikiran aku jadi tenang sangat" terang Jimin.
"Ouh" aku mengangguk tanda faham. "Tapi kenapa Jung Hye tinggalkan kau?" Soalan itu terpacul secara spontan dari mukutku. Omg Haera mulut tu takleh nak control ke? Aku menampar mulutku sendiri.
Ekspresi muka Jimin berubah menjadi mendung. Alamak salah tanya soalan daaa.
"Hmm dia jumpa lelaki yang lebih baik dari aku. Tapi aku tak kesah. Maybe ni balasan sebab tinggalkan kau dulu" Jimin berkata dalam nada perlahan.
"Jimin, mianhae. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih"
"Aniya. Kau tak salahlah. Aku yang teremosi malam ni" Jimin memberikan sebuah senyuman manis bak madu tambah gula kepadaku. Oh god I kennot sia.
"Kau janganlah sedih. Kalau kau ada masalah, kau share je kat aku. Kita kan kawan" aku menekup mulutku kerana terlepas cakap. Apa kau buat ni Haera.
"Gomawo. Btw aku nak mintak maaf sebab aku pernah lukakan hati kau dulu. Aku betul-betul--" aku memotong percakapan Jimin.
"Lagi sekali kau mintak maaf, aku sumbat kepala kau dalam lubang jamban rumah nenek aku" aku mengugut Jimin. Penatlah nak dengar orang mintak maaf lepastu ulang balik kesilapan yang sama.
"Okey" kata Jimin sebelum akhirnya kami menikmati pemandangan tanpa suara.
"HAAAAAAAACHUUUUUUUMMMMMMMMM!!!!" aku terbersin kuat akibat menahan kesejukan.
Aku menggosok-gosok tapak tanganku untuk mendapatkan haba. Apa sangatlah haba yang aku dapat bila gosok tangan camni.
Tak lama selepas itu, aku merasakan Jimin memakaikan aku dengan jaket tebalnya sebelum menarik badanku mendekati dengan tubuh sasanya. Apa mamat ni nak buat?
Aku cuba untuk menarik badanku tetapi pelukan yang diberikan diperketatkan.
"Don't move. Just stay like this for awhile. I need you and you need me right now" Jimin masih lagi memelukku erat.Aku hanya membiarkan Jimin memelukku tanpa bantahan. Sebenarnya aku rasa selesa bila Jimin peluk aku. Jangan pikir lain ea. Aku selesa sebab bila Jimin peluk aku, aku rasa panas sikit. Almaklumlah Jimin ni ada lemak sikit disebalik badan sasa dia ni.
"Feel better?" Jimin bertanya. Aku menganggukkan kepala dengan perlahan. Aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasa jantung aku berdegup kencang. Pebenda pulak ni?
Kami duduk dalam keadaan sebegitu buat beberapa ketika. Tanpa aku sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kami dengan muka yang cemburu.
TBC~

YOU ARE READING
Pilot In Love
Fanfiction"Aku suka kau. Apa kata kau suka aku balik ?" - Yoongi "Mati hidup balik aku takkan suka kau mulut puaka takde insurans" - Haera Warning: Fanfic ni cliche, boring, emotionless but why don't you try read this first ? Another warning: Love can cause...